Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Jangan suka-suka'

Posted: 05 Apr 2012 04:52 PM PDT

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah menegaskan rakyat Malaysia bebas bersuara tetapi segala kata-kata itu juga ada batasannya dan perlu mengikut perlembagaan ditetapkan. Beliau berkata adalah salah jika mereka bertindak atau bercakap tanpa memikirkan kesan yang bakal timbul daripada kenyataan dikeluarkan itu.

"Perkara ini bukan berkaitan Tan Sri (Annuar Musa) saja tetapi semua rakyat Malaysia tidak boleh buat sesuka hati," katanya ketika diminta mengulas hukuman penggantungan dua setengah tahun ke atas Timbalan Presiden FAM itu.

Beliau yang juga Sultan Pahang menambah kebebasan bersuara yang menjadi hak setiap rakyat di negara ini perlu berlandaskan perlembagaan.

"Kebebasan bersuara termasuk dalam sesebuah organisasi iaitu ahli dalam organisasi itu boleh bersuara tetapi ia perlu mengikut undangundang yang sudah digariskan organisasi terbabit," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

alman

tiada salah kalau kritikan yg diberi bertujuan membina pasukan bolasepak M'sia yg lebih mantap.Sepatutnya kritikan dilihat dari sudut positif...itulah rahsia negara2 maju membina pasukan bolasepak yg berjaya... hentikanlah amalan2 lapuk yg merugikan negara...pandangan ini ikhlas dari peminat bolasepak yg terlalu lama 'cemburu' dengan kemajuan pasukan bolasepak negara2 lain...sekian terima kasih

victor

menegur utk kemajuan bola sepak negara pun perlu ikut perlembagaan ka...sblm ni rakyat mahu mutu bole sepak ditingkatkan..selepas keputusan penggantugan dato AM..rakyat mahu SEMUA AHLI FAM TERMASUK PRESIDEN SILA LAH LETAK JAWATAN

Suhaimi

Saya sokong titah YMM Sultan Pahang,bersuara boleh tp perlu ada hadnya kalau di biar akan jd satu penyakit yg susah di sembuhkan.Ingat kita rakyaat Malaysia ada adab sopan.

Mho

kalau dah semua tak boleh ditegur.. buat la sesuka hati.. tegur sikit ban..tegur sikit kena gantung... x kan maju la.. btw kenapa x pernah tukar presiden dari dulu.. if tak tukar x kan xde kemajuaan..satu lagi kenapa perlu didominasi oleh satu pihak sahaja.. if nak keturunan raja or sultan better limitkan setiap sultan 4-5 tahun sahaja macam perlantikan Agong... bercakap utk Sukan di Malaysia... sy cintakan Harimau Malaya..

WIRA

Beginilah bola sepak di Malaysia. Rakyat mahukan kemajuan tapi ada pihak tidak menghiraukannya. Fikirkanlah ...

penjual kasut terpakai

Saya bersetuju dengan pendapat Encik Hamdan. Kalau tak ada kritikan, bagaimana hendak maju?Kalau prestasi menurun ,buat apa nak simpan lama lama. Thanks

al-hafiz

baguslah kalau macam tu...teruskann...
kalau macam ini lah sampai2 bila pun bola sepak Malaysia akan mundur dan tak maju2..setiap teguran itu ada kebaikannya,kita tidak boleh ukur baju yang dipakai terutamanya di bahagian belakang justeru itu iainya memerlukan orang lain untuk ukur bahagian belakang tersebut..nak bagi pendapat atau komen pun salah ker??untuk kebaikan bersama.....

roni sopain

saya lebih suka jika ketua FAM adalah orang kebanyakan.....

KLCC - Lady Roses

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun...sembah patik harap dijunjung....suka tgk Tuanku speaking...Tuanku masih segak bergaya...sihat...'Jangan suka-suka = Lepas ni hope kpd sesiapa yg tak berpuashati, sila lah direct kemukakan kpd Tuanku...kita ikutlah saluran yg telah ditetapkan, tak guna kita bertelagah sesama sendiri...marilah kita berfikir secara positif....apa yg berlaku, ada hikmahnya...kpd Tan Sri Am, buang yg keruh, ambil yg jernih...

FAM bertindak mengikut perlembagaan. Tidak ada unsur pengaruh luar. DAULAT TUANKU

man

jika tuanku berterusan begini dengan tidak mendengar keluhan rakyat jangan nanti menagih simpati rakyat untuk memenuhkan stadium yg kosong dan jgn marah sekiranya jika rakyat nanti sudah tidak kenal apa itu FAM

afiq

Kalau rakyat tak suka letak lah jawatan, bukan 'suka-suka' kami semua sokong Malaysia.

dode

ampun tuanku, beribu2 ampun, sukan Malaysia tidak akan maju selagi FAM tidak dibubarkan. Sila lah letak jawatan.

shukri

Bagaimana dengan ulasan Presiden FAM berkaitan kes Timb Pres 2 FAM yang mengatakan Timb Pres 2 FAM telah melakukan kesalahan besar sebenarnya mendahului keputusan J/K tatatertib FAM. Apakah statut FAM membenarkan Presidennya membuat ulasan mendahului J/K Tatatertib FAM? Zaman pihak berkuasa mengetahui semua perkara telah berakhir. Presden FAM sekarang gagal memahami denyut nadi jantung rakyat yang mahukan perubahan pucuk pimpinan FAM.

kami pak turut

salam 1 malaysia.terima kasih3...terima kasih kerana masih seperti dulu.tidak berubah dan takkan berubah.yang menghukum akan terus menghukum.yang bersuara dibisukan mulutnya.yang melihat dibutakan matanya.yang berkuasa tersenyum melihat rakan2 ini mengelupur.betul jangan suka suka mengkritik,kerana kritik itu akan menjatuhkan maruah bolasepak malaysia yang kini menjadi juara asean,juara aff,juara di hati seluruh rakyat malaysia(mungkin).jangan suka suka masuk campur urusan kami yang dahagakan pangkat dan kemasyuran.biarkan kami begini.kami mampu mengubah malaysia menjadi juara dunia.kami dah sedekad lebih berkuasa jadi kami tahu semuanya.yang lain,jangan suka suka.banggalah dengan pasukan kita,juara aff,juara asean,juara aff lagi dan asean lagi.cukuplah dengan kejuaraan ini.bagi kami masa 50 tahun(mungkin)untuk kami buktikan kepada malysia kami mampu.jadi jangan suka suka kritik kami.biarkan kami begini.biarkan kami berkuasa sehingga penghujung usia kami.

hasbullah

Ampun Tuanku....sudah tiba masanya FAM memikirkan masa depan BOLA SEPAK agar kembali zaman kegemilangan era 80an.....

pak cik din

Sudah2laa tu. Apa yg terjadi sudah terjadi.Tak kan FAM nak tarik balik hkmn tu.Eloklah pinda Art.88 tu utk kebaikan masa depan.

abdillah suffian

Oh jgn suka-suka bersuara? jikalau begitu, jgn la suka-suka pegang jawatan lama-lama pastu xde kemajuan. Semoga bolasepak Malaysia kembali gemilang seperti suatu ketika dahulu.

Hadi

Menteri Belia dan Sukan tiada kuasa kah ke atas Persatuan yang dikira perlu di transfomasi kan untuk memajukan sukan yang di kendalikan nya?.. Harap ada pembaikan demi negara dan wang rakyat yang diperuntukan untuk persatuan sukan.

izz

Sudah sampai masanya tuanku serahkan jawatan kepada generasi baru untuk menguruskan fam dgn cara baru.

hari-hari mau

ya, rakyat malaysia tidak boleh buat sesuka hati..tapi ingat, yang org atas pon tak boleh buat sesuka hati sampai berpuluh-puluh tahun pegang jawatan taknak lepas2 walaupun rakyat tak suka..

mohd hamdan

Ampun Tuanku....kami rakyat hanya ingin Malaysia maju dalam bola sepak bukan semakin mundur...klu tiada kemajuan saya rasa semua Ahli dalam FAM sewajarnya letak jawatan...ini amalan yang biasa bagi negara2 maju...

'Perjuangan diteruskan'

Posted: 05 Apr 2012 03:40 PM PDT

Sukan

Red Warriors terpaksa hidup tanpa Annuar: Azman

"KAMI harus teruskan perjuangan walaupun tanpa pembabitan Tan Sri Annuar Musa," kata pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, semalam. Isu penggantungan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA itu) sesungguhnya tidak akan melemahkan semangat pemain The Red Warriors malah pasukan gergasi Pantai Timur itu tekad membalas jasa pencetus revolusi bola sepak di negeri Che Siti Wan Kembang itu dengan melakar lebih banyak kejayaan.

Azman yang juga Setiausaha Agung persatuan berkenaan berkata, seluruh pasukan merasai kehilangan Annuar yang boleh dianggap 'bapa bola sepak Kelantan' mahu pun di peringkat kebangsaan.

Kelmarin, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjatuhkan hukuman penggantungan dua setengah tahun ke atas Annuar yang melarangnya daripada terbabit dalam sebarang kegiatan bola sepak.

"Ahli jawatankuasa KAFA akan berbincang mengenai perancangan pasukan untuk masa depan tanpa pembabitan Presiden. Malah detik kecewa ini akan menguatkan tekad kami memburu kejayaan," katanya.

"Kami harus mencari banyak kemenangan tahun ini untuk membalas pengorbanan Presiden KAFA yang berusaha menjulang nama pasukan di tanah air."
Pada hari sama Annuar digantung jawatan, pemain Kelantan menghadiahkan kemenangan pertama dalam saingan AFC kepada beliau dengan membenam Arema FC 3-0 melalui jaringan hatrik pemain import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan