Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Lupakan sejarah silam’

Posted:

'Lupakan sejarah silam'

GDANSK, Poland – Jurulatih Jerman, Joachim Löw mendesak anak-anak buahnya supaya melupakan kekecewaan lalu. Löw berkata, para pemain hanya perlu fokus untuk menewaskan Itali pada aksi separuh akhir di Stadium Nasional, Warsaw awal pagi esok.

Untuk rekod, Jerman tidak pernah menewaskan skuad The Azzurri dalam satu perlawanan kompetitif, tewas tiga kali dan seri beberapa kali pada pusingan akhir Piala Dunia serta kejohanan Eropah.

Selain itu, kedua-dua pasukan bertemu dalam satu aksi kelayakan Piala Dunia 1962 dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

Situasi itu telah menyebabkan pemain tengah Itali, Andrea Pirlo mendakwa, Jerman dihantui kebimbangan menjelang aksi separuh akhir di Warsaw itu.

Bagaimanapun, Löw menyangkal dakwaan itu ketika ditanya mengenai kegagalan Jerman menewaskan Itali sejak beberapa tahun lalu.

"Kami tidak boleh mengundurkan masa atau lupakan mengenai perkara itu. Sejarah silam tidak memainkan peranan dalam perancangan kami.

"Rekod menunjukkan yang Jerman tidak pernah menewaskan Itali pada kejohanan utama tetapi kini ia bukan satu masalah besar buat kami.

"Situasi kini sangat berbeza dan ia bukan lagi satu isu penting buat kami," kata Löw.

Para penyokong Jerman mula mengenali Pirlo ketika pasukan itu menjadi tuan rumah Piala Dunia 2006.

Pemain tengah Juventus berusia 33 tahun itu menjadi watak penting yang membantu kemenangan 2-0 Itali ke atas Jerman pada aksi separuh akhir , sekali gus memusnahkan impian skuad The Team untuk menempah slot ke final.

Namun Löw berkata, beliau tidak berminat untuk bercakap mengenai kemampuan Itali.

Sebaliknya beliau lebih berminat untuk merancang strategi bagi membantu Jerman melebarkan rekod kemenangan kepada 15 perlawanan dalam perlawanan kompetitif sejak tewas kepada Sepanyol pada Piala Dunia 2006. – Agensi

Gerrard ubah fikiran

Posted:

Gerrard ubah fikiran

GERRARD (kiri) dan Rooney gagal membantu England melangkah lebih jauh pada Euro 2012.


LONDON - Steven Gerrard menegaskan bahawa dia tetap akan menggalas tugas selaku kapten England meskipun mengalami kekecewaan pada Euro 2012.

Gerrard yang mencapai usia 32 tahun bulan lalu mendedahkan bahawa dia akan mempertimbangkan masa depan karier antarabangsanya sebaik tamat kempen Euro kali ini.

Bagaimanapun, perancang Liverpool itu membatalkan hasrat tersebut sejurus skuad The Three Lions tewas kepada Itali pada aksi suku akhir, Isnin lalu.

Pada aksi di Stadium Olimpik, Ukraine itu, England tewas 2-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.

"Ya, saya masih mahu menggalas tugas selaku kapten England.

"Saya ada bercakap dengan pengurus pasukan mengenai perkara ini. Saya beritahu bahawa saya akan terus beraksi untuk skuad kebangsaan selagi khidmat saya diperlukan.

"Saya suka menjadi kapten. Saya suka dengan tanggungjawab sebagai kapten.

"Secara peribadi, kempen Euro 2012 merupakan aksi terbaik saya sepanjang beraksi di pentas antarabangsa.

"Saya sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik buat pasukan dalam mana-mana kejohanan," kata Gerrard. - Agensi

Hatem dalam radar Safa

Posted:

Hatem dalam radar Safa

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my

ANDAI tiada aral melintang, Sabah bakal dikendalikan jurulatih dari luar negara dalam usaha mengembalikan maruah bola sepak 'Negeri Di Bawah Bayu' itu.

Berdasarkan senarai terkini, Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan lima orang jurulatih termasuk bekas pengendali skuad kebangsaan, Hatem Souissi.

Pengurus pasukan, Yahya Mohamed Kassim menjelaskan, perbincangan kedua-dua pihak kini memasuki fasa terakhir dengan pengumuman jurulatih baharu bakal dibuat tidak lama lagi.

"Kita memang ada menerima beberapa nama jurulatih dari luar negara, namun semuanya masih dalam proses perbincangan.

"Antara nama-nama yang tersenarai ialah Hatem Souissi yang pernah membimbing pasukan Negeri Sembilan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Difahamkan, bekas pemain import Sabah dari Hong Kong, Tim Bredbury turut berminat membimbing SabaHawks.

"Kita juga menerima permohonan daripada Tim Bredbury dan jurulatih itu pernah bersama pasukan Sabah pada tahun 1993," jelasnya.

Terdahulu, posisi ketua jurulatih dalam pasukan Sabah kosong selepas pengguguran Justin Ganai ekoran prestasi merosot yang dipamerkan skuad Sabahawks itu dalam kempen Liga Super.

Antara kekalahan teruk yang dialami Sabah termasuklah ketika dibelasah 9-0 oleh Lions XII dan 4-0 oleh Selangor PKNS.

Ketika ini, Sabah yang berada di kedudukan ke-12 liga, dibimbing penolong jurulatih, Andrew Majanggim.

"Mengikut peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan negeri hanya diberikan tempat selama empat minggu untuk mencari jurulatih baharu," jelasnya.

Beliau turut menambah, Justin yang pernah tiga kali membimbing Sabah akan diberikan tanggungjawab baharu untuk mengemudi pasukan pembangunan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan