Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


United mahu layak awal

Posted:

United mahu layak awal

MANCHESTER UNITED bertekad untuk mengesahkan slot ke pusingan kalah mati lebih awal.


BRAGA, Portugal – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mahu barisan pemainnya mengesahkan slot ke pusingan kalah mati lebih awal dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Skuad The Red Devils berpeluang untuk merealisasikan matlamat itu jika sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri dengan kelab Portugal, Braga pada aksi Kumpulan H di Stadium Braga Municipal awal pagi esok. Ferguson berkata, jika ia tercapai, beliau boleh merehatkan tonggak pertahanan United, Rio Ferdinand. Musim ini, Ferdinand yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-34 esok terpaksa diturunkan dalam semua perlawanan membabitkan United.

Ia ekoran masalah kecederaan yang dialami oleh tiga lagi tonggak pertahanan United, Nemanja Vidic, Chris Smalling dan Phil Jones yang menyaksikan mereka terpaksa berehat panjang. Bagaimanapun, kemenangan atau keputusan seri di Portugal sudah menjamin tempat skuad The Red Devils untuk beraksi pada pusingan kalah mati dan sekali gus membolehkan Ferguson melakukan perubahan dalam skuad kendaliannya. "Perlawanan menentang Braga akan memberi peluang kepada saya untuk menggunakan sepenuhnya barisan pemain yang saya ada. Yang pasti, saya akan melakukan beberapa perubahan.

"Jika kami (United) boleh mencatatkan kemenangan adalah lebih baik tetapi kami mahu memastikan yang kami mara ke pusingan kalah mati terlebih dahulu. "Jika kami berjaya, ia akan memberi pilihan kepada saya untuk menggunakan Smalling dan Jones. "Situasi itu sekali gus akan membolehkan Ferdinand berehat dan kembali berada pada tahap kecergasan sebenarnya. Sudah pasti selepas itu saya tidak perlu bimbang lagi jika perlu menurunkannya pada perlawanan Sabtu, Rabu, Sabtu dan Rabu. "Ia sangat penting kerana saya tidak rasa Vidic akan kembali beraksi sehinggalah hari Krismas, kata Ferguson. Selepas mengharungi tiga perlawanan, anak-anak buah Ferguson kini selesa di tangga teratas carta Kumpulan H apabila mengumpul sembilan mata maksimum. Kelab Romania, CFR Cluj-Napoca menghuni tangga kedua dengan mengumpul empat mata diikuti Braga, ketiga (tiga mata) dan Galatasaray, keempat (satu mata). – Agensi

Akademi siap dua tahun lagi

Posted:

Akademi siap dua tahun lagi


AHMAD SHABERY (dua dari kiri) ketika melancarkan laman web baharu ABC di Kuala Lumpur semalam.


IMPIAN Malaysia untuk mempunyai akademi badminton sendiri akan menjadi kenyataan dua tahun lagi.

Demikian tegas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam.

Katanya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Jabatan Kerja Raya sedang melaksanakan perancangan untuk membangunkan semula kemudahan yang terdapat di Bukit Kiara sebagai sebuah akademi badminton serba canggih.

Menurutnya lagi, KBS akan menggunakan peruntukan RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tujuan itu ketika membentangkan Belanjawan 2013 baru-baru ini.

"Akademi ini bukan saja untuk kegunaan pemain badminton Malaysia tetapi juga akan menjadi hab badminton di rantau ini," katanya selepas melancarkan laman web dan pejabat baharu Persekutuan Badminton Asia (ABC) di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, pihak terbabit juga sedang berunding dengan Persatuan Bola Jaring Malaysia dan Persekutuan Boling Padang Malaysia yang memiliki kemudahan di Bukit Kiara.

Perkara berkaitan pembinaan akademi badminton kebangsaan timbul sejak 2008 tetapi terpaksa ditangguh kerana KBS dan BAM belum memperoleh tapak yang sesuai untuk projek itu.

Sementara itu, Presiden ABC, Katsuto Momii berkata, antara objektif utama badan itu ialah mempromosi sukan badminton ke seluruh Asia, termasuk Asia Tengah dan Asia Barat.

"Dengan tertubuhnya sebuah pejabat yang beroperasi secara penuh, dengan adanya matlamat jangka pendek dan jangka panjang yang jelas, ABC boleh mempercepatkan pelaksanaan pelan strategik bagi Asia," katanya.

ABC mula beroperasi secara rasmi di pejabat baharunya di Stadium Badminton Kuala Lumpur semalam.

Laman web ABC yang dinaik taraf boleh diikuti dengan melayari www.badminton- asia.org.

PAFA tetap tagih janji Azidan

Posted:

PAFA tetap tagih janji Azidan

Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
sukan@kosmo.com.my


AZIDAN (kiri) pada awalnya menyatakan persetujuan bermain untuk Perak tetapi tiba-tiba dilaporkan terpikat pula dengan Pahang.


PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) akan berusaha mendapatkan pemain tengah Selangor, Azidan Sarudin untuk beraksi dengan skuad Seladang dalam saingan Liga Super musim depan.

Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, beliau keliru dengan pelbagai berita mengenai kedudukan Azidan.

"Sebelum ini, saya dimaklumkan bahawa Azidan secara peribadi menyatakan hasrat untuk bermain dengan Perak," kata Zainol selepas menghadiri Majlis Makan Malam dan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Para Petugas Stadium Perak di sebuah hotel terkemuka di Ipoh malam kelmarin.

PAFA meraikan lebih 200 petugas yang membantu persatuan itu sepanjang perlawanan Liga Super dan Piala Presiden di Stadium Perak, Ipoh musim lalu.

"Hasrat Azidan dipanjangkan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan persatuan di Lembah Klang itu bersetuju memberi pelepasan kepada pemain tengah tersebut," tambah Zainol.

Kini, beliau mendengar desas- desus bahawa FAS sudah menghantar surat kepada PAFA bahawa Azidan akan bermain dengan Pahang.

"Mana satu yang betul ni, saya akan meminta Setiausaha PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin menghubungi FAS mengenai kedudukan Azidan," katanya.

"Saya berpendapat, jika tuan tubuh (Azidan) ingin bermain di Ipoh, berilah pelepasan kepadanya. Kalau tuan tubuh itu tidak mahu menyarung jersi Perak, PAFA akan mencari pemain lain."

Sebelum ini, PAFA terkejut apabila Azidan yang sudah bersetuju beraksi dengan Perak telah berubah angin ingin bermain dengan Tok Gajah.

Setiausaha PAFA mengakui menerima surat rasmi daripada Setiausaha FAS, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang mengesahkan bahawa Azidan akan beraksi dengan Pahang minggu lalu.

Bagaimanapun, Azidan belum menandatangani sebarang surat persefahaman atau kontrak dengan PAFA.

Sementara itu, Zainol memberitahu bahawa beberapa pemain dari Sepanyol dan Brazil berhasrat mengisi kekosongan kuota pemain import Perak.

"Pemain dari kedua-dua negara itu akan menjalani ujian pemilihan pertengahan bulan ini," katanya.

Perak sedang mencari dua pemain import apabila kontrak Michal Kubala dan Albert Bodjongo tidak disambung setelah tamat 31 Oktober lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen