Berita Harian: Sukan |
Posted: 11 Feb 2011 02:23 PM PST Sukan GELAGAT Datuk Misbun Sidek yang terus membisu dan bermain tarik tali dalam menyelesaikan kemelut peletakan jawatannya, memeningkan kepala Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj. Sehubungan itu, James semalam meminta jurulatih perseorangan itu yang akan genap 51 tahun 17 Februari ini, supaya lebih serius dan ikhlas dalam menyelesaikan kemelut berkenaan agar ia tidak terus berlarutan. "Saya pun tidak tahu apa yang ada dalam kepalanya (Misbun)," katanya yang tampak bingung dan bosan dengan situasi tidak berkesudahan itu. "Hingga hari ini, dia (Misbun) belum beritahu bila mahu berjumpa dan berbincang." James berkata, dia mahu masalah itu dapat diselesaikan segera bagi membolehkan BAM dan jurulatih itu merangka program persiapan terbaik untuk jaguh perseorangan, Lee Chong Wei."Chong Wei mempunyai misi penting untuk mempertahankan kejuaraan Seluruh England, bulan depan. Jadi, dia memerlukan bimbingan dan sampai bila dia perlu menanti untuk mendapat sentuhan jurulatihnya," katanya. James berkata, selepas bertemu pemain dan jurulatih semalam, dia meminta ketua jurulatih, Rashid Sidek menyampaikan pesanan kepada abang sulungnya Misbun. "Saya pesan kepada Rashid minta dia tanya kepada Misbun bila mahu jumpa," katanya. "Dia mahu jumpa sekali lagi tetapi hingga hari ini (semalam), saya tidak dapat menerima apa-apa berita daripadanya," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komensaya time korang buat dato misbun sakit hati x pula tfikir btapa pentingnya dia,betapa bosannya dia...pa yg korang rasa skg bgtu la jua perasaannya dhulu...itu pun x dapt nak fikir ka?siapa yg x ikhlas sbnarnya? Kucing Rsa'y ada orng d BAM yang tahu apa Dato Misbun mahukan. Cuma mereka tidak memberi jawapan sebaliknya ingin Dato misbun menyatakan berkali2 kemahuan'y. Ini seperti memperolok-olokkn. Dato Misbun harus mengambil inisiatif dalam menyelesaikan mslh beliau. Berdiam diri munkin hanya mengeruhkn lgi keadaan. We didnt have much time left. Khairy kalau dia dah letak jawatan...tak payahlah BAM dok sibuk bingung2 nak tagih khidmat dia.....cari jurulatih lain , apa susah... hisyam sulaiman berat mata memandang berat lagi bahu memikul,permata yang bersinar akan malap kalau tidak digilap dengan sempurna moza Situasi kemelut antara BAM dan datuk Misbum akan tiada kesudahannya jika kita kedua-dua pihak mengambil kira kepentingan nasional. saya amat mencintai arena badminton ini, lebih-lebih lagi Malaysia adalah antara negara yang banyak melahir pemain badminton bertaraf dunia. Jangan terlalu banyak bermain politik dalam bidang sukan dan tiada kesudahannya. Semoga Datuk Misbun dapat mempertimbangkan sebaik mungkin kerana Malaysia amat dahagakan seorang jurulatih yang berwibawa terutamanya jurulatih tempatan yang boleh mengekalkan reputasi Badminton negara. Kita lihat sahaja negara China, sentiasa melahirkan pemain yang bertaraf dunia bersilih ganti tanpa ada pertelingkahan. Majulah sukan untuk negara. noryell Datuk Misbun, buang yg keruh ambik yg jernih... tlg latih Datuk Chong Wei... Utk all england...pas 2 xnak latih xpelah.. kami peminat redha anak rantau Ayuh Datuk Misbun..buang yang keruh ambil yang jernih, kembalilah melatih Datuk Lee Chong Wei... demi negara Malaysia tercinta. |
Glazer jual Man Utd dengan harga RM8 bilion? Posted: 11 Feb 2011 02:21 PM PST Sukan PEMILIK Manchester United, keluarga Glazer dikhabarkan sedang dalam proses untuk menjual kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kepada Qatar Holdings dengan nilai £1.6 bilion (RM8 bilion).Menurut sebuah akhbar tempatan, pemilik United dari Amerika Syarikat, kini sedang 'tawar-menawar' tetapi proses itu pada dasarnya sudah dipersetujui dan bakal menyaksikan pelabur dari Amerika itu akan membuat untung hampir dua kali ganda berbanding £790 juta (RM3.95 bilion) yang mereka bayar ketika membeli kelab itu pada 2005. United sedang bersiap-sedia untuk berdepan pasukan sejiran Manchester City yang turut dimiliki pelabur kaya-raya dari Timur Tengah, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan dan mungkin perlawanan sejiran itu menjadi perlawanan terakhir United di Old Trafford di bawah regim Glazer. Glazer kurang digemari sejak enam tahun lalu, malah pernah dibantah ketika mengambil alih kelab itu kerana peminat setia bimbang pemilik dari Amerika itu akan meletakkan United di ambang risiko dalam jangka masa panjang.Akhbar melaporkan Glazer membuka tawaran dengan harga £2 bilion tetapi menerima tawaran £1.6 bilion dan sumber dalaman memberitahu, rundingan pembelian oleh Qatari Holdings - rangkaian pelaburan milik keluarga diraja Qatar yang diketuai Emir Sheikh Hamad - hampir menjadi kenyataan tetapi United terus menafikannya. Pengarah Komunikasi United, Phil Townsend kelmarin, menegaskan tiada tawaran dibuat. "Tiada sebarang usaha dibuat untuk membeli Manchester United dan usaha ini juga tidak dialu-alukan," katanya kepada media. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenJavierterfingers der reddevils X kira spa pn yg mmlikinya..yg paling penting,dia x akan mnjdjaskn atau menhncurkan man utd.. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan