Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Sokong Raja!

Posted: 10 Nov 2012 08:59 PM PST

Shabery yakin Harimau bangkit pertahan Piala AFF Suzuki

Kemaman: Sokongan penuh harus diberi kepada skuad kebangsaan dan pengendalinya, Datuk K Rajagobal menjelang kempen mempertahankan Piala AFF Suzuki yang bermula dua minggu lagi di ibu negara.

Perkara itu ditegaskan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menaruh keyakinan tinggi terhadap keupayaan Rajagobal walaupun pengendali itu dibayangi dua kekalahan berturut-turut - kepada Vietnam dan Thailand, baru-baru ini.
Pada peringkat ini, kita perlu bersatu memberi sokongan kepada skuad kebangsaan," Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan


Rajagobal yang menjadi pencetus kepada dua kejayaan sebelum ini, Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010 masih dianggap taruhan terbaik dalam misi mempertahan kejuaraan dan Shabery menyeru sokongan padu seluruh negara diberikan kepadanya.

"Kekalahan ini hanyalah pada perlawanan persahabatan," kata Ahmad Shabery ketika diminta mengulas kekalahan 2-0 Malaysia di tangan Thailand di Bangkok Rabu lalu.

"Saya yakin menjelang kejohanan sebenar nanti skuad kebangsaan akan bangkit mempertahankan kejuaraan.
"Dua tahun lalu, kita tewas 5-1 pada perlawanan pertama tetapi bangkit melakar kemenangan sehingga menjulang kejuaraan. Pada peringkat ini, kita perlu bersatu memberi sokongan kepada skuad kebangsaan," katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Netbook 1 Malaysia Fasa 3 untuk pelajar sekolah menengah Parlimen Kemaman, semalam.

Beliau juga meminta persatuan bola sepak negeri tidak mengabaikan pembangunan pemain muda dalam keghairahan membeli pemain tersohor untuk membarisi pasukan.

"Mengambil pemain tersohor dunia (seperti yang dilakukan persatuan bola sepak negeri sekarang) tidaklah asing sebab dalam liga besar di England dan Sepanyol juga lakukan perkara sama," katanya mengulas senario persatuan bola sepak negeri yang kini rancak membeli pemain bagi menghadapi saingan liga musim depan.

14 ahli gabungan PABM dibidas tak faham peraturan

Posted: 10 Nov 2012 12:35 PM PST

Tidak faham peraturan! Itu reaksi Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Zafarul Akhbar Kassim berkaitan desakan 14 ahli gabungan badan induk itu mahukan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) diadakan berikutan kegagalan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) seperti ditetapkan.

Zafarul yang ketika ini berada di Myanmar berkata, tempoh untuk PABM mengadakan mesyuarat dwitahunan itu bagi memilih kepimpinan baru adalah sehingga 31 Disember ini.

Sehubungan itu, katanya bagaimana isu AGM yang dikatakan perlu diadakan pada Mac lalu boleh diputarbelitkan sedangkan ia tidak pernah diputuskan dalam mesyuarat sebelum ini.
Sebenarnya tak ada masalah sebab tempoh penggal yang belum habis dan bagi yang tak puas hati, sila ikut peraturan sedia ada," Zafarul Akhbar Kassim, Presiden PABM

"Sebenarnya tidak ada masalah sebab tempoh penggal yang belum habis dan bagi yang tidak puas hati, sila ikut peraturan sedia ada," kata Zafarul yang akan membuat sidang media bagi menjelaskan situasi sebenar, Selasa ini.

Kelmarin, Penolong Setiausaha Kehormat PARM, Ahmad Janius Abdullah yang dikatakan mewakili 14 ahli gabungan dilapor menyerahkan petisyen kepada Timbalan Pesuruhjaya Sukan, Rohatul Akmar Abdullah bagi meminta EGM diadakan kerana khuatir perancangan diatur persatuan untuk tahun depan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

"Kita perlu cari masa sesuai, dua bulan ini masih ada kejohanan perlu dijalankan namun ia tidak menggugat untuk menjalankan AGM," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan