Harian Metro: Arena |
Posted: 20 Apr 2012 08:48 AM PDT "RANKING penting untuk pemain dan juga maruah negara," demikian tegas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang berharap skuad kebangsaan berusaha memperbaiki ranking selepas kedudukan Malaysia merosot ke tangga 156 dunia. Beliau berkata, semua pemain dan pihak pengurusan perlu sedar betapa kedudukan Malaysia dalam ranking Fifa memberi implikasi kepada perkembangan bola sepak tanah air.
"Memang ranking kita tak boleh jangka, walaupun kita menang bermain di peringkat Asean, ranking kita masih tidak meningkat kerana kita tidak bermain menentang pasukan yang memiliki ranking lebih baik daripada kita.
Turut hadir, Pengarah Urusan UFL Sdn Bhd, Datuk Radha Krishnan, Pengurus Asia Pasifik Power Plate International, Erica Minter, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Sieh Kok Chi dan Pengarah Eksekutif UFL, Datuk Abd Malek Noor.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal tidak panik dengan kedudukan terbaru Malaysia di tangga ke-156 dunia, penurunan paling buruk sejak Januari lalu, berbanding 148 apabila menganggap ranking tidak penting kerana ia tidak menggambarkan kekuatan sebenar Harimau Malaya.
|
‘The Chance’ alternatif cari bakat baru Posted: 20 Apr 2012 08:47 AM PDT PROGRAM 'The Chance' anjuran Nike yang kini dalam rangka jelajah ke seluruh negara bukan saja membuka peluang kepada pemain bola sepak berbakat merebut tiket ke Nou Camp, Barcelona sebaliknya boleh menjadi batu loncatan untuk mendapat tempat dalam skuad muda negara. Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee berkata, beliau sedia menjadikan program itu sebagai salah satu alternatif untuk mencari bakat baru yang sebelum ini tidak mendapat tempat dalam mana-mana pasukan.
Program 'The Chance' peringkat Selatan akan berlangsung di Padang Mawar, Pasir Gudang selama dua hari, bermula hari ini untuk mencari pemain berbakat berusia 16 hingga 24 tahun.
Kim Swee berkata, 'The Chance' memberikan peluang terbaik untuk pemain mengorak langkah awal menjadi pemain profesional yang berjaya.
Pencarian pemain terbaik 'The Chance' di Malaysia bermula Sungai Petani Kedah, 13 hingga 14 April lalu dan siri terakhir program itu akan diadakan di Padang Astaka, Petaling Jaya, Selangor pada 5 hingga 6 Mei. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan