Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Rexy letak jawatan jurulatih

Posted:

Rexy letak jawatan jurulatih

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Selepas tujuh tahun menabur bakti untuk Malaysia, jurulatih kelahiran Indonesia, Rexy Mainaky (gambar) mengambil keputusan mengejut untuk meninggalkan skuad badminton kebangsaan bagi menyahut cabaran baru di Filipina.

Keputusan Rexy itu hadir ketika Sukan Olimpik tinggal kurang empat bulan untuk membuka tirai, sekali gus meninggalkan beregu wanita negara terkapai-kapai bagi menghadapi temasya London.

Walaupun mengakui gembira dengan layanan yang diberikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak melapor diri pada Jun, 2005, namun ia tidak cukup untuk mengekalkan bekas juara Olimpik dan dunia itu untuk terus berkhidmat di negara ini.

Sambil menegaskan pemergiannya ke Filipina bukan kerana wang tetapi lebih kerana mahukan cabaran baru, Rexy enggan mengulas saat ditanya mengapa beliau mahu pergi sekarang dan tidak menunggu sehingga tamat Temasya London, 27 Julai hingga 13 Ogos ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Schwartzel dahului hari pertama

Posted:

Schwartzel dahului hari pertama

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Charl Schwartzel mendahului pusingan pertama Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur, Bukit Kiara, semalam.


KUALA LUMPUR - Biarpun masih keletihan kerana mengharungi perjalanan 30 jam dari Augusta, Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur, namun Charl Schwartzel masih mampu memulakan kempen dengan menakjubkan apabila mencatat pukulan terendah lapan bawah par 64 untuk mendahului pusingan pertama Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur, Bukit Kiara, semalam.

Juara Masters 2011 dari Afrika Selatan itu memegang kelebihan satu pukulan ke atas jaguh India dan juara Jelajah Asia enam kali, Jeev Milkha Singh manakala tiga pemain, diketuai naib juara Masters 2012, Louis Oosthuizen (Afrika Selatan), Jason Knutzon (Amerika Syarikat) serta Jyoti Randhawa berkongsi tangga ketiga dengan dua pukulan di belakang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen