Harian Metro: Arena |
Posted: 31 Aug 2012 12:56 PM PDT KAMI difitnah! Itulah hujah dua tonggak Terengganu, pemain tengah, Ismail Faruqi Asha'ri dan pertahanan, Muslim Ahmad yang didakwa membawa masuk perempuan ke bilik hotel penginapan mereka di Alor Setar pada awal pagi hari perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia menentang Kedah, Selasa lalu. Menurut Ismail Faruqi, 25, laporan disiar di dada akhbar harian itu satu pembohongan dan dia bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas kedua-dua akhbar itu.
"Kami kini dipandang serong oleh masyarakat dan saya sudah menghubungi peguam untuk berbincang mengenai tindakan undang-undang yang bakal diambil bagi membersihkan nama saya," katanya.
"Semuanya mudah saja dibuktikan kerana hotel itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan sekiranya pihak tertentu meneliti rakaman itu, sudah tentu mereka tidak akan melihat seorangpun perempuan memasuki bilik kami," katanya.
"Bukan saya tidak mahu tidur awal tapi saya cedera dan tidak disenaraikan untuk bermain menentang Kedah keesokan harinya, begitu juga Ismail yang demam dan tidak tersenarai.
Artikel ini disiarkan pada : 01/09/2012 |
Butler cemar nama baik skuad Penyu Posted: 31 Aug 2012 10:55 AM PDT KES disiplin membabitkan dua tonggak Terengganu, Ismail Faruqi Ashari dan Mohd Muslim Ahmad tampak menggoncang kem skuad Penyu itu apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh meluahkan kekesalan terhadap jurulatih, Peter Butler yang membuat kenyataan terbuka tanpa merujuk kepada pengurusan. Menurut Che Mat, Butler sepatutnya mengemukakan laporan rasmi dan bukannya memberikan kenyataan yang boleh memberikan imej buruk kepada pemain dan pasukan Pantai Timur itu.
Tambahnya, beliau menyedari ada yang tidak kena namun Butler enggan menceritakan perkara sebenar.
Artikel ini disiarkan pada : 01/09/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan