Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


RUJUK FAM DULU

Posted:

RUJUK FAM DULU

RUJUK FAM DULU

MAHKAMAH Timbang Tara Sukan (CAS) yang berpusat di Switzerland mungkin dilihat sebagai jalan terakhir buat Tan Sri Annuar Musa bagi membersihkan kembali imejnya.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu harus mendapat 'lampu hijau' daripada ahli-ahli kongres badan induk tersebut jika mahu merujuk kes penggantungannya kepada CAS.

"Jika beliau (Annuar) mahu bawa kes itu ke CAS, ia adalah hak beliau. Namun, beliau perlu mendapat kebenaran daripada ahli-ahli kongres FAM kerana kes itu melibatkan disiplin dan perlembagaan," jelas Pesuruhjaya Sukan, Datuk Mohd. Yasin Mohd. Salleh kepada Kosmo! Ahad semalam.

Pada 4 April lalu, Jawatankuasa Disiplin FAM memutuskan bahawa Annuar digantung dua tahun enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri kerana memberikan kenyataan media tanpa kebenaran Presiden dan Setiausaha Agung badan induk itu.

Kongres FAM harus beri ‘lampu hijau’

Posted:

Kongres FAM harus beri 'lampu hijau'

Kongres FAM harus beri 'lampu hijau'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


ANNUAR hadir ke Wisma FAM, Kelana Jaya bagi menghadiri kes perbicaraannya pada 4 April lalu.


TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa harus mendapat persetujuan daripada ahli-ahli kongres badan induk itu andai mahu merujuk kes penggantungannya kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Demikian jelas Pesuruhjaya Sukan, Datuk Mohd. Yasin Mohd. Salleh (gambar kecil) ketika diminta mengulas tentang hasrat yang disuarakan Annuar kelmarin.

Annuar yang digantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden FAM dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dikatakan bersedia membawa kes tersebut kepada CAS di Switzerland sekiranya rayuan yang dikemukakannya kepada Jawatankuasa FAM ditolak.

Begitupun, Mohd. Yasin menjelaskan, Annuar tetap mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya dengan merujuk kepada CAS, namun bekas Menteri Belia dan Sukan itu perlu mendapat persetujuan daripada ahli-ahli kongres FAM terlebih dahulu.

"Saya rasa jika beliau (Annuar) mahu membawa kes itu ke CAS, itu adalah hak beliau. Namun, beliau perlu mendapat persetujuan daripada ahli-ahli kongres FAM kerana kes itu melibatkan disiplin dan perlembagaan dalam persatuan sukan berkenaan.

"Kes itu sama seperti kes pindaan perlembagaan dalam sesebuah persatuan itu sendiri. Kalau semua ahli bersetuju dalam satu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) atau Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan, maka ia mungkin boleh dilaksanakan," jelas Mohd. Yasin kepada Kosmo! Ahad semalam.

Annuar yang didapati bersalah kerana melanggar Artikel 88 Perlembagaan FAM iaitu memberi kenyataan media tanpa kebenaran Presiden dan Setiausaha Agung, memberitahu dalam satu sidang akhbar di Ketereh kelmarin bahawa beliau mahu merujuk kes itu bagi menguji sejauh mana kesesuaian sistem perundangan yang diguna pakai FAM ini.

"Saya tidak pasti sama ada usahanya itu boleh dilakukan atau tidak. Saya kena semak dahulu peraturan sukan negara, kemudian baru boleh beritahu keputusannya," tambah Mohd. Yasin.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad enggan mengulas lanjut mengenai hasrat Annuar yang mahu merujuk kes penggantungannya kepada CAS.

"Maaf, saya tidak boleh memberikan komen memandangkan ia menyentuh hal ehwal dalaman FAM.

"Sekiranya terdapat pertanyaan mengenai apa-apa masalah, anda boleh merujuk kepada FAM dengan menghantar surat secara rasmi berdasarkan tatatertib kerja melalui prosedur 'hitam putih' bukannya menggunakan saluran media (untuk meluahkan sebarang pertanyaan)," katanya.

Pada 4 April lalu, FAM memutuskan Annuar digantung selama dua tahun enam bulan daripada kedua-dua tugasnya setelah dibicarakan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Annuar juga tidak dibenarkan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.

Malaysia ada resipi juara

Posted:

Malaysia ada resipi juara

Malaysia ada resipi juara

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Dharma (barisan belakang, kanan) bersama skuad kendaliannya meraikan kejayaan mereka muncul juara Piala Sultan Johor tahun lalu.


MESKIPUN hanya menang sekali dalam tiga aksi persahabatan menentang Pakistan baru-baru ini, Malaysia masih memiliki kekuatan tersendiri untuk muncul juara pada Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia yang akan berlangsung di Melaka bermula 3 hingga 13 Mei depan.

Keyakinan tersebut diluahkan sendiri oleh jurulatih, Muhd. Dharma Raj Abdullah terhadap anak-anak buahnya menjelang kejohanan itu yang menyediakan dua slot ke Piala Dunia Remaja 2013 di India tahun depan.

Dharma berkata, barisan pemain yang diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Pakistan tidak menggambarkan kekuatan sebenar pasukannya yang akan beraksi pada kejohanan itu nanti.

"Sebenarnya saya tidak menurunkan barisan terkuat kita pada tiga aksi persahabatan baru-baru ini kerana mahu menyembunyikan kekuatan daripada Pakistan.

"Saya ada 32 pelatih ketika ini dan saya mahu melihat sejauh mana kemampuan sebenar setiap daripada mereka, jadi saya hanya menurunkan lima atau enam pemain utama sahaja dan selebihnya ialah pemain yang lain.

"Oleh itu, saya boleh katakan keputusan dalam tiga aksi persahabatan baru-baru ini bukan gambaran sebenar pasukan kita, sebaliknya saya optimis kita sebenarnya ada kekuatan untuk muncul juara," jelas Dharma kepada Kosmo! semalam.

Pada saingan persahabatan tersebut, skuad Projek 2013 negara tewas 3-5 dan 3-4 dalam dua aksi pertama sebelum bangkit dengan kemenangan 5-3 pada perlawanan terakhir.

Sebagai rekod, Malaysia menyingkirkan Pakistan pada aksi semi final Piala Sultan Johor tahun lalu sebelum mereka ditabalkan selaku juara dengan kejayaan membenam Australia 3-2 di pentas final.

Bagaimanapun, Dharma tetap menganggap Pakistan sebagai ancaman utama selain Korea Selatan dan India.

"Kita memiliki sebuah pasukan yang bagus, malah lebih bagus daripada skuad yang memenangi Piala Sultan Johor tahun lalu," kata Dharma.

"Kita juga ada dua pemain berpengalaman yang beraksi dalam skuad senior iaitu Faizal dan Fitri Saari, jadi saya rasa ia satu kelebihan kepada kita biarpun Pakistan juga akan menyenaraikan empat pemain dalam skuad senior mereka," jelasnya lagi.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Korea Selatan, Jepun dan Iran, manakala juara bertahan, India, Pakistan, China dan Sri Lanka dalam Kumpulan B.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan