Sukan
LONDON: Juara dua kali, Rafael Nadal dan harapan British, Andy Murray mara ke pusingan kedua Wimbledon kelmarin, namun pemain lelaki Australia terjerumus ke prestasi paling buruk mereka sejak 1938.
Nadal yang masih segar dengan kejayaan memecah rekod menjuarai Terbuka Perancis kali ketujuh, mudah mencatat kemenangan 7-6 (7/0), 6-2, 6-3 ke atas Thomaz Bellucci dari Brazil, walaupun ketinggalan 4-0 pada set pertama.
"Ia sentiasa sukar untuk membuat perubahan dari gelanggang tanah liat ke gelanggang rumput, terutama apabila beberapa bulan lalu saya bermain hampir setiap perlawanan di jelajah. Secara fizikal, anda akan mula menghadapi beberapa masalah. "Saya gembira kembali beraksi di gelanggang yang dianggap antara terbaik di dunia dan memenangi perlawanan dalam tiga set bagus buat saya," akui Nadal, juara 2008 dan 2010.
Pilihan keempat, Murray, yang mara ke separuh akhir sejak tiga tahun lalu, muncul pemenang selepas mengenepikan cabaran Nikolay Davydenko dari Russia dengan kemenangan mudah 6-1, 6-1 6-4.
Sementara itu, Lleyton Hewitt yang menyambut ulang tahun ke-10 kejayaannya menjuarai Wimbledon pada 2002 tersingkir selepas tewas kepada pilihan kelima dari Perancis, Jo-Wilfried Tsonga yang mara menerusi kemenangan 6-3, 6-4, 6-4. Penyingkirannya juga bermakna tiada pemain lelaki Australia di pusingan kedua buat kali pertama sejak 1938.
Dalam bahagian wanita, Serena Williams, juara 2002, 2003, 2009 dan 2010, mara ke pusingan kedua menerusi kemenangan 6-2, 6-4 ke atas Barbora Zahlavova Strycova dari Republik Czech.
"Ia sering saja mempunyai beberapa kesan. Saya sering mahu bermain lebih baik jika dia tersingkir dari kejohanan," kata Serena mengenai kekalahan kakaknya.
Juara bertahan, Petra Kvitova turut mara selepas menewaskan Akgul Amanmuradova dari Uzbekistan 6-4, 6-4 - AFP
0 ulasan:
Catat Ulasan