Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Annuar uji ketelusan FAM

Posted:

Annuar uji ketelusan FAM

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


ANNUAR Musa ketika menjawab soalan wartawan pada sidang akhbar di Ketereh, semalam.


KOTA BHARU - Tan Sri Annuar Musa yang digantung dua tahun setengah oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap mahu mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FAM berhubung keputusan badan induk bola sepak itu.

Malah jelas Annuar, sekiranya ia masih tidak berjaya, beliau akan merujuk kes tersebut Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland.

Annuar yang digantung daripada jawatan Timbalan Presiden FAM dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada 4 April lalu memberitahu, tindakan tersebut dibuat selepas beliau tidak beri hak untuk bersuara dan mengemukakan rayuan.

Beliau didapati bersalah kerana melanggar Artikel 88 di bawah Perlembagaan FAM iaitu memberikan kenyataan media tanpa kebenaran Presiden dan Setiausaha Agung.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

‘Pemergian Rexy amat dirasai’

Posted:

'Pemergian Rexy amat dirasai'

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com.my


SETIAUSAHA BAM, Ng Chin Chai mengucapkan selamat maju jaya kepada Rexy Mainaky selepas jurulatih dari Indonesia itu mengumumkan peletakan jawatan, kelmarin.


KUALA LUMPUR – "Sudah tentu kami terasa kehilangannya. Ketika saya kembali daripada kecederaan panjang dan mengalami kejatuhan prestasi, beliau membantu kami memulihkan permainan, hari ini kami berada di landasan untuk melayakkan diri ke Olimpik,'' kata pakar beregu wanita, Wong Pei Tty mengenai jurulatih mereka Rexy Mainaky yang bakal meninggalkan skuad kebangsaan, hujung bulan ini.

Pei Tty, 30, dan gandingannya, Chin Eei Hui pernah menikmati ranking No. 1 dunia pada 2009, malah pernah merangkul gelaran Siri Super Terbuka Denmark 2008, Terbuka Indonesia 2009, selain Super Siri Masters 2008 dan 2009 ketika di bawah bimbingan Rexy.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan