Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Siapa calon finalis

Posted: 30 Apr 2012 12:36 PM PDT

Sukan

Buru jaringan awal, elak kesilapan mudah jadi strategi empat semi finalis Piala FA

DI ATAS kertas, Kedah dan Sime Darby FC memiliki kelebihan untuk mengesahkan tempat ke final Piala FA, 19 Mei ini apabila masing-masing melayani dua finalis musim lalu, Kelantan dan Terengganu dalam timbal balik kedua, malam ini.

Tetapi pertaruhannya cukup besar dan selain kelebihan tipis yang dibawa dari perlawanan separuh akhir pertama, Kedah dan Sime Darby juga perlu berdepan kebangkitan mendadak The Red Warriors dan skuad Penyu yang cemerlang pada aksi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), minggu lalu. Justeru, jaringan awal dan mengelak kesilapan menjadi strategi untuk semua pasukan, lantas menjanjikan satu lagi episod 90 minit yang getir ibarat detik hidup mati buat keempat-empat pasukan.

Untuk berita penuh dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

firda

Peteh Trg Peteh berjuang hingga titisan peluh yang terakhir.

lah pejuamg

mlm ni...kedah pamer bisa,,,vedran dan safi paling berharga,,kedah pulun kedah..

ah meng

Terengganu akan bangkit..peteh ganu peteh..peteh sampai rebah

saidi ganu

ganu tetep kefinal....peteh ganu peteh.

wan suria

masih ada 90 min lg.apa2 bleh jd.pasti perlawanan yg di tgu oleh peminat2 bola sepak tanah air.

zamdx dxgeneration

kelantan pasti bangkit d alor setar untuk mara ke final!
gomo kelate gomo!


FA England lamar Hodgson ganti tempat Capello

Posted: 30 Apr 2012 12:27 PM PDT

Sukan

Roy Hodgson

Roy Hodgson

LONDON: Roy Hodgson tanpa diduga dilamar Persatuan Bola Sepak (FA) England untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus skuad kebangsaan dengan pengendali West Brom itu kini memulakan perbincangan untuk membawa cabaran Euro 2012, bulan depan.

Tindakan FA England itu nyata di luar jangkaan awal kerana pengurus Tottenham, Harry Redknapp sebelum ini disebut-sebut calon pilihan ramai untuk menggantikan tempat Fabio Capello yang meletak jawatan, Februari lalu.

Sebaliknya jawatankuasa FA England yang terdiri daripada empat individu sebulat suara mengenalpasti Hodgson, 64, yang berpengalaman menjadi jurulatih di tujuh negara dan melatih tiga skuad kebangsaan untuk mengisi jawatan berprofil tinggi itu. FA England turut diberikan kebenaran oleh Pengerusi West Brom, Jeremy Peace untuk mengadakan perbincangan dengan Hodgson.

"Hodgson adalah satu-satunya pengurus yang kami tawarkan dan kami akan buat pelantikan dalam masa terdekat untuk mengisi kekosongan Capello. Perbincangan lanjut kini terpulang di antara Hodgson dan wakil kami sebelum apa-apa pengumuman dibuat," kata Pengerusi FA England, David Bernstein.

FA dikhabarkan enggan membayar apa-apa pampasan kepada West Brom untuk mendapatkan khidmat Hodgson memandangkan kontraknya bersama kelab itu akan berakhir 30 Jun ini.

Sementara itu, laman web rasmi West Brom melaporkan Hodgson cukup teruja untuk memanfaatkan peluang dilantik sebagai pengurus baru England.
"Hodgson sebagai rakyat England cukup bangga dengan tawaran itu dan kami memahami hasratnya untuk mengadakan perbincangan dengan FA bagi mengisi jawatan paling berprestij itu.

"Bagaimanapun, kami tetap menekankan bahawa betapa besarnya harapan kami untuk melihat Hodgson kekal bersama kami bagi meneruskan sumbangan besarnya dalam projek di The Hawthorns," kata Peace. – AP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan