Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Maafkan saya'

Posted: 20 Apr 2012 12:39 PM PDT

KEMELUT yang melanda harapan emas Olimpik negara, Lee Chong Wei berakhir apabila pemain badminton nombor satu dunia itu tampil memberi penjelasan berhubung ketidakhadirannya pada Majlis Anugerah Sukan Negara kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, semalam.

Chong Wei ada memberi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Zolkples sebelum majlis bermula dan berkata, dia mengakui kepentingan majlis anugerah itu tetapi dia sedang demam dan tidak mahu hadir dengan wajah dan perasaan tidak ceria kerana boleh mengundang persepsi negatif.

Saya kena terima dan perlu jujur dalam setiap tindakan. Tetapi saya harap dapat belajar sesuatu daripada kekusutan ini. - Lee Chong Wei

"Saya kena terima dan perlu jujur dalam setiap tindakan. Tetapi saya harap dapat belajar sesuatu daripada kekusutan ini," katanya yang akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memberi penjelasan selepas berakhir Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia di Johor Bahru, awal bulan depan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

annacomel

Tidak nafikan dato lee tersilap kerana tidak memberitahu lebih awal dengan cara yang lebih bersungguh untuk memberitahu Dato Z kerana beliau demam.Kesilapan dato Z kerana membuat tunduhan yang berbentuk melatah.Dati Lee telah memohon maaf dan dato z juga telah memmaklumkan beliau tersilap juga..HARAP AEMUA PIHAK DAPAT PENGAJARAN BERGUNA DARI PERISTIWA INI.

MAT USIM

DLCW telah banyak mengharumkan nama negara degan melakar pelbagai kejayaan, perit, jerih dan semua kesusahan perlu dilalui, takkan la kes DLCW tak datang majlis macam tu pun dah nak hukum mcm2, takde gunanya majlis anugerah bagaikan syurga tp atletnya ntah ape2...Dalam sukan ni JUARA tu penting..bukan anugerah

mohmad shalan bin jasman

Pesanan Buat Dato' LCW,
Walaupun Dato' sudah berada dipuncak dunia, tetapi ingatlah bahawa ahli sukan bukanlah artis yang sebahagian hidupnya diwarnai kontroversi, gossip dan persepsi. Ahli sukan adalah milik negara; tetapi artis adalah milik masyarakat...Ahli sukan kena meletakkan negara dihadapan. Manakala artis kena meletakkan kepentingan khalayak untuk dikenang sepanjang zaman.

PazzIman

LCW bijak tidak memanjangkan isu remeh ini, dengan meminta maaf mmg jalan terbaik, harap semua settle dan dato Z please la jgn ulangi bende mengarut ni, tumpukan pada sasaran olimpik yang lagi penting... very humble LCW... dato Z, sudah2 la...

conan

chong tu belagak sangat kot. takkan demam sikit tak boleh nak datang, bukan demam denggi pun. kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu alasan. alasan tak nak hadir dengan perasaan dan wajah tak ceria, alasan tidak bijak. jangan di layan orang belagak hebat sangat ni.

Fariz Sawal

Datuk Z kena minta maaf secara terbuka kepada Datuk L kerana kerana terlepas kata dan terlepas pandang sms yg telah diberi. Pengajaran pd pegawai sukan yg suka mengaibkan org lain, periksa dulu baru buat tindakan jgn buat tindakan tanpa periksa

mohd khan sidil

Jawapan yang sudah dijangka. Beribu kali kita meminta maaf belum pasti orang itu memaafkan kita.Kalau buat sesuatu kita kena fikir dahulu kerana kesannya akan ada nanti. Apa pun yang kita katakan orang akan menilainya perkara tersebut.

skyGun

Rakyat malaysia tentu maafkan DLCW.
DZ...ape ko nak ckp skg..???

IBRAHIM BIN JIDIN

Bagi saya sbg Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara datuk K berhak membuat teguran terhadap sebarang kepincangan berkaitan dengan sukan samada terhadap persatuan atau athletnya lebih lagi kalau ianya melibatkan acara resmi. Perkara ini mungkin tidak berbangkit kalau DLCW awal awal lagi beritahu datuk K yg dia x sehat kemukakan surat sakit. Kesimpulan nya DLCW sudah mendapat pengajaran dari kekusutan ini. Hidup datuk K!... Hidup DLCW!.... majulah sukan untuk negara

azizi aziz

"Chong Wei ada memberi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Zolkples sebelum majlis bermula dan berkata, dia mengakui kepentingan majlis anugerah itu tetapi dia sedang demam dan tidak mahu hadir dengan wajah dan perasaan tidak ceria kerana boleh mengundang persepsi negatif" - Alasan. He should have thought better than that. In my opinion it's best to attend and show people how serious and committed you are rather than not going and invite unnnecessary negative comments! Alasan yang tidak boleh diterima...

Meor Hakeem bin Salleh

Saya kena terima dan perlu jujur dalam setiap tindakan. Tetapi saya harap dapat belajar sesuatu daripada kekusutan ini. - Lee Chong Wei DATUK Z BILA NAK BELAJAR MENERIMA????ASYIK KONDEM ORG JE.. BUAT LA CORE BISNES DATUK Z.. SELESAI KAN MASALAH YG LBIH KRITIKAL DARI YANG INI... TRMA KSIH..

'Ranking penting'

Posted: 20 Apr 2012 12:33 PM PDT

Sukan

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam menyatakan pendiriannya kedudukan skuad kebangsaan dalam ranking lebih baik memainkan peranan penting untuk menjulang nama dan maruah negara di pentas antarabangsa.

"Memang ranking ini tidak boleh nak dijangka. Ranking penting untuk pemain dan juga maruah negara tapi lebih penting, pemain itu sendiri kena faham kenapa ranking adalah penting untuk kedudukan negara di rantau ini.

"Ini adalah fakta sebenarnya. Kalau kita tidak berada di kedudukan 100 teratas, masa depan pemain kita mungkin tidak dapat beraksi di Eropah dan ini implikasinya secara rambang.

Sudah pasti pasukan lebih atas mahu lawan pasukan lebih baik daripada mereka. Kita perlu faham, orang (pasukan) di kedudukan bawah mahu lawan kita kerana mahu cuba naikkan kedudukan ranking mereka. Ini penting kerana mereka tahu implikasi ranking. Tapi kalau kita kalah ketika lawan lebih kuat, tidak ada maknanya juga. - Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM

"Di sini, saya cuma bayangkan saja dan kita memang berhasrat nak menaikkan mutu bola sepak, tapi hakikatnya terpulang kepada pemain dan keseluruhan pasukan itu sendiri," katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran UFL-Power Plate My7, semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, dia tidak menganggap kedudukan skuad negara di tangga 156 ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai gambaran sebenar kekuatan pasukan kebangsaan.

Pada masa yang sama, Tengku Abdullah mengingatkan supaya semua pihak terus bekerja keras memantapkan pasukan kebangsaan.

"Sudah pasti pasukan lebih atas mahu lawan pasukan lebih baik daripada mereka. Kita perlu faham, orang (pasukan) di kedudukan bawah mahu lawan kita kerana mahu cuba naikkan kedudukan ranking mereka.
"Ini penting kerana mereka tahu implikasi ranking. Tapi kalau kita kalah ketika lawan lebih kuat, tidak ada maknanya juga. Jadi saya nak nyatakan di sini, kalau pemain atau pihak pengurusan tidak tahu implikasi kedudukan ranking ini, mereka kena berlatih dengan lebih baik," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan