Harian Metro: Arena |
‘Jerman ketakutan’ Posted: 27 Jun 2012 09:54 AM PDT KRAKOW (Poland): Perancang utama Itali, Andrea Pirlo yakin lawannya di separuh akhir Euro 2012, Jerman akan diselubungi perasaan takut apabila mereka bertembung di Warsaw, awal pagi esok. Jerman tidak pernah menewaskan Itali pada perlawanan kompetitif, sebaliknya tewas tiga kali dan banyak kali seri ketika kedua-dua pasukan bertemu di pusingan akhir Piala Dunia dan Kejohanan Eropah.
Justeru, Pirlo, 33, percaya sejarah akan membawa Itali ke puncak kejayaan.
Itali juga pernah mengatasi pasukan Jerman Barat di separuh akhir Piala Dunia 1970 dan final 1982.
Pirlo percaya mereka hanya perlu bermain dengan cara yang sama, selebihnya kejayaan akan datang sendiri.
|
Posted: 27 Jun 2012 09:43 AM PDT SERAMAI 350 kanak-kanak sekolah rendah pelbagai kaum menyertai pelancaran kem 'Play More Learn More' (PMLM) di Taman Mayang Jaya, Jalan SS26/9 Petaling Jaya, hujung minggu lalu. Edisi kali ini dirasmikan bekas ratu trek negara pada era 80-an yang juga ikon sukan Malaysia Datuk Marina Chin, kini pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
Uniknya kem sukan ini adalah, Milo memberi tanggungjawab penganjuran kepada Persatuan Penduduk Taman Mayang Jaya di bawah pimpinan pengerusinya, Chan Yee Onn, ahli jawatankuasa yang komited melakukan tugas baik dengan sokongan padu Milo. Selain itu, ibu-bapa juga memainkan peranan sebagai sukarela. Pengurus Pemasaran Sukan Nestle-Milo, Ng Ping Loong berkata, semua ahli jawatankuasa berusaha bersungguh-sungguh memastikan kem ini dijalankan dengan selamat dan memberi kenangan kepada peserta. Pengurus Pemasaran Pengguna Milo, Ng Su Yen dalam ucapannya pula berkata, kem sukan PMLM adalah satu lagi inisiatif korporat Milo dalam membudayakan nilai positif sukan terhadap kanak-kanak agar membesar dengan penuh yakin menghadapi cabaran hidup. "Kanak-kanak yang bersukan akan mempelajari pelbagai nilai kehidupan. Mereka dapat membina sikap positif berdepan masa depan dengan penuh yakin. Mereka juga akan menghargai semangat kesukanan, ketabahan, dedikasi, perpaduan, disiplin dan banyak lagi nilai positif yang akan menjadikan mereka memiliki personaliti dan mempunyai karakter yang kuat. "Sukan satu cara efektif mempromosikan semangat patriotik, integrasi dan perpaduan terhadap kanak-kanak," katanya. Yee Onn berkata, pihaknya menghargai usaha Milo terhadap kanak-kanak ini. "Saya percaya, kenangan indah ini kekal dalam hidup mereka. Kami harap Milo akan mengadakan karnival ini lagi tahun depan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan