Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Jangan alpa’

Posted: 15 May 2012 11:34 AM PDT

PERLAWANAN akhir Piala FA menentang Sime Darby Sabtu ini, tidak boleh dipandang mudah dan pasukan Kelantan perlu berusaha memastikan kubu tidak mudah dibolosi penyerang import berbisa pasukan lawan dari Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh.

Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek mahu rakan sepasukan berwaspada berdepan ancaman penyerang import itu yang mampu mengkucar-kacirkan kubu pertahanan.


"Pergerakan Ronaldinho perlu dikawal ketat barisan pertahanan kerana pemain itu mempunyai kemahiran penyudah tajam berbisa.

"Kami tidak memandang mudah pertemuan dengan Sime Darby sebaliknya lebih serius dalam misi muncul juara. Kami sedar pasukan itu banyak membuat kejutan apabila menewaskan Johor FC dan Terengganu untuk layak ke final Piala FA," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.


Sementara itu, pemain pertahanan Kelantan, S Subramaniam berkata, Kijang akan tebus kekecewaan final Piala FA 2010 dan 2011 selepas Red Warriors akur dengan kekalahan kepada Selangor dan Terengganu.


Katanya, barisan pemain pertahanan perlu mengunci pergerakan Ronaldinho tiada ruang buatnya membolosi gawang Kelantan.

"Saya percaya dengan kehadiran pemain import, Obina Nwaneri, dalam barisan pertahanan mampu menyekat kemaraan pemain itu," katanya.




Cabaran paling besar Red Warriors

Posted: 15 May 2012 11:21 AM PDT

PENGURUS Kelantan, Azman Ibrahim menganggap final Piala FA 2012 sebagai cabaran paling besar Red Warriors pada percubaan ketiga membawa pulang piala itu ke negeri ini.

Beliau mengakui kegagalan dua kali pada 2009 dan 2011 cukup memeritkan kerana belum pernah menggenggam piala itu dalam kempen Liga M.


"Apabila Kelantan sekali lagi melangkah ke pentas final Piala FA 2012, kami tekad menggenggam piala itu kerana kegagalan dua kali cukup mengecewakan.

"Kami mahu menjadikan 2012 satu realiti menjuarai Piala FA yang terlepas pada 2009 dan 2011," katanya di Kota Bharu, semalam.


Azman yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) melihat pasukannya berada pada landasan terbaik merealisasikan impian itu tapi tidak menganggap mudah cabaran pasukan lawan berstatus kelab, Sime Darby FC di pentas final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu ini.


Katanya, pemain Kelantan memulakan sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, semalam bagi memantapkan persiapan pasukan sebelum aksi final, Sabtu ini. "Kami mempunyai masa lima hari memperkuatkan pasukan dengan misi sebelum berdepan Sime Darby di final. Saya harap pemain sudah bersedia menggalas tanggungjawab dengan baik nanti.

"Harapan Kelantan cukup besar untuk menjuarai Piala FA dan saya yakin pasukan mampu mencapai kejayaan yang diimpikan pengurusan Kafa serta seluruh peminat bola sepak negeri ini," katanya.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan