Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tempoh genting

Posted: 10 Mar 2012 12:39 PM PST

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson yakin kunjungan West Brom ke Manchester United memulakan detik penting dalam cubaannya mengekalkan gelaran Liga Perdana Inggeris di Old Trafford.

United tumpas 2-3 kepada Athletic Bilbao pada perlawanan pertama pusingan ketiga Liga Europa di laman sendiri malam Khamis lalu.


Namun prestasi dalam Liga Perdana Inggeris makin memuncak sejak tewas kepada Newcastle, 0-3 pada 4 Januari lalu.

Mereka hanya tercicir dua mata, bangkit dari ketinggalan tiga gol untuk meraih seri 3-3 dengan Chelsea dalam tujuh perlawanan terakhir.


Selepas West Brom, United turun menentang Wolves, Fulham, Blackburn, QPR, Wigan dan Aston Villa sebelum pertemuan terpenting berdepan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City pada 30 April.


Ferguson mengaku kunjungan ke Tottenham minggu lalu yang menghasilkan kemenangan 3-1, penting dalam memulakan fasa berikutnya dan jika mengumpul mata maksimum daripada tujuh perlawanan berikutnya, pastinya akan memberi tekanan terhadap City.

Pengurus United yang menyaksikan pasukannya menang 10 daripada 13 perlawanan di tempat sendiri musim ini mengaku defisit sebelum kunjungan ke Atletic minggu depan menyebabkan mereka merehatkan beberapa pemain untuk menentang West Brom.


Namun beliau terdesak memburu kemenangan untuk terus mencabar City yang kini memiliki kelebihan dua mata dan berkunjung ke Swansea hari ini.

"Pemain sedar cabaran di sana dan kami berpeluang untuk terus meningkat selepas menewaskan Spurs dan berharap melakukannya.


"Saya akan membuat beberapa pertukaran. Paul Scholes boleh bermain, begitu juga Nani dan Rio Ferdinand.


"West Brom kini makin bagus tapi kami berada di laman sendiri dan berharap menang di sini serta melupakan keputusan Khamis lalu," katanya. - AFP



Madzli aset berharga

Posted: 10 Mar 2012 12:37 PM PST

FAKTOR pengalaman pemain pertahanan negara, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor menjadi aset paling berharga dalam skuad negara bagi mengharungi pusingan kelayakan Sukan Olimpik London di Dublin, Ireland yang bermula semalam hingga 18 Mac ini.

Apa tidaknya, dalam barisan 18 pemain yang memikul tugas berat menamatkan kemarau layak ke temasya sukan terbesar dunia itu dalam tempoh 12 tahun, hanya Mohd Madzli dan penjaga gol, Roslan Jamaluddin saja pernah beraksi di Sukan Olimpik iaitu pada edisi 2000 di Sydney, Australia yang juga kali terakhir skuad negara berjaya beraksi di temasya terbesar dunia itu.


Tidak hairanlah selain memikul tugas di benteng pertahanan, Madzli juga pada masa sama perlu mencurahkan pengalamannya kepada barisan pemain lebih muda untuk menghadapi pusingan kelayakan yang sebenarnya cukup sukar.

Madzli akur tanggungjawab berat yang dipikulnya itu, berbeza ketika dua pusingan kelayakan sebelum ini yang menyaksikan masih terdapat pemain lebih senior berbandingnya.


"Saya akui tekanan memang ada baik pada saya atau pada barisan pemain muda bagi mengharungi pusingan kelayakan kali ini kerana sudah lama kita tidak layak beraksi di Sukan Olimpik.


"Cuma yang saya harapkan pemain baru janganlah terlalu berasa tertekan kerana ia bakal menimbulkan masalah kepada mereka dan juga barisan pemain yang lain.

"Bagi saya, selaku pemain senior, saya akan cuba membantu mereka sebaik yang mungkin, terutama pada setiap perlawanan yang kita harungi pada pusingan kelayakan kali ini," katanya.


Berusia 33 tahun, masa semakin suntuk untuknya merasai sekali lagi aksi pada Sukan Olimpik dan atas faktor itu, dia secara peribadi berharap skuad negara berjaya menempah tiket ke Sukan Olimpik London.

"Sebenarnya ini adalah peluang terakhir saya untuk cuba sekali lagi beraksi pada Sukan Olimpik kerana selepas ini, saya pernah beritahu bahawa saya akan terus bersara.


"Saya fikir cukuplah peluang yang diberi kepada saya dan lebih baik peluang sama diberikan kepada pemain lebih muda dan lebih baik berbanding saya," katanya.


Mengulas mengenai saingan di Dublin, Madzli tanpa berselindung menyatakan skuad negara perlu meraih kemenangan dalam beberapa perlawanan awal bagi memastikan kedudukan mereka lebih selesa sebelum pertemuan menentang Korea serta pasukan tuan rumah.


"Kita perlu menjaringkan sebanyak mungkin gol kerana perbezaan gol mungkin bakal menjadi penentu siapa yang lebih layak beraksi di Sukan Olimpik," katanya.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan