Berita Harian: Sukan |
Posted: 09 Oct 2012 05:00 PM PDT MSN tetap syarat bagi elak jurulatih import yang dilantik BAM jadi mangsa mainan 'politik' pemain Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju dengan cadangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk melantik seorang pengarah kejurulatihan dari luar negara tetapi dengan syarat perlu memberi 'perlindungan' dan kuasa penuh kepada pemegang jawatan terbabit. Tindakan MSN mengenakan syarat itu bagaimanapun tidak sukar ditafsirkan kerana tidak mahu pengarah kejurulatihan itu menjadi mangsa 'politik' di kalangan pemain dan jurulatih tempatan seperti yang berlaku ke atas jurulatih beregu berpengalaman Rexy Mainaky sebelum ini. Syarat itu juga bagi mengelakkan isu membabitkan jurulatih dari England, Peter Butler yang dipecat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) atas alasan pelik hingga mendapat perhatian seluruh dunia dan menjejaskan imej negara tidak berulang.Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong, berkata pihaknya yang turut membayar separuh daripada gaji pengarah kejurulatihan itu juga mahu BAM memberi penerangan sejelas-jelasnya mengenai tugas dan tanggungjawab serta meletakkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang perlu dicapainya. Saya tiada masalah: Zol "Saya tidak mempunyai masalah dengan cadangan BAM tetapi apa yang penting badan induk itu perlu memberi sokongan, kuasa penuh dan 'perlindungan' sewajarnya kepada pemegang jawatan terbabit untuk menjalankan tugas dengan lancar dan berkesan. "Kita tidak mahu pengarah kejurulatihan yang dilantik itu nanti berhenti atau dipecat setengah jalan kerana pelbagai masalah yang timbul ciptaan pemain dan jurulatih tempatan seperti yang berlaku ke atas beberapa jurulatih luar sebelum ini," kata Zolkples semalam. Ditanya apakah tiada calon tempatan yang layak untuk mengisi jawatan itu, Zolkples mengakui berdasarkan pemerhatian dan rujukan dengan beberapa bekas pemain, dia tidak nampak calon tempatan yang layak. "Jika ada pun Datuk James Selvaraj tetapi komitmennya terbatas kerana masih berkhidmat dengan Bata. Jadi, saya rasa calon yang dicadangkan BAM itu berkemampuan dan berwibawa menjalankan tugas kerana memiliki banyak pengalaman sebagai pemain dan jurulatih," katanya. Joo-bong pernah menjadi ketua jurulatih skuad negara pada 2000-2003. |
Posted: 09 Oct 2012 04:52 PM PDT Beberapa pemain senior pindah ke pasukan lain musim depan Seremban: Skuad Negeri Sembilan akan berwajah baru pada saingan Liga Malaysia musim depan berikutan beberapa pemain senior berpindah ke pasukan lain. Pemain terbabit yang kontrak mereka turut tidak dilanjutkan ialah kapten pasukan, Mohd Shukor Adan, Mohd Farizal Marlias (penjaga gol), Idris Karim (pemain tengah) dan pemain sayap kiri, S Kunalan. Farizal bakal 'angkat kaki'Farizal yang juga penjaga gol kebangsaan dikatakan bakal 'angkat kaki' mewakili Perak manakala Kunalan dipancing Red Giants sementara Shukor Adan berminat menyarung jersi Tentera. Sumber memberitahu, pemain lain yang dijangka terus kekal bersama skuad itu termasuk Norhafiz Zamani Misbah, Shahurain Abu Samah, Mohd Alif Shamsuddin, Mohd Firdaus Azizul, Abd Halim Zainal dan Ahmad Shakir Md Ali. Pemain baru yang akan menyertai skuad itu termasuk bekas pemain Pos Malaysia, Azmeer Yusof yang dipinjam ketika kempen Piala Malaysia. Kedudukan dua pemain import, Jean Emmanuel-Effa Owona dari Cameroon dan Marian Farbak dari Slovakia juga belum dapat dipastikan kerana pengurusan pasukan dikatakan sedang meneliti prestasi setiap pemain sebelum kontrak mereka ditawarkan semula. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan