Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rentak Harimau Malaya longlai

Posted:

Rentak Harimau Malaya longlai

Rentak Harimau Malaya longlai

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

SAFEE (kiri) menanduk masuk gol pembukaan Harimau Malaya ketika menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam malam tadi. Malaysia dan Hong Kong seri 1-1.


APA lagi alasan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal.
Keputusan seri 1-1 dengan Hong Kong pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi membuktikan betapa skuad Harimau Malaya belum mampu menunjukkan taring sebenar.

Kurang dua minggu sebelum kempen Piala AFF Suzuki 2012 bermula, Rajagobal harus segera memperbaiki setiap kepincangan yang ada dalam skuad kendaliannya itu.

Jika anak-anak buah Rajagobal terus menampilkan aksi longlai sebagaimana ditampilkan ketika menentang Hong Kong, mereka mungkin sudah boleh melupakan misi untuk mempertahan kejuaraan Piala AFF Suzuki kali ini.

Terdahulu, Harimau Malaya mengalami dua kekalahan berturut-turut iaitu tewas 0-1 kepada Vietnam di Hanoi sebelum kecundang 0-2 di tangan Thailand di Bangkok.

Dua kekalahan itu jelas sekali mencetuskan panik dalam kalangan penyokong dan pemerhati bola sepak tempatan yang berharap anak-anak buah Rajagobal sekali lagi mengecap kejayaan selaku juara Piala AFF Suzuki.

Pada aksi malam tadi, Rajagobal menurunkan barisan terbaik dengan Khairul Fahmi Che Mat diberi tugas selaku penjaga gol utama.

Benteng pertahanan pula dikemudi Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak, Mohd. Bunyamin Umar, Mohd. Fadhli Shaas dan Zubir Azmi.

Jentera tengah pula diterajui kapten, Safiq Rahim sambil dibantu Amar Rohidan, S. Kunanlan dan Azzamuddin Mohd. Akil manakala Safee Sali serta Norshahrul Idlan Talaha bertanggungjawab merobek gawang Hong Kong.

Biarpun menurunkan 'barisan impian', Rajagobal pastinya resah melihat aksi longlai anak-anak buahnya itu yang gagal menghadirkan gerun pasukan lawan.

Dalam tempoh 45 minit pertama perlawanan, Harimau Malaya masih gagal merobek gawang lawan biarpun memiliki beberapa peluang menerusi percubaan Safee dan Norshahrul.

Satu-satunya peluang terbaik Harimau Malaya hadir pada minit ke-16 menerusi gerakan Norshahrul, namun sepakan gunting Safee tersasar di sebelah kanan gawang Hong Kong.

Harimau Malaya akhirnya membuka tirai jaringan menerusi tandukan Safee pada minit ke-58.

Pasukan pelawat terpaksa beraksi 10 pemain selepas Lee Chi Ho dilayangkan kad merah oleh pengadil, Suhaizi Shukri selepas tonggak pertahanan Hong Kong itu mengasari Safee pada minit ke-82.

Namun, di sebalik keghairahan Harimau Malaya memburu jaringan, mereka dihukum menerusi jaringan penyamaan Hong Kong oleh Lam Ka Wei pada minit ke-88 gara-gara kesilapan Aidil dan Khairul Fahmi.

KAFA letak harga berpatutan

Posted:

KAFA letak harga berpatutan

KAFA letak harga berpatutan

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


NORSHAHRUL (kiri) terus menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air ekoran kontroversi perpindahannya ke Johor musim depan.


BERDASARKAN reputasinya sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga M) untuk tempoh tiga tahun berturut-turut bermula 2010, 'nilai' penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha sudah tentu melonjak tinggi.

Maka tidak mengejutkan apabila perpindahan Norshahrul ke Johor musim depan dilapor bakal mencecah jutaan ringgit disebabkan pemain yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo itu masih mempunyai baki kontrak setahun bersama The Red Warriors.

"Mat Yo merupakan pemain tunggal yang berjaya mempertahankan anugerah MVP selama tiga tahun berturut-turut. Musim lalu beliau antara penjaring terbanyak dalam saingan Liga Super serta penyerang No. 1 negara.

"Dengan reputasi Mat Yo yang hebat, tidak betul jika kita nak letakkan harga beliau dengan murah. Jika kita letakkan harga yang murah, ia akan menjatuhkan maruah pemain tempatan.

"Kalu kita mengagung-agungkan Mat Yo, tiba-tiba harga murah, jatuhlah martabat Liga M. Sebagai contoh, kita hendak beli kasut Gucci tetapi dengan harga kasut Bata, itu mustahil," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perarakan Piala Malaysia di Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan, Telipot dekat sini semalam.

Hadir sama, Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail dan Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim.

Bagaimanapun, Annuar menyerahkan keputusan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) untuk membuat keputusan berhubung tawaran perpindahan Norshahrul ke Johor.

"Saya fikir kalau bekas penjaring terbanyak (Liga Sepanyol) yang berusia 32 tahun (Daniel Gonzales Guiza) dari luar negara (Sepanyol), mereka (Johor) boleh bayar dengan sekian banyak, apatah lagi pemain tempatan yang mempunyai reputasi yang hebat.

"Tolong jangan rendahkan martabat pemain tempatan kerana ia akan menjatuhkan liga kita. Bila kita dengar Safee Sali dibayar dengan harga RM2 juta, kita cukup bangga dengan situasi tersebut," tegasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan KAFA membayangkan kesediaan untuk melepaskan penyerang Mat Yo jika tawaran yang diberikan oleh mana-mana pasukan berbaloi dengan nilainya.

Annuar melalui laman Facebook miliknya kelmarin berkata, perpindahan Mat Yo ke Johor mengikut terma tertentu seperti mana yang telah disampaikan kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Menurutnya, PBNJ diberi tempoh selama tujuh hari untuk menjawab tawaran yang dikemukakan oleh KAFA.

Program istimewa gamit tumpuan

Posted:

Program istimewa gamit tumpuan

Program istimewa gamit tumpuan


PARA pengunjung tertarik melihat pameran sistem audio kereta sempena Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Kebangsaan edisi kedua awal tahun ini.


BAGI memeriahkan Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012 yang bermula esok hingga Ahad ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan satu program khas yang dinamakan KBS Vrooom Goal 2012.

Program itu dijangka menarik perhatian para pengunjung ke Kompleks Futsal 1Malaysia Presint 18, Putrajaya selain menghimpunkan penggemar-penggemar sukan pemotoran menerusi pameran autoshow kereta dan motosikal.

Antara pengisian lain dalam program tersebut ialah pameran audio video (kereta dan motosikal), pertandingan RC Drift/ Wheelie serta himpunan motosikal klasik.

Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Fazulia Zulkifli berkata, program tersebut dilaksanakan sebagai medan untuk mengumpul dan menyatukan semua golongan belia yang berkongsi minat yang sama.

Jelasnya, program itu juga dilihat mampu memberi pendedahan kepada komuniti belia berhubung keburukan berlumba haram, penyalahgunaan dadah dan gejala sosial.

"Penganjuran kali ini bukan hanya tertumpu kepada satu cabang sukan saja iaitu futsal, malah KBS menyasarkan pembabitan belia dalam segenap aspek aktiviti sihat

"Lebih menarik, seramai 500 peserta mengambil bahagian dalam program itu," kata Fazulia kepada Kosmo! semalam.

Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012 bakal menghimpunkan 444 pasukan lelaki dan wanita dari seluruh negara yang akan berentap memburu wang tunai keseluruhan berjumlah RM68,400 selain piala pusingan serta medal.

Fazulia turut memberitahu, kejohanan futsal kali ini juga bakal diserikan dengan persembahan artis-artis terkemuka tanah air.

"Mereka terdiri daripada beberapa barisan bintang Akademi Fantasia selain Aisyah, Fina dan Azrul yang bertindak sebagai pengacara.

"Selain itu, band-band popular antaranya Pretty Ugly dan Kumpulan Project 2000 juga bakal memberikan persembahan menarik pada kejohanan kali ini," tambahnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan