KEKALUTAN angka 156 yang membelenggu skuad Harimau Malaya dan Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mampu meredakan seketika kegelisahan peminat andai barisan Datuk K Rajagobal mampu mengatasi Filipina yang menghuni tangga ke-146.
Ini kerana pasukan republik itu bersetuju mengadakan perlawanan persahabatan ulangan di Kuala Lumpur pada 1 Jun depan, selepas kedua-dua negara terikat 1-1 dalam perlawanan di Manila, sebulan lalu.
"Malaysia menjemput kami bermain perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur pada 1 Jun dan secara dasarnya, kami (terima jemputan dan) akan ke sana," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Filipina (PFF), Mariano Araneta dalam kenyataan di laman web Persekutuan Bola Sepak ASEAN, semalam.
Menurut Araneta, dia sudah berbincang dengan pengurus skuad kebangsaan, Dan Palami yang bersetuju untuk menerima undangan itu, malah turut cuba mengatur aksi persahabatan dengan Indonesia dan Thailand pada 5 dan 12 Jun.
Skuad kebangsaan amat memerlukan aksi persahabatan antarabangsa selepas ranking Harimau Malaya merudum ke tangga 156 dalam senarai terbaru ranking FIFA, hingga mengundang kecaman peminat tempatan yang mempersoalkan persiapan dan kualiti barisan Rajagobal.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan. Senarai komen
FRZ
Kpd K. Rajagobal, jgn berasa kecil hati dgn kritikan Tan Sri Annuar Musa itu tempoh hari... Sy berharap agar skuad Harimau Malaya ini dapat memperbaiki prestasi kedudukan mahupun ranking pasukan kebangsaan pd masa depan....
Tarmizie Shahidan
Memperlekehkan ranking FIFA adalah satu kedangkalan berfikir. Adakah FAM lebih hebat dari FIFA ???
AguEroul
tu lah rahsia macam mana Jepun boleh cecah ranking no. 1 Asia. Sebab mereka banyak buat perlawanan persahabatan yang melibatkan negara. bukan kelab. dulu aku tertanya jugak kenapa Malaysia tak nampak cara macam tu. Sila rujuk wikipedia FIFA macam mana dorang kira untuk ranking ni. perlawanan antarabangsa sgt banyak point
yusof
kalau fam tak boleh di tegur.lebih baik fam buat team sendiri,jangan gunakan nama malaysia.saya sokong tan seri anuar,niat dia untuk naik kan nama malaysia tapi tak di terima.tak guna lah dia jadi orang ke tiga dalam fam. tengok je kelantan sekarang saya rasa pasokan kebangsaan tak boleh kalah kan pasokan kelantan.
Boy DeBorneo
Baiki mutu pemain diperingkat negeri dan pilih yang terbaik. FAM patut sudah ada unit 'pemburu bakat' untuk mengesan bakat terpendam dipelosok negara.
Naiktaraf gaji dan elaun pemain, bersifat terbuka dengan semua komen yang membina.
Bersikap profesional dalam menguruskan pasukan. Itu rahsia dan resepi semua pasukan bolasepak terkemuka dunia. Jika gagal memenuhi janji dan harapan rakyat Malaysia sila undur diri. Baik pemain atau pengurusan. FAM bukan hakmilik individu tapi hak rakyat Malaysia!
s/stia
Datuk S/U dah kata, ranking xpenting, kalau begitu xusah lah buat friendly match, mbazir wang aje.
alan
jgnlah nk salahkan jurulatih andai peretasi merudum..Inilah rakyat MALAYSIA yang sering kali menyalahkan jurulatih dan para permain..Cuba fikir yang positif,tanpa penyokong dia orang tak akan kemana pun..Ni masa menang saja sokong masa kalah tak semua akan boleh terima kenyataan....Kena ingat ad masa kita berada di atas ada masa pasti akan ada di bawah juga.Sebagai seorang penyokong tak kiralah menang ke kalah sepatutnya kita kena beri sokongn padu juga...
Park Ji Yupp
Hai..... Senang citer arr.... Kalau pucuk pimpinan FAM ni betul-betul telus..... Cuba buat pungutan suara melalui badan bebas.... Rasa2nya mau lebih 90% resposden mau FAM dirombak semula... Yang penting pihak istana, politik patut tak campur badan2 sukan ni.... Kang tegur sikit, derhaka la pulok....
mzh
Sepatutbya Skuad Harimau Malaya diserahkan kepada RED Warior.Aku rasa 2018 boleh masuk World Cup.Apa macam setuju???
black
selagi FAM tak boleh di tegur dan manjakan pemain selagi tu tahap malaysia tak ke mana-mana contoh kita negara-negara lain mana ada manjakan pemain jurulatih kena tegas jangan nak ikut kepala pemain je bila bola sepak malaysia maju ntahhhh lah dan selagi FAM tak boleh terima teguran dan pendapat orang habis lah...... kita perlukan berubahan dalam bola sepak fikir2 kan ye kalau nak bola sepak malaysia maju SIKAP FAM PERLU DI UBAH DARI SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT
rafidi
Terserlahlah betapa komen Tan Sri Anuar Musa kepada skuad Harimau Malaya adalah bertepatan. Kepada FAM janganlah anggap segala komen yang dilontarkan adalah rubbish semuanya.
azmi
kenapa vietnam boleh smpi ke ranking 97?? sbb mereka slalu mengadakan pelawanan persahabatan, hebo dengan kritik dan pengantung..di peringkat universiti bnyak pemain boleh di ketengahkan tetapi meraka memikirkan masa depan,di sebabkan negara kita hanya memilih pemain yg sedia ada bukan dari akar umbi...pemain yg dipilih mewakili negeri lain..sekiranya tidak diperlukan di negeri itu akan di pancing ke negeri lain...mcm mn player lain nak memasuki kancah bola sepak negara...untk pemilihan pemain untk negeri2 dimana dia adakan dan bila?? adakah di hebohkan pada seluruh negara?? atau sekadar orang 'dalam' saja yg tahu?? contoh di liga IPT ramai pemain yg boleh diasah bakat mereka....setelah selesai liga...entah kemana hala tujuan mereka?? sekadar hebat disitu sahaja...bagi pendapat saya setiap negeri perlu membuat pemilihan terbuka..pergi ke setiap pelusuk negeri dan negara untuk mencari bakat...jgn lupa org2 pedalaman termasuk org asli yg sememang nye hebat..saya penah mewakili sebuah pasukan yg dikatakan hebat di sebuah negeri..kami pernah mengadakan perlawanan persahabatan dengan org asli di perak...wlupn kelengkapan meraka tidak mengcukupi meraka boleh menewaskan kami dengan mudah....kekalahan yg besar... ini adalah iktibar kepada kami...harap semua pihak dapat memandang semua ini dengan sifat terbuka..bukan menunding jari ke mana2 pihak..sekian
gua king
kurg pandai la kamu org semua,,bila pasukan kita menang semua nk sokong2,nk bangga2...tapi bila klah,semua nk maki2,nk ejek2...kamu ka yg men bola?klau kmu pandai sgt nk men bola.p la kamu buat kelab kmu g lawan dorg.fahami la sikit..sokong la terus biar pun kian merundum.
hasanudin
dapat ranking 156 patutnya bersyukurlah..nasib baek tak ranking 250
NasibBadan
FAM oh FAM, Kalau dah rangking jatuh, sapa nak buat persahabatan... Nasib baik Filipina nak lawan. Kalau negara lain, rasanya x mow dah. Bukan kerana takut , tapi munkin buang masa. Sedarlah, jangan asyik nak tunjuk ego..x kemana jawatan tu.
John Hunter
Meoww!! Meow!!
Yusuf-Ayub
Kita xble salahkn pemain dlm hal ini.yg patut dpersalahkn ialah pegawai2 FAM.xde perancangan,xde strategi utk lebih memajukan,xde kreativiti,xde percaturan utk plawann pshbatn atbangsa,cume lwn psukan negeri.insfratruktur latihan dan teknik latihan ptut dikembangkn lg...sdh la duduk kerusi tu,da lama sgt.
Olobunmi Adigun
Aummm!! Aummmm!!
Luqman
Ada-ada saja alasan, kalau memang teruk mengaku saja lah, ingat peminat tak nampak apa yang berlaku, bila nak maju entah lah, tunggu FAM berubah kot, tegur sikit marah, tegur sikit melenting, tegur sikit kena tindakan, tak boleh nak tegur langsung, tapi suruh peminat bayar tiket dan sokong, kalau menang tak apa tapi bayar untuk melihat kekalahan, buat malu negara. Ini lawan dengan Filipin kalau kalah apa FAM sanggup dibubarkan untuk memberi peluang pada orang lain, tak mungkin lah.
man
ada baik nya matlamat penubuhan FAM dikaji semula kerana FAM sekarang ini di lihat lebih banyak mencari salah orang lain dan menghukum bukan nya ingin memebantu atau bekerjasama dan bertolak ansur demi kepentingan bola sepak negara. tapi bila melibatkan kesalahan dan kelemahan sendiri bukan setakat tidak mengakui malahan di katakan betul pula perkara tersebut di ibaratkan seperti menegakkan pohon yang layu.
mamat
apa nak jadi dengan bola sepak malaysia...ranking 200 pun takpe..
Norazme
Rangking Harimau Malaya perlu diubah jika tidak peminat yg setia akan lari....dan skuadnya hendak lah setabil tidak membuat percubaan pemain baru terlalu ramai dalam satu2 perlawanan persahabatan yg boleh menjejaskan reputasi skuad itu sendiri. Pengekalan pemain dalam skuad Harimau Malaya tidak sampai jejaskan rentak pasukan yg sedia baik. Terus maju Harimau Malaya.
remi
watpe lawan filipina. lawan la pahang ker. pahang kan taraf ANTARAbangsa
annacomel
JIka mendapat nombor corot tidak perlulah di jadikan bahan cerita. Harap berita harian siarkan sahaja sukan lain yang telah menaikkan nama negara. Sungguh menyakitkan hati dan membosankan berita mengenai sukan bola ni. masih terlalu banyak sukan lain yang boleh kita siarkan buat sementara ini untuk memberi peluang kepada pihak berkenaan meningkatkan tahap mutu bolasepak negara.
Din greece
Lwn dgn filipina?.Sepatutnya lwn la dgn vietnam.Vietnam dah msuk top 100.Nasi sudah menjadi bubur.Skarang ke 156 dunia.Target FAM adalah ke-200 dunia...TAHNIAH...
0 ulasan:
Catat Ulasan