Berita Harian: Sukan |
Tentera gagal cari bekal selesa Posted: 28 Sep 2012 05:09 PM PDT Kuala Lumpur: Juara Liga Perdana, Tentera mencipta kejutan selepas merekodkan kemenangan tipis 3-2 ke atas juara bertahan, Negeri Sembilan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi. Di babak pertama, permainan cukup seimbang dan minit ke-13, Negeri Sembilan hampir mendahului perlawanan namun tolakan K Thanaraj menuju tepat ke tiang gol tuan rumah sebelum dikeluarkan pertahanan Tentera. Anak buah B Sathianathan kembali memperkemaskan serangan dan hampir menemui jaringan tetapi rembatan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak pada minit ke-22 dinafikan oleh tiang gol menjadikan separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.Bersambung babak kedua, Tentera bagaikan mendapat tonik baru apabila meraih dua gol dalam tempoh 10 minit menerusi Christie Jayaselan pada minit ke-56 dan diikuti jaringan hasil rembatan pemain import, Bruno Marteloto pada minit ke-66 untuk meletakkan tuan rumah selesa di depan 2-0. Libasan Shakir legakan Hobin Jang Hobin Mendahului permainan dengan dua gol menyaksikan Tentera sedikit memperlahankan rentak permainan dengan lebih banyak bertahan dan hanya melakukan serangan balas setiap kali pelawat hilang bola. Serangan demi serangan yang dilancarkan anak buah Mohd Azraai Khor akhirnya membuahkan hasil apabila sepakan penjaga gol Tentera, Farizal Harun pada minit ke-73 terkena belakang Firdaus Azizul sebelum bola melantun masuk ke dalam gawang. Namun, dua minit sebelum perlawanan tamat, pemain gantian, Shakir Ali menjaringkan gol cantik bagi merapatkan jurang sekali gus membolehkan mereka bernafas sedikit sebelum beraksi perlawanan suku akhir kedua di laman sendiri, Selasa ini. |
Posted: 28 Sep 2012 05:08 PM PDT Kuala Lumpur: Peruntukan RM50 juta bagi persediaan menghadapi Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janiero, Brazil, menyuntik semangat atlit untuk memburu pingat emas pertama negara pada temasya sukan itu. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata ini adalah peruntukan terbanyak kementerian peroleh bagi persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2016. Ternyata ia menunjukkan betapa serius Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada sukan negara.Beliau (Perdana Menteri) faham sukan bukan sekadar pingat semata-mata tetapi ia berkaitan dengan soal melonjakkan imej, moral, menyatupadukan rakyat dan memberi inspirasi kepada generasi muda terbabit dalam sukan, katanya mengulas Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, semalam. Mengenai peruntukan RM80 juta diberi untuk pembinaan velodrom tertutup di Seremban, Negeri Sembilan dan akademi badminton di Bukit Kiara di sini, Ahmad Shabery berkata ia adalah hasil kejayaan atlit di temasya Sukan Olimpik London, Ogos lalu. Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong percaya peruntukan untuk program Road to Rio yang bertambah sekali ganda berbanding Road to London boleh menyemarakkan lagi pemburuan emas Olimpik pertama negara. Tambah pingat Beliau turut menyambut baik pertambahan peruntukan untuk beberapa temasya antarabangsa lain termasuk Sukan SEA 2013 di Myanmar, Sukan Para Asean 2013 (Myanmar), Sukan Komanwel 2014 di Glassgow, Scotland dan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan yang keseluruhannya berjumlah RM95 juta. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan