Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rusia mangsa

Posted:

Rusia mangsa

Rusia mangsa

SKUAD hoki negara meneruskan rentak kemenangan dengan membelasah Rusia 6-2 semalam.


MALAYSIA mempamer kebangkitan yang menakjubkan ketika mencatat kemenangan kedua pada kempen Kelayakan Olimpik 2012 di London malam semalam.

Skuad skuad kendalian Tai Beng Hai ini tampil aksi yang lebih baik apabila menewaskan Rusia 6-2 di Dublin, Ireland.

Setelah bergelut mencari rentak dalam aksi pertama sebelum menang 5-1 ke atas Chile kelmarin, skuad hoki negara sekali lagi mengulangi episod yang sama semalam.

Skuad negara membenarkan Rusia mendahului dua gol sebelum Muhd. Amin Rahim mengurangkan defisit hasil sudut pukulan penalti sebelum waktu rehat.

Begitupun, skuad negara tampil aksi lebih kemas pada babak kedua dengan meledakkan lima gol lagi.

Amin sekali lagi menyamakan kedudukan 2-2 hasil pukulan sudut penalti tiga minit selepas babak kedua bermula.

Penyerang muda negara, Faizal Saari kemudian melegakan semula kem negara apabila menghadiahkan gol ketiga hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-45.

Selepas itu, giliran kapten, Muhd. Razie Rahim menjadikan kedudukan 4-2 juga hasil set piece sudut penalti pada minit ke-52.

Amin kemudian menjaringkan hatrik pada perlawanan ini menerusi pukulan penalti selepas Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil dikasari dalam kawasan penalti untuk kedudukan 5-2 pada minit ke-54.

Hafifihafiz Hanafi akhirnya menamatkan pesta gol tersebut dengan jaringan keenam, lima minit sebelum tamat permainan.

Kemenangan ini masih belum cukup selesa buat Malaysia meskipun berjaya mengutip enam mata kerana dua pencabar utama, Ireland dan korea Selatan turut mencatat kemenangan besar dalam aksi pertama kelmarin.

Aksi yang tidak konsisten di awal permainan sepanjang dua perlawanan kempen kelayakan ini juga dilihat sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh Beng Hai dan harus diatasi menjelang aksi ketiga dengan Ukraine malam esok.

Lebih penting, skuad negara juga perlu menang dengan jaringan gol yang banyak ke atas Ukraine sebagai bekalan berharga sebelum menentang tuan rumah, Ireland dan Korea Selatan.

Skuad negara akan menentang Ukraine pada perlawanan ketiga malam esok.

Percaturan Mat Zan berhasil

Posted:

Percaturan Mat Zan berhasil

Percaturan Mat Zan berhasil

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


ASHAARI (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Perak pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuata Terengganu kelmarin.


HANYA tiga langkah lagi yang memisahkan Terengganu daripada misi mempertahankan kejuaraan Piala FA apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan pasukan terbaik musim ini.

Turun dengan reputasi sebagai juara bertahan, skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu terpaksa bermandi peluh sebelum berjaya menyingkirkan juara dua kali, Perak 1-0 pada aksi kedua kelmarin.

Jaringan kemenangan menerusi Ashaari Shamsuddin itu jelas melegakan Mat Zan yang turut menyifatkan percaturannya pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu menjadi.

"Kami bertemu pasukan berbeza pada setiap perlawanan dan sudah pasti corak permainan kami juga perlu diubah," kata Mat Zan kepada Kosmo! semalam.

Pada perlawanan itu, Mat Zan menggunakan lima pemain tengah dengan pemain import dari Brazil, Erison Da Silva lebih berperanan sebagai pemain tengah bertahan untuk berada di belakang empat pemain lain.

Penjaring terbanyak Terengganu, Francis Forkey Doe pula dibiarkan berseorangan di hadapan dengan dua pemain pertahanan terpaksa mengawalnya, sekali gus membuka lebih banyak peluang pemain lain melancarkan gerakan.

"Kalau dilihat, serangan bukan sahaja dibuat oleh Doe tetapi Ashaari dan Abdul Manaf juga memainkan peranan sama menerusi gerakan dari sebelah tepi.

"Di sini kita boleh lihat semua pemain tengah termasuk Ismail Faruqi dan Syukur Jusoh mempunyai peluang untuk menggerakkan bola dengan dibantu dua pemain pertahanan kiri dan kanan.

"Hasilnya, kami berjaya menjaringkan satu gol dan jaringan itu sudah cukup untuk melayakkan kami ke suku akhir," ujarnya lagi.

Mengenai penampilan pemain pertahanan muda, Muslim Ahmad yang diberi tanggungjawab sebagai kapten pasukan, Mat Zan mengakui pemain muda itu mempunyai karakter yang cukup matang di atas padang.

Jelasnya, ketiadaan Marzuki Yusof yang masih dibelenggu masalah kecederaan berjaya diisi dengan baik oleh Muslim termasuk memegang watak sebagai kapten.

"Perak merupakan pasukan yang hebat dan mereka telahpun menewaskan kami pada perlawanan pertama Liga Super, Januari lalu.

"Jadi, kemenangan ini bukan sahaja membawa kami ke suku akhir tetapi turut menebus dendam ke atas kekalahan di Ipoh lalu," katanya.

Ditanya mengenai pertembungan menentang Lions XII pada aksi suku akhir nanti, Mat Zan menjelaskan pasukan dari selatan itu merupakan pasukan paling meningkat naik ketika ini.

"Ia adalah tugasan paling getir buat kami kerana Singapura mempunyai barisan pemain yang baik," katanya.

Selangor lupakan trofi Piala FA

Posted:

Selangor lupakan trofi Piala FA

Selangor lupakan trofi Piala FA

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


PARA pemain Johor FC meraikan kejayaan mara ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Selangor di Johor Bahru kelmarin.


KEKECEWAAN jelas terpancar di wajah pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim.Irfan menjadi individu paling kecewa selepas skuad Gergasi Merah tumbang kepada Johor FC pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru kelmarin.

Selangor mendahului 2-0 hasil jaringan Azidan Sarudin dan Mohd. Asraruddin Putra Omar ketika skuad kendalian K. Devan itu terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Azi Shahril Azmi dilayang kad kuning kedua pada minit ke-17.

Begitupun, Johor FC berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Ahmad Fauzi Shaari, sekali gus menjadikan pencetus semangat juang tinggi Johor FC.

Kelalaian penjaga gol Selangor, Norazalan Razali dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyerang import Johor FC dari Brazil, Arthur Henrique untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti

Kejayaan Johor FC mara ke suku akhir Piala FA menerusi agregat 5-4 selepas Mohd. Amirulhadi Zainal dan Solihin Kanasian gagal menyempurnakan sepakan tersebut.

Mengulas lebih lanjut, Irfan mengakui gol kedua Johor FC itu 'merentap' semangat pasukan itu untuk memberikan aksi yang lebih positif.

Katanya, beliau mengakui kecuaian tersebut harus dijadikan teladan dan menuntut tidak mengulangi 'perbuatan' itu menjelang perlawanan akan datang.

"Satu kesilapan (kecuaian Norazalan) yang sukar untuk saya terima. Kami mendahului perlawanan ini dengan kelebihan dua gol tetapi akibat kecuaian tersebut, pihak lawan berjaya menyamakan kedudukan.

"Secara tidak langsung, ia mematahkan semangat perjuangan barisan pemain Selangor untuk tampil dengan lebih baik. Saya tidak menjangka kesudahan Selangor pada perlawanan ini disebabkan berpunca dari sikap (Norazlan) tersebut.

"Saya berharap pemain-pemain saya lebih bersedia dan tidak memandang rendah kepada mana-mana pasukan. Tanam sikap yang lebih serius dan sentiasa mengeluar bola dari kawasan bahaya," katanya kepada Kosmo! semalam.

Jelasnya, beliau yang menyifatkan 'kekejaman' dalam bola sepak ialah apabila sesebuah pasukan tewas melalui sepakan penalti, tidak menganggap Amirulhadi dan Solihin punca Selangor gagal mara.

Sebaliknya, Irfan memberitahu sepakan penalti lebih bergantung kepada nasib.

"Bayangkan perasaan seseorang pemain akan tenang jika terpaksa mengambil sepakan itu dalam satu perlawanan yang cukup penting di hadapan ribuan penyokong.

"Sudah tentu ia akan memberi tekanan. Tetapi saya memuji pasukan lawan yang bangkit dan berharap ia menjadikan pengajaran yang berguna kepada barisan pemain Selangor pada masa hadapan," ujarnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan