Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Rexy, BAM berpisah

Posted: 12 Apr 2012 04:59 PM PDT

Sukan

Rexy Mainaky

Rexy Mainaky

Bekas juara Olimpik mahu cari cabaran baru

KALI ini Rexy Mainaky 'tidak menangis lagi' apabila tampil membuat keputusan mengejut, semalam meletakkan jawatan selaku jurulatih beregu skuad wanita negara dengan wajah ceria tanpa bermasalah.

Anehnya, pengendali dari Indonesia itu memilih cabaran baru mahu melatih pasukan Filipina - negara dengan 95 juta penduduk tapi hanya memiliki lebih kurang 20 pemain saja.
"Wang bukan faktor saya tinggalkan BAM"

Rexy Mainaky,
Jurulatih beregu negara

Sebelum ini, Rexy dua kali meletak jawatan iaitu pada 2006 dan 2008 dengan wajah sedih dan pernah menitiskan air mata tapi dia dipujuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menarik balik hajat itu dan terus membantu skuad negara. Kali ini senario sama tidak berlaku.

'Saya tak lari daripada masalah'

TIGA bulan menjelang Sukan Olimpik di London, jurulatih Rexy Mainaky membuat keputusan mengejut dengan memilih jalan sukar berpindah ke Filipina - negara yang kurang dikenali dalam dunia badminton.
"Saya tidak mengatakan saya turun 'pangkat' pergi ke negara bukan kuasa besar badminton tetapi saya mengambil contoh seperti jurulatih Korea Selatan, Park Joo-bong yang pergi ke Jepun di mana badminton suatu ketika dulu tidak sehebat kini.

"Saya pergi ke Filipina kerana mahu cabaran baru dan bukan kerana lari daripada sebarang masalah," katanya yang bakal menyandang jawatan pengarah kejurulatihan badminton Filipina selepas Mesyuarat Jawatankuasa Program Bersama Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai berkata tempat Rexy tidak akan diganti sehingga tamat Olimpik London dan pembantunya kini, Jeremy Gan dan Chong Kien Ling akan menjalankan tugas seperti biasa.

Menafikan dakwaan dia mahu mengejar kekayaan, Rexy yang kontraknya berakhir pada Jun 2013 berkata dia sepatutnya menerima tawaran Russia yang menawarkannya AS$12,000 (RM36,826) jika mahu memikirkan soal wang ringgit.

Katanya, Filipina menawarkan gaji sama dengan apa diperolehnya di Malaysia namun tanggungjawab yang menantinya mulai awal Mei ini lebih besar memandangkan negara itu tidak punya bilangan pemain ramai.

"Pada enam bulan awal, saya perlu merangka program dan menjelajah seluruh negara mendapatkan pemain. Bayangkan dengan 95 juta penduduk, kini Filipina mempunyai lebih kurang 20 pemain saja dan inilah cabaran baru buat saya," katanya yang mensasarkan Filipina menghantar barisan pemain yang hebat di Sukan SEA 2013.

Ketika ditanya perkara yang dikesalkan selama tujuh tahun berada di negara ini, Rexy berkata dia kecewa apabila tidak dapat menghadiahkan pingat emas di Sukan Olimpik dan juga melahirkan juara dunia buat Malaysia.

Sementara itu, Mesyuarat Jawatankuasa Program Bersama Majlis Sukan Negara (MSN) memutuskan skuad Piala Thomas negara akan menjalani latihan di luar bermula 9 Mei ini namun tempatnya hanya akan diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) pada 26 April ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

kuhilmy

Tahniah dan terima kasih rexy. Jasa anda memang sukar dibayar dengan wang ringgit Niat untuk memajukan badminton di seluruh warga dunia memanglah murni s, semoga usaha anda berhasil.

uncle rokian pinasang

Terima kasih Rexy Mainaky segala sumbangan dalam dunia badminton Malaysia yang bagi saya belum ada yang mampu menyainginya setakat ini..malaysia sebenarnya telah banyak meningkat semenjak Rexy mencurahkan kepakarannya di arena badminton negara walaupun impian emas olimpik belum kesampaian. Apapun saya masih menaruh harapan agar suatu masa Rexy akan kembali mencurahkan bakti lagi di Malaysia selepas meredakan segala pengacau-pengacau yang selama ini menjadi punca keterbatasan Rexy merangka program latihannya kepada pemain-pemain badminton Malaysia yang berlambak namun terlalu banyak yang menghalang mereka untuk maju atas faktor kekangan terlalu banyak daripada pihak yang hanya mengutamakan kepentingan peribadi.

fik

rexy berhijrah kerana mahukan cabaran..kenapa la pegawai2 BAM ni tak suka brhijrah.

Mabaloh

Terima kasih Rexy.

Azam

Terima kasih Rexy..Jasamu kami kenang.. Selamat maju jaya di tempat baru..

Egilip Gubal

Saya sangat bangga dengan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Rexy di dalam membangunkan sukan badminton negara. Saya setuju dengan pandangan Datuk Haji Misbun bahawa pemain Malaysia harus mempertingkatkan tahap kecergasan dan kekuatan fizikal serta kecerdasan minda. Pemain no. 1 dunia Datuk Lee Chong Wei jauh lebih bertenaga dan cerdas berbanding dengan Zulfadli Zulkifli yang muda remaja.

annacomel

Terima kasih kepada rexy kerana telah mencurahkan tenaga dan kemahiran kepada pemain malaysia..langkah bijak beliau sama seperti berada didalam pertandingan akhir semasa pelawanan badminton.

Beliau sentiasa ingin mencari kepuasan dan penghargaan yang menjadikan dirinya bahagia. Jurulatih dan pemain yang hebat tidak mudah dicari dalam dunia ini. Terasa satu kerugian kepada negara. Saya ingin tahu mengapa pegawai BAM tidak meniru langkah yang diambil oleh Rexy ini?

a'rum hayy

good luck rexy...


Kelantan kembali bergelora

Posted: 12 Apr 2012 03:54 PM PDT

Sukan

FAM potong 14 mata skuad Piala Presiden guna pemain tak sah

KANCAH bola sepak Kelantan 'kembali bergelora', semalam. Kali ini ia membabitkan skuad Piala Presiden selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan memotong 14 mata diperoleh hasil empat kemenangan dan dua kali seri.

Hukuman keras yang dikenakan ke atas Kelantan diputuskan selepas FAM mendapati skuad muda The Red Warriors itu menurunkan pemain yang tidak sah sepanjang tujuh perlawanan diharungi dalam pertandingan berkenaan sebelum ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan berikutan hukuman itu, semua mata dipungut skuad berkenaan akan ditarik balik sebaliknya akan dihadiahkan kepada pihak lawan.

"Selepas diselidik, kami mendapati Kelantan menggunakan khidmat pemain tidak sah iaitu membabitkan penjaga gol mereka. Mengikut peraturan 55(2), hanya pemain pertandingan bawahan yang dibenarkan bermain di saingan lebih tinggi.

"Tapi seseorang pemain yang didaftarkan dalam kejohanan lebih tinggi tidak dibenarkan diturunkan pada kejohanan lebih rendah. Untuk itu, kami memutuskan Kelantan tewas dalam semua tujuh perlawanan dan pihak lawan memperoleh kemenangan dengan jaringan 3-0," katanya ketika sidang media selepas Majlis Undian Pertandingan Piala Belia Bawah 19 tahun kebangsaan di Wisma FAM, semalam.

Dalam kejohanan pada 1 hingga 14 Mei ini, sejumlah 14 pasukan negeri mengesahkan penyertaan dan dibahagikan kepada empat kumpulan.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang turut hadir menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah meneliti atau membubarkan sebarang peraturan seperti yang didesak banyak pihak.

"Bukan Artikel 88 saja boleh diubah malah peraturan lain juga boleh tapi FAM perlu menerima usul terlebih dulu daripada mana-mana ahli kongres. Usul boleh dibuat sebulan sebelum tarikh kongres iaitu selewat-lewatnya 30 Mei ini namun sehingga kini kami belum menerima sebarang usul lagi," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan