Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Atlet dalam dilema

Posted: 11 Feb 2011 10:51 AM PST

SONG HWA...berat hati
SONG HWA...berat hati

HEBAT betul penangan program latihan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) di Ranau.

Untuk 'memikat' atlet supaya menyertai program itu, badan induk olahraga tanah air sanggup meletakkan mereka yang terbabit dalam dilema.


Memang benar atlet mahupun jurulatih yang ditawar tempat ke Ranau sudah menyatakan persetujuan tapi mereka seperti tidak mempunyai pilihan kerana tidak mahu dikenakan tindakan jika menolak permintaan itu.

Berdasarkan surat dikeluarkan KOAM kepada atlet dan jurulatih bertarikh 5 Januari lalu, mereka yang terpilih perlu memberikan keputusan sama ada menerima ataupun menolak tawaran itu pada atau sebelum 20 Januari lalu.


Bagaimanapun, apa yang menjadi persoalannya apabila KOAM menegaskan, sesiapa yang tidak menerima ataupun tidak memberi maklum balas mengenai tawaran itu bukan saja akan disingkirkan secara automatik daripada program di Ranau malah turut tidak akan dipertimbangkan untuk menyertai mana-mana pertandingan atau latihan dalam dan luar negara.


Bagi KOAM mungkin ia bukan satu masalah untuk bertegas tapi bagi atlet dan jurulatih, ia tak ubah seperti satu ugutan.

"Memang macam mengugut, kalau tak pergi (Ranau) tak boleh masuk mana-mana kejohanan jadi sia-sia sajalah atlet berlatih. Saya sudah menjawab surat itu dan menyatakan persetujuan tapi bersyarat. Saya setuju untuk pergi tapi bukan masa terdekat ini sebaliknya pada cuti semester pada pertengahan tahun," kata atlet lompat bergalah wanita negara, Roslinda Samsu.


Perasaan sama dikongsi atlet baling tukul besi, Tan Song Hwa yang melahirkan rasa berat hati untuk menerima pelawaan program latihan persiapan ke Sukan Sea Palembang November ini di Kompleks Sukan Ranau yang dilaporkan belum lengkap dengan kemudahan termasuk gimnasium.

"Memang saya setuju tapi dengan syarat... yang pertama, semua kemudahan sudah lengkap dan kedua KOAM kena bagi tarikh bila saya kena pergi. Kalau tak ada kemudahan gimnasium susahlah, kerana gimnasium sudah seperti rumah kedua saya," katanya.


Sementara itu, jurulatih lompat bergalah negara, Mansahar Abdul Jalil turut mengakui menerima surat yang sama. "Itu surat yang terawal atlet dan jurulatih dapat, sayapun sudah membalas surat itu tapi juga dengan beberapa syarat. Saya mahu Kompleks Sukan Ranau 'ready' dan juga peralatan cukup. Soal keselamatan juga perlu diambil kira seperti bantuan perubatan, kita tidak tahu apa yang terjadi.


"Walaupun kemudahan ada tapi masa tak sesuai, tak guna juga. Perlu ada keperluan berlatih di sana sebagai contoh, latihan tiga minggu sebelum Sukan Sea. Kalau program Ad-Hoc, latihan atlet boleh terjejas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pasukan khas ISN pantau badminton

Posted: 11 Feb 2011 10:48 AM PST

INSITITUT Sukan Negara (ISN) menubuhkan satu pasukan khas memantau pembangunan atlet badminton untuk program Road to London 2012, dalam usaha memastikan setiap perancangan institut itu dan juga jurulatih berjalan lancar.

Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz (gambar) berkata, penubuhan Unit Perancangan Periodisasi dan Pemantauan Atlet (UPPA) itu membuktikan komitmen ISN dalam memastikan usaha memburu emas pertama Sukan Olimpik dicapai.


"Unit ini akan memantau perkembangan atlet secara langsung dengan setiap aktiviti baik latihan di gelanggang mahupun kecergasan fizikal di gimnasium direkodkan jurulatih sebelum dihantar kepada UPPA setiap bulan," kata Ramlan yang ditemui di pejabat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), semalam selepas bermesyuarat bersama jurulatih badminton dan Pengarah Prestasi Tinggi, Datuk James Selvaraj.

Sebelum ini, semua aktiviti latihan atlet direkodkan dalam komputer, menyukarkan ISN membuat penilaian sama ada atlet benar-benar mengikut program yang dirancang atau sebaliknya.


Justeru, Ramlan berkata, di bawah UPPA yang diketuai pegawai ISN, Thung Jin Seng ini, jurulatih sama ada di gelanggang mahupun di gimnasium akan merekod setiap aktiviti latihan atlet dalam borang yang disediakan unit terbabit.


"Melalui cara ini atlet tidak boleh curi tulang kerana kita akan dapat mengesan setiap aktiviti yang tidak mereka ikuti. Malah, UPPA juga boleh menilai sejauh mana jurulatih melaksanakan tanggungjawab ke atas atletnya." Ramlan mengakui unit khas dianggotai tujuh hingga lapan orang pegawai ISN ini hanya diwujudkan untuk sukan badminton kerana pihaknya yakin badminton mampu merealisasikan harapan pingat emas sekiranya disokong kaedah saintifik. Unit itu juga akan menjadi teras memantau pembangunan atlet ke Sukan Olimpik 2016.

Badminton bersama tiga lagi sukan lain iaitu memanah, berbasikal dan terjun mendapat perhatian khas ISN yang diletak di bawah pemantauan jurulatih fizikal institut itu, Sean Sturgess.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan