Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Del Nero ikat kontrak setahun dengan Johor

Posted:

Del Nero ikat kontrak setahun dengan Johor

Del Nero ikat kontrak setahun dengan Johor

DEL NERO (tiga dari kanan) disambut oleh Tunku Ismail (empat dari kanan) sebaik saja tiba di Johor Bahru semalam.


SELEPAS berjaya mengikat bekas pemain kelab La Liga Sepanyol, skuad Johor menambah seorang lagi pemain berbisa kelahiran Carrara, Itali, Simone Del Nero, 31, sekali gus melengkapkan kuota dua pemain import untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) tahun depan.

Del Nero yang merupakan bekas pemain kelab Serie A Itali, Lazio, mengikat kontrak selama setahun dan lanjutan setahun lagi bersama pasukan Harimau Selatan semalam.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tetap dengan pendirian baginda untuk tidak mendedahkan nilai kontrak dan gaji pemain import baharu itu.

"Nilainya rahsia, sebelum ini kita berjaya mengikat bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza dan kini Del Nero akan memperkemaskan bahagian tengah skuad Johor," katanya pada sidang akhbar khas menyambut kehadiran Del Nero di Hotel Thistle, Johor Bahru semalam.

Dengan kehadiran Del Nero, Andre Francisco Da Silva yang pada awalnya akan diserap dalam pasukan Johor kembali bersama Johor United musim depan.

Sementara itu, bercakap menerusi jurubahasanya, Del Nero yang kini beraksi secara pinjaman bersama A.C Cesena dalam saingan Serie B Liga Itali berkata: "Saya dimaklumkan (oleh ejen) bahawa saya akan bermain dengan beberapa nama besar dalam arena bola sepak tempatan.

"Ia bukan satu masalah besar untuk menyesuaikan diri dengan pemain tempatan. Ingin juga saya tegaskan bahawa saya telah mendapat tawaran daripada beberapa kelab Eropah termasuk Itali tetapi saya memilih untuk menyarung jersi Johor.

"Tambahan, bos saya (Tunku Ismail) mempunyai perancangan yang hebat untuk pasukan ini, saya teruja menjadi sebahagian daripada pemain dalam misi memburu kejuaraan."

Menyingkap karier bola sepak Del Nero, beliau mula menjadi pemain profesional ketika bersama kelab Empoli pada musim 1998 hingga 2000.

Dia kemudian berhijrah ke kelab Brescia (2000-2007) dan turut beraksi dengan kelab Livingston pada saingan Liga Divisyen Satu Scotland (2001-2002) secara pinjaman sebelum membuat 22 penampilan bersama Lazio.

Pencapaian terhebatnya ialah apabila berjaya membantu pasukan bawah 21 Itali tahun bergelar juara pada Kejohanan Bola Sepak Eropah (UEFA) tahun 2004 dan memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Greece pada tahun sama.

Trofi lebih penting - Ferdinand

Posted:

Trofi lebih penting - Ferdinand

Trofi lebih penting - Ferdinand

MANCHESTER - Pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand mengakui skuad kendalian Alex Ferguson itu semakin bersemangat untuk memburu kejuaraan pada musim ini.

Ferdinand yakin kejayaan yang bakal diraih lebih penting buat semua kelab berbanding wang.

Bekas pemain Leeds United itu berjaya memenangi lima trofi Liga Perdana England, dua gelaran Piala Liga dan Juara-Juara Liga sepanjang berada di Old Trafford.

Ferdinand berkata, faktor tersebut mendorong barisan pemain United untuk mempamerkan aksi cemerlang berbanding mengejar gaji mingguan yang tinggi.

"Semua pihak sibuk bercakap mengenai wang berbanding bola sepak tetapi saya tidak.

"Kami mahu kembali memenangi liga," katanya menjelang aksi liga menentang Norwich City awal pagi esok.

"Tidak kira sebanyak mana kamu akan memperoleh wang tetapi pada penghujung karier, pencapaian bersama kelab akan lebih menjadi detik bermakna bagi seorang pemain profesional." - AFP

Di Matteo sangkal khabar angin

Posted:

Di Matteo sangkal khabar angin

Di Matteo sangkal khabar angin

LONDON - Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo dilaporkan cuba menyangkal spekulasi yang mendakwa prestasi skuad The Blues semakin merosot sejak akhir-akhir ini.

Begitupun, skuad kendalian jurulatih berusia 42 tahun itu perlu meraih tiga mata penuh pada berkunjung ke West Bromwich Albion pada aksi Liga Perdana England malam ini.

Kemenangan sangat penting bagi melonjakkan kembali kedudukan juara Eropah itu dalam saingan liga domestik musim ini.

Ketika tewas 2-3 kepada Manchester United di Stamford Bridge bulan lalu, Chelsea sedar kemenangan mampu membantu pasukan tersebut mengatasi skuad kendalian Alex Ferguson itu dengan kelebihan tujuh mata.

Bagaimanapun, kekalahan itu tidak hanya meletakkan Chelsea di tangga ke tiga liga tetapi turut kehilangan khidmat Branislav Ivanovic dan Fernando Torres yang dilayangkan kad merah.

Ketika ini, United unggul selaku pendahulu liga selepas mengumpul 27 mata diikuti Manchester City (25 mata) dan Chelsea (24 mata).

Kehilangan kapten, John Terry yang terpaksa direhatkan selama beberapa minggu selepas mengalami kecederaan lutut ketika seri 1-1 dengan Liverpool, 11 November lalu dijangka memberi kesan di posisi pertahanan.

Bagaimanapun, Di Matteo tidak mahu menjadikan isu itu sebagai alasan kerana beliau masih mempunyai Gary Cahill dan David Luiz mengemudi benteng pertahanan.

Sementara itu, Luiz cuba mengalihkan perhatian apabila mendedahkan keinginan kelab untuk mendapatkan khidmat penyerang Atletico Madrid, Ramadel Falcao.

"Dia (Falcao) sangat sesuai dengan skuad kami. Kami pasti akan gembira (jika dia menandatangani kontrak) kerana Falcao sudah pasti akan menjadi pemain yang hebat untuk pasukan.

"Kehebatannya sukar untuk diramal. Dia seorang penyerang yang sangat hebat," kata Luiz. - AFP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan