Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Rizal hadiahkan emas pertama

Posted:

Rizal hadiahkan emas pertama

Rizal hadiahkan emas pertama

Daripada SAYED HESHAM IDRIS
sukan@utusan.com.my


MOHD. RIZAL TISIN


KORAT – Malaysia akhirnya meraih pingat emas pertama pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2011 di sini menerusi Mohd. Rizal Tisin dalam acara 1 kilometer ujian masa elit di Velodrom Kompleks Sukan Korat, semalam.

Lebih menceriakan satu lagi pingat berjaya diraih oleh pelumba elit, iaitu gangsa oleh Fatehah Mustapa dalam acara 500 meter ujian masa wanita.

Mohd. Rizal mengesahkan pingat emas pertama buat kem Malaysia apabila mengungguli acara kegemarannya itu dengan masa 1:04.953 saat, mengatasi kepantasan jaguh China, Zhang Miao (1:05.949s) manakala tempat ketiga milik peserta Korea Selatan, Han Jaeho (1:07.644s).

Mengulas kejayaan memberikan pingat emas pertama kepada kem negara, Mohd. Rizal berkata, dia lega kerana akhirnya berjaya merealisasikan harapan emas, setelah menunggu sejak hari pertama kejohanan yang bermula Selasa lalu.

Tambahnya, sejak sebelum perlumbaan lagi dia menyematkan azam untuk memberikan pingat emas walaupun menyedari dia berdepan saingan jaguh China, Zhang Miao.

''Sebelum saingan, saya berikrar walau apa cara sekali pun saya harus mengatasi Zhang Miao dalam acara ini, bagi membalas dendam kekalahan saya kepadanya pada ACC 2009 di Banjarmasin.

''Saya sedar tugas saya untuk mengatasinya memang sukar kerana dia merupakan juara bertahan dalam acara ini.

''Setelah dia gagal memintas masa yang saya catatkan, barulah saya berpuas hati. Dendam saya kepadanya sudah pun berbalas dan ia amat memuaskan apatah lagi saya sudah lama tidak mencatat kemenangan sebegini," katanya.

Rizal juga pernah memenangi pingat emas acara yang sama pada ACC 2008 di Nara, Jepun, namun menyerahkan kejuaraan acara tersebut apabila kalah kepada Zhang Miao pada penentuan pingat emas pada ACC 2009.

Sementara itu, Fatehah memenangi pingat gangsa dalam acara 500m ujian masa dengan masa 37.016s.

Acara tersebut diungguli pelumba Hong Kong, Lee Wai Sze (35.414s) dan perak milik Shuang Guo dari China (36.016s).

Fatehah menjelaskan, dia gembira dengan kejayaan memenangi pingat pertama pada ACC kali ini.

Menurutnya, walaupun gangsa, ia tetap memberi kepuasan kepadanya setelah pulang tanpa sebarang pingat pada ACC 2010 di Sharjah, UAE.

''Saya amat berpuas hati dengan kejayaan tempat ketiga dalam acara 500m ujian masa ini kerana sebenarnya saya tidak menaruh harapan begitu tinggi untuk memenangi apa-apa pingat dalam acara ini.

''Pingat ini sekurang-kurangnya mengubat kehampaan kerana saya sudah lama tidak mencatat keputusan yang baik dalam kejohanan antarabangsa," katanya. – Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aksi akhir Safee tiada yang luar biasa

Posted:

Aksi akhir Safee tiada yang luar biasa

Aksi akhir Safee tiada yang luar biasa


PEMAIN Selangor, Safee Sali (kanan) diasak pemain Kuala Lumpur, Muhammad Syafiq Johari dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. Kedua-dua pasukan seri 1-1.


SHAH ALAM – Tiada apa yang luar biasa daripada penyerang utama negara, Mohd. Safee Sali dalam aksi terakhirnya bersama Selangor dengan keputusan menentang Kuala Lumpur dalam Liga Super 2011 di Stadium Shah Alam, semalam cuma berkesudahan seri 1-1.

Pemain berjersi nombor 10 itu yang menjadi tumpuan penyokong Selangor untuk sekurang-kurangnya menghadiahkan gol sebelum berhijrah ke Pelita Jaya FC Indonesia, turut gagal menunaikan hasrat mereka.

Sebaliknya, Mohd. Fadzli Saari membuktikan dia mampu menampung kegagalan itu apabila menanduk masuk bola hasil hantaran silang Mohd. Amri Yahyah untuk memberikan Selangor gol pendahuluan pada minit ke-17.

Malah, Merah Kuning turut dikejutkan dengan gol penyamaan Azwan Abd. Malek yang melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Mohd. Iqbal Mohd. Suhimi pada minit ke-53.

Sementara itu, juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan mengambil alih teraju carta Liga Super musim ini daripada Negeri Sembilan selepas membenam Johor FC 4-1 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, semalam.

Lonjakan Wira Merah turut dibantu oleh kemenangan Perak ke atas Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Perak, Ipoh hasil jaringan sepakan penalti Shahrulnizam Mustapa dan Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-50 dan 65.

Anak buah Datuk M. Karathu itu kini mengumpul tujuh mata dan tetap mengatasi Perak yang turut terikat dengan mata yang sama, namun Si Seladang terpaksa akur dengan perbezaan gol iaitu lima berbanding tiga.

Nurul Azwan Roya, jaringan sendiri Ridwan Mao'n, Norshahrul Idlan Talaha dan Nizad Ayub memastikan tiga mata Kelantan biarpun pelawat dari selatan itu mendahului menerusi Ridwan pada minit ke-25.

Harimau Muda A turut mengorak langkah cemerlang apabila melonjak ke tangga ketiga liga dan memintas Negeri Sembilan menerusi kelebihan gol setelah mengejutkan barisan lebih berpengalaman, T-Team 3-1 di Stadium Petaling Jaya.

Jaringan Farid Ideris minit ke-26 membantu Sabah menundukkan Kedah 1-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu selepas menyambar tangkapan kurang kemas penjaga gol lawan daripada rembatan awal Zainizam Marjan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan