Berita Harian: Sukan |
Posted: 07 Jul 2012 04:15 PM PDT Menang penuh bergaya berpesta gol belasah Perak 6-0 di KB Kota Bharu: Kelantan mengesahkan gelaran juara Liga Super buat musim kedua berturut-turut dengan penuh bergaya selepas berpesta gol membelasah Perak 6-0 di hadapan kira-kira 18,000 penyokong di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. Kejayaan skuad The Red Warriors itu dicapai ketika saingan musim ini masih berbaki dua perlawanan, lebih mudah berbanding ketika mereka hanya mengesahkan kejuaraan Liga Super musim lalu pada perlawanan terakhir. Kelantan kendalian jurulatih dari Croatia, Bojan Hodak ternyata unggul musim ini apabila mereka bukan saja muncul juara Piala FA menewaskan Sime Darby 1-0, Mei lalu, malah mara ke suku akhir Piala AFC untuk bertemu kelab Iraq, Arbil, 18 dan 25 September depan. Pada aksi malam tadi, Kelantan tampil garang dengan mendahului 5-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-16 dan 29, Mohamad Ghaddar (18), Badhri Radzi (22) dan Nurul Azwan Roya (38). Pada babak kedua, Kelantan membawa masuk Norshahrul Idlan Talaha menggantikan Ghaddar manakala Perak memasukkan penjaga gol simpanan, Kamarul Effandy Abdul Rahim menggantikan Nasril Nourdin. Namun gawang Perak terus bocor apabila Indra Putra melengkapkan hatriknya pada minit ke-48 untuk gol keenam Kelantan. |
Selangor bergaya rampas tangga ketiga Liga Super Posted: 07 Jul 2012 04:13 PM PDT Selangor berjaya merampas tangga ketiga Liga Super daripada Perak selepas membelasah jiran tetangga, Kuala Lumpur 4-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi untuk kini mengumpul 40 mata. Gol Selangor dijaringkan Azidan Sarudin pada minit ke-35, Amri Yahyah (46, 79) dan Ramez Dayoub (62). Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah terus terperosok di tangga kedua tercorot selepas tewas 1-3 kepada Terengganu. Namun tambahan dua lagi gol daripada Ashari Samsudin (44) dan jaringan sendiri Reithuddin Emran (77) membolehkan Terengganu mengumpul 38 mata di tangga kelima, hanya satu mata kurang berbanding Perak di tangga keempat. Di Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah turut senasib dengan Sabah apabila kekal di tangga ketiga tercorot apabila tunduk 0-2 kepada Negeri Sembilan yang terus kekal di tangga keenam dengan 36 mata. Dua gol Negeri Sembilan itu dijaringkan Jean-Emmanuel Effa-Owona (42) dan S Kunanlan (82) manakala pemain Kedah, Faizal Abu Bakar dibuang padang pada minit ke-77. Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, pasukan pelawat, FELDA United memperolehi tiga mata penting untuk menjauhi zon penyingkiran selepas menewaskan PKNS FC 1-0 hasil jaringan Farderin Kadir minit ke-20. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan