Harian Metro: Arena |
Posted: 09 Oct 2012 10:12 AM PDT REKOD buruk skuad negara di pentas Asia ingin dipadam ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang menuntut anak buahnya memberikan aksi terbaik jika mahu melepasi halangan tiga wakil Asia Barat, Bahrain, Qatar dan Yaman pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Australia. Skuad Harimau Malaya dipertemu dengan tiga pasukan itu dalam Kumpulan D menerusi undian yang dijalankan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Melbourne semalam dan pengendali negara itu optimis mereka mampu memberi tentangan bagi merebut salah satu daripada dua slot ke pusingan akhir daripada kumpulan itu.
"Saya mahu pemain tukar mentaliti, jangan apabila berdepan pasukan Asia Barat, kita mudah memberikan kemenangan. Saya mahu semua pemain memberikan aksi terbaik untuk mencapai misi layak ke Piala Asia 2015," katanya ketika ditemui pada sesi latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Bagaimanapun jika dilihat rekod pertemuan sebelum ini, Malaysia yang menduduki ranking ke-162 dunia berdepan tugas mencabar untuk layak biarpun undian mereka kali ini tidak seteruk pasukan Asia Tenggara yang lain.
Biarpun Yaman berada di kedudukan ke-157 dunia namun mereka pernah menewaskan skuad negara 1-0 pada dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil dua tahun lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/10 |
Posted: 09 Oct 2012 09:56 AM PDT PILIHAN utama Sirkit Kebangsaan Terbuka Pahang 2012 Liew Daren dari Kuala Lumpur/BAM, mengetuai barisan pemain BAM lain melangkah ke pusingan kedua hari ini. Daren menewaskan wakil Selangor, Wong Kin Yik 21-15, 12-13 untuk berdepan seorang lagi pemain Selangor, Woon Kok Hong yang mendapat kemenangan percuma selepas Kuan Beng Hong dari Kedah menarik diri.
Hari ini Arif bakal berdepan Lok Chong Chieh.
Anak didik Hendrawan terus menyemarakkan lagi saingan pusingan kedua apabila Goh Soon Huat dan Mohd Nur Mohd Azriyn Ayup mudah mengatasi lawan masing-masing.
Sementara itu, Azriyn (BJSS/Selangor) menewaskan wakil Selangor Ridzwan Rahmat 21-11, 21-13 untuk berdepan jaguh remaja negara dari KL/KLRC, Zulfadli Zulkifli.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/10 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan