Harian Metro: Arena |
Resipi, falsafah terbukti berjaya Posted: 04 Oct 2012 11:19 AM PDT BIAR apapun kritikan dan pandangan orang luar, ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal tetap akan terus melakukan 'eksperimen' kerana yakin pendekatan itu terbukti berkesan apabila menamatkan penantian negara memenangi Piala Suzuki AFF 2010. Katanya, beliau akan terus menguji pemain dalam aksi persahabatan termasuk menentang Hong Kong di gelanggang lawan pada 16 Oktober ini sebelum mendaftarkan 35 pemain bagi Piala AFF November depan, sembilan hari selepas perlawanan itu.
"Bermula Januari hingga September saya sudah menguji 72 pemain dan saya akan mendaftar 35 pemain untuk Piala AFF. Saya uji ramai pemain kerana sebagai persediaan jika ada pemain mengalami kecederaan. Inilah masanya untuk saya menguji pemain," katanya pada sidang media perkembangan skuad kebangsaan di Wisma FAM semalam.
Serbegeth dalam laporan Arena Metro berkata, skuad Rajagobal perlu meraih keputusan baik dalam tempoh persiapan terakhir ini dan bukannya terus memberikan alasan mahu melakukan eksperimen.
"Ranking hanyalah untuk menentukan kedudukan dalam sesuatu kejohanan, ranking dikira menerusi berapa perlawanan kami harungi dalam setahun dan pada tahun ini kami hanya menentang Filipina dan Singapura secara timbal balik serta satu perlawanan dengan Sri Lanka.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/05 |
Posted: 04 Oct 2012 11:11 AM PDT KAPTEN Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar mengingatkan rakan sepasukan aksi separuh akhir Piala Malaysia menentang LionsXII bukan saja memburu tempat ke final namun membabitkan maruah negara. Juara Liga Perdana mahu menafikan hasrat wakil kelab Singapura itu membawa pulang trofi kebanggaan bola sepak Malaysia, sejak kali terakhir melakukannya pada 1994.
Pemain yang menjulang Piala Malaysia untuk tiga musim berturut-turut itu menyedari LionsXII akan menggunakan kelebihan padang rumput tiruan selepas berjaya menewaskan naib juara Liga Perdana, Pahang menerusi kemenangan 2-0 walaupun tewas 1-2 pada suku akhir pertama di Kuantan.
ATM layak ke separuh akhir selepas menyingkirkan juara bertahan, Negeri Sembilan dengan agregat 6-3 tapi malangnya kehilangan tonggak serangan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak akibat penggantungan satu perlawanan.
Jentera serangan ATM bakal diketuai bintang import, Marlon Alex James yang juga penjaring terbanyak Piala Malaysia dengan sembilan gol bagi memacu kelab itu mengulangi pencapaian mara ke final pada 1966 (Piala HMS Malaya).
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/05 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan