Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Ranking FIFA penting!

Posted: 04 Oct 2012 01:05 PM PDT

Ia cerminan kedudukan dan imej bola sepak sesebuah negara di dunia

Kuala Lumpur: Penasihat Global Blackburn yang juga bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh menganggap ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tetap penting kerana ia menentukan kedudukan dalam undian mana-mana kejohanan besar.

Ia turut memainkan peranan dalam menilai perkembangan skuad kebangsaan sesebuah negara dan juga indeks pengukur yang dijadikan rujukan umum selain mencerminkan imej bola sepak sesebuah negara itu di mata dunia.
"Ranking juga menjadi keutamaan peminat bola sepak negara. Mereka mengharapkan kedudukan bola sepak negara seharusnya lebih baik daripada sekarang.

"Inilah akibatnya apabila kita tidak berapa serius dengan perlawanan persahabatan... ranking pun merosot. Ini sekali gus akan menjemput tekanan sendiri kepada skuad kebangsaan. Sebab itulah ranking penting," katanya ketika dihubungi di United Kingdom, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ranking terbaru Malaysia yang merosot di kedudukan ke-162, kelmarin selepas kalah 2-0 dalam perlawanan persahabatan dengan Vietnam di Shah Alam, 11 September lalu.

Ranking yang dikeluarkan FIFA kelmarin, menunjukkan skuad negara jatuh enam anak tangga lagi - kedudukan sama dengan Singapura.
Kedudukan itu adalah paling buruk sepanjang tahun ini selepas Malaysia berada ke-148 dunia pada Januari lalu.

Serbegeth berkata, prestasi bola sepak negara hanya boleh meningkat jika aksi persahabatan antarabangsa dan sesuatu kejohanan yang disertai dianggap sama penting.

Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal, bagaimanapun, tetap dengan pendiriannya untuk tidak terlalu mengutamakan peningkatan ranking FIFA sebaliknya lebih menekankan prestasi semasa pasukan.

"Kita masih di landasan yang betul. Hanya dengan Vietnam kita tewas. Apa yang penting ialah persiapan menyiapkan pasukan terkuat untuk Piala Suzuki AFF 2012, November ini.

"Saya dari mula sudah beritahu banyak kali, ranking hanya untuk menentukan kedudukan pasukan dalam undian mana-mana kejohanan besar.

"Jadi kemerosotan ranking ini tidak memberi kesan kepada prestasi semasa pasukan kita," kata Rajagobal yang mencapai ranking terbaik di kedudukan 138 dunia pada Mac 2011 selepas mengambilalih pasukan kebangsaan pada April 2009.

Bercakap kepada media mengenai perkembangan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam, Rajagobal berkata: "Inilah resipi dan filosofi saya yang membawa kejayaan. Itali pun kalah tiga aksi persahabatan sebelum Euro 2012 tetapi tetap ke final. Jerman dan Belanda menang semua aksi persahabatan tetapi gagal."

Dalam pada itu, Harimau Malaya akan beraksi dalam empat lagi perlawanan persahabatan menjelang Piala Suzuki AFF 2012 yang bermula 25 November depan.

Skuad bimbingan Rajagobal akan bertemu Hong Kong 16 Oktober ini, Vietnam (3 November), Hong Kong (14 November) serta Thailand yang belum disahkan tarikhnya.

Namun andai tewas dalam perlawanan persahabatan itu, kemungkinan Rajagobal sekali lagi menjadikan Itali sebagai contoh untuk rujukan dalam resipi kejayaannya.

Schumacher berundur

Posted: 04 Oct 2012 12:46 PM PDT

Suzuka: Juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher semalam mengumumkan bahawa dia akan bersara buat kali kedua pada penghujung saingan musim ini.

"Saya sudah buat keputusan untuk bersara pada akhir musim ini. Saya masih berasakan mampu bersaing sekali lagi tetapi masanya sudah tiba untuk saya mengucapkan selamat tinggal. Kali ini, buat selama-lamanya.

"Sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini, saya tidak pasti jika masih memiliki motivasi dan tenaga untuk terus bersaing. Bukan cara saya untuk meneruskannya jika tidak berasakan diri ini 100 peratus. Saya rasa lega selepas buat keputusan hari ini (semalam)," kata Schumacher.
Tempat pemandu berusia 43 tahun itu dalam pasukan Mercedes musim depan akan diambil alih pemandu McLaren, Lewis Hamilton.

Sepanjang kariernya, Schumacher memenangi 91 perlumbaan sepanjang 1991 hingga 2006 dengan dua juara dunia bersama Benetton pada 1994 dan 1995 serta lima kali bersama Ferrari dari 2000 hingga 2004.

Pemandu Jerman itu bersara kali pertama pada 2006 sebelum membuat keputusan kembali berlumba pada 2010 dengan mengikat kontrak tiga tahun bersama Mercedes. - AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan