Harian Metro: Arena |
Posted: 11 Apr 2012 10:39 AM PDT KEDUDUKAN skuad kebangsaan dalam peta bola sepak dunia semakin merosot apabila jatuh ke tahap paling buruk sejak Januari dengan berada pada kedudukan ke-156. Mengikut senarai mutakhir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) semalam, Malaysia menghuni tangga ke-156 selepas mencapai kedudukan 148 pada Januari, 150 pada Februari dan 152 bulan lepas.
Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya kini berada setanding dengan beberapa pasukan seperti Bangladesh (152), Palestin (153), New Caledonia (154) dan Samoa (155) yang diketahui umum mempunyai kekurangan kemudahan asas bola sepak seperti padang dan peralatan sukan. Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (97), Thailand (141), Filipina (148) dan Indonesia (151).
Beliau berpendapat kekerapan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal menguji pemain baru, selain mengadakan siri perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Super negeri sebagai tidak bersungguh untuk mempertahankan Piala AFF.
Annuar akhirnya disabitkan kesalahan di bawah Artikel 88 Statut FAM. Beliau digantung dua tahun enam bulan.
|
Azraai fokus perkemas pertahanan Posted: 11 Apr 2012 10:31 AM PDT MEMPERKEMASKAN bahagian pertahanan bakal menjadi fokus utama ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah menjelang pertemuan dengan Terengganu dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu, Sabtu ini. Tindakan itu dilakukan selepas menyedari kelemahan benteng menjadi punca utama kegagalan meraih mata penuh ketika melayani kunjungan Sabah di laman sendiri, Sabtu lalu.
"Saya perlu perkemaskan lagi bahagian benteng pasukan kerana jelas terdapat kelemahan ketara namun kehadiran semula Mohd Alif Shamsuddin, yang digantung sebelum ini dapat membantu Marian Farbak mempertahankan gawang.
Menurutnya, dia tiada pilihan kecuali terpaksa menggunakan khidmat penyerang berusia 23 tahun itu bergandingan dengan Jean-Emmanuel Effa Owona bagi memastikan sasaran tiga mata berharga dicapai.
"Saya jangka perlawanan itu pasti sengit dan amat mencabar namun saya yakin kemampuan pemain melakukan aksi terbaik dalam memburu kemenangan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan