Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Annuar diberi amaran keras

Posted:

Annuar diberi amaran keras

Annuar diberi amaran keras

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

ANNUAR (dua dari kiri) hadir pada majlis perasmian penjualan tiket final Piala FA dan
pelancaran album Dikir Warriors di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu, Isnin lalu.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi amaran keras kepada Timbalan Presiden badan induk itu, Tan Sri Annuar Musa agar tidak terus melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak.

FAM mengeluarkan amaran tersebut selepas Annuar didapati melanggar kod etika Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu apabila menghadiri majlis perasmian penjualan tiket final Piala FA dan pelancaran album Dikir Warriors di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu, Isnin lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak (gambar kecil) berkata, FAM akan mengenakan tindakan lebih berat jika Annuar masih terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak pada peringkat nasional mahupun antarabangsa.

"Perkara ini diputuskan selepas kami menerima banyak rungutan dan pandangan daripada pihak luar berkaitan penglibatan beliau (Annuar) dalam aktiviti bola sepak pada peringkat negeri.

"Perkara 6.11.15 telah menetapkan yang beliau tidak dibenarkan sama sekali terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak," kata Taufik kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Pada 4 April lalu, FAM memutuskan Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) digantung dua tahun enam bulan daripada seba- rang aktiviti bola sepak peringkat nasional dan antarabangsa.

Annuar didapati bersalah melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, yang mana hanya Presiden FAM boleh memberi komen berkenaan sku- ad kebangsaan.

Beliau juga didakwa melanggar titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebarkan kepada pihak media.

Menurut Taufik, sekiranya Annuar mengulangi kesalahan yang sama, FAM tidak teragak-agak untuk melucutkan jawatannya dalam badan induk itu.

"Perkara ini sebenarnya mudah yang mana Annuar harus mengikuti pelaksanaan hukuman sebagaimana yang ditetapkan, bukan melanggar (hukuman tersebut) yang akan memburukkan lagi keadaan," katanya.

Taufik turut mengumumkan hukuman penggantungan empat perlawanan tanpa penonton di Stadium Negeri, Kuching yang dikenakan terhadap Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) ditarik balik.

Bagaimanapun, hukuman itu bersyarat apabila FAM terlebih dahulu akan menghantar 'peninjau' ketika Sarawak menentang Selangor pada 16 Jun depan.

"FAS perlu memastikan yang insiden sama (pergaduhan dan kekasaran penonton) tidak berulang lagi dan keperluan keselamatan memenuhi syarat yang ditetapkan FAM.

"Kami akan menghantar wakil untuk membuat pemerhatian dan seandainya FAM berpuas hati terhadap semua aspek, maka dua penggantungan perlawanan seterusnya juga akan ditarik balik," katanya.

PBSNT buka pintu rundingan

Posted:

PBSNT buka pintu rundingan

PBSNT buka pintu rundingan

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

"APA yang dilakukan ke atas Mat Zan Mat Aris bukanlah untuk merampas haknya tetapi demi masa depan bola sepak Terengganu."

Demikian penjelasan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berhubung tindakan drastik yang dikenakan ke atas bekas jurulatih Sang Penyu itu.

Tanpa mahu mengeruhkan keadaan, Che Mat juga meminta Mat Zan untuk tidak terus memanjang isu berkenaan demi kebaikan bersama.

"Tindakan ini (menamatkan kontrak lebih awal) mungkin drastik, ia bukan bertujuan menafikan hak Mat Zan, sebaliknya mahu menjulang kembali prestasi Terengganu ke tahap tertinggi," kata Che Mat sebagai membalas isu berbangkit yang disuarakan Mat Zan kelmarin.

Menurut Che Mat, Mat Zan dilihat telah gagal membimbing Terengganu seperti yang dimahukan pihak PBSNT, sekali gus memaksa persatuan itu melantik Peter James Butler sebagai pengganti.

"Kita sudah terlepas satu piala (Piala FA), jadi untuk memastikan Terengganu bangkit semula, kita kena tukar jurulatih dan keputusan ini bukan keputusan saya seorang, sebaliknya ia dilakukan oleh satu panel khas," jelasnya.

Mengenai penyelesaian kontrak secara adil seperti yang dipinta Mat Zan, Che Mat menjelaskan, pihaknya sedia berunding dengan bekas jurulatih Kuala Lumpur itu bagi mencari keputusan terbaik.

"Pintu rundingan masih lagi terbuka untuk Mat Zan berbincang mengenai isu berbangkit termasuk hal-hal berkaitan pampa- san," ujarnya.

Jelasnya, pihaknya sentiasa memberi ruang untuk berunding dengan Mat Zan dan surat peletakan jawatan tersebut akan diserahkan kepada bekas pemain negara itu selepas rundingan dilakukan.

Mengenai surat tunjuk sebab itu, Che Mat berkata, ia perlu dijawab bagi mengetahui punca sebenar tentang kegagalan Mat Zan membimbing Terengganu sebelum ini bagi memperbaiki prestasi pasukan itu.

Kosmo! semalam menyiarkan mengenai kekecewaan Mat Zan yang pernah berjaya membawa Terengganu menjulang Piala Malaysia pada tahun 2001 yang ditamatkan kontrak bertitik tolak selepas kegagalan Terengganu mara ke final Piala FA kerana tewas kepada pasukan berstatus kelab, Sime Darby pada pertemuan separuh akhir bulan lalu.

Ekoran kegagalan itu, PBSNT mengarahkan Mat Zan yang menandatangani kontrak sehingga November 2013, berehat selama dua minggu bermula 1 Mei lalu.

Bagaimanapun, pada 7 Mei lalu, Che Mat mengesahkan bahawa Mat Zan mahu mengundur diri daripada membimbing Terengganu selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama.

Bukan soal gaji - Yong-sung

Posted:

Bukan soal gaji - Yong-sung

Bukan soal gaji - Yong-sung

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


YONG-SUNG ditemani isterinya, Song Eun young menjelaskan punca beliau meletakkan jawatan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


BEKAS jurulatih beregu lelaki, Yoo Yong-sung tampil menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di sebalik isu peletakan jawatan beliau.

Yong-sung menerusi jurubahasanya berkata, kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai dan Pengurus Besar BAM, Kenny Goh bahawa peletakan jawatannya disebabkan badan induk itu tidak dapat memenuhi tuntutan gaji yang diminta adalah tidak benar.

Sebaliknya, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu menjelaskan, punca utama beliau meletak jawatan adalah disebabkan BAM tidak memberi peluang kepada dirinya untuk melatih pemain yang sama secara tetap.

"Dalam hal ini, faktor gaji tidak timbul. Jika ingin bercakap soal gaji, saya menerima gaji yang lebih rendah di sini (Malaysia) sepanjang enam bulan dengan BAM, berbanding ketika menjadi jurulatih di Korea Selatan.

"Masalah utamanya ialah BAM tidak memberikan peluang kepada saya untuk melatih pemain yang sama secara tetap. Setiap hari saya melatih pemain yang berbeza dan lebih malang saya hanya ada tempoh 10 hingga 20 minit sahaja untuk melatih mereka.

"Saya tidak kisah jika BAM tidak membenarkan saya melatih pemain utama tetapi sekurang-kurangnya saya mahu melatih pemain yang sama secara tetap, kerana mahu berkongsi pengalaman yang dimiliki dengan pemain," kata Yong sung ketika sidang akhbar khas yang diadakan di Sri Hartamas, Kuala Lumpur semalam.

BAM mengesahkan bahawa Yong sung telah menyerahkan surat peletakan jawatan pada 30 April lalu dan memaklumkan, keputusan tersebut dibuat disebabkan jurulatih itu tidak bersetuju dengan pakej gaji baharu yang di tawarkan.

Mengulas lanjut, Yong-sung memberitahu, beliau ada mengadakan perbincangan dengan pengurusan BAM, namun kedua-dua pihak gagal mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Saya ada mengadakan perbincangan dengan BAM (Chin Chai dan Kenny) mengenai perkara itu tetapi mereka tetap tidak bersetuju dengan permintaan saya.

"Sebab itu saya membuat keputusan untuk meletak jawatan kerana saya sudah tidak gembira berada di Malaysia.

"Sejurus saya mememberitahu mereka yang saya mahu meletak jawatan, mereka terus bertanya kepada saya berapa gaji yang saya mahukan tetapi sekali lagi saya tegaskan yang gaji bukan masalah utama," jelas Yong-sung.

Beliau turut mendakwa bahawa BAM juga tidak membenarkannya ke Vietnam untuk bersama pemain-pemain muda negara beraksi dalam satu kejohanan pada Mac lalu.

Sepanjang tempoh enam bulan percubaan, BAM pada awalnya memberikan Yong-sung peranan untuk melatih beregu muda negara.

Beliau juga diminta membantu Kim Her serta jurulatih beregu lelaki, Pang Cheh Chang bagi mengembalikan semula 'sengat' Kien Keat-Boon Heong.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen