Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tak perlu bantah UCI

Posted:

Tak perlu bantah UCI

Tak perlu bantah UCI

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my


Azizulhasni disenaraikan untuk Kejohanan Trek Dunia di Apeldoorn, Belanda pada 23 Mac ini, walaupun belum pulih daripada kecederaan betis kiri yang ditusuk serpihan kayu trek dalam kemalangan di Manchester, minggu lalu.


KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, penganjur Siri Piala Dunia Klasik UCI di Manchester sudah menyediakan langkah persediaan keselamatan yang secukupnya ketika insiden perlanggaran Azizulhasni Awang dengan pelumba lain, sehingga betisnya tertusuk serpihan kayu velodrom.

Katanya, ia sekali gus tidak memerlukan persekutuan mengemukakan bantahan berhubung insiden 19 Februari itu kepada UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) mahupun pengurusan Pusat Berbasikal Trek Kebangsaan Manchester, biarpun Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kelmarin mahukan siasatan dijalankan bagi mengetahui sama ada puncanya berkaitan kecuaian.

"Insiden yang menimpa Azizulhasni merupakan sesuatu yang pelik tetapi bukan kerana kesilapan infrastruktur. Perlumbaan anjuran UCI sentiasa diperiksa dengan ketat dan mempunyai marsyal atau komisar perlumbaan yang memantaunya terutama hal keselamatan. Jadi tiada alasan untuk kita bersikap 'menyanggah' penganjur,'' katanya.

Naim mengulas kenyataan Ahmad Shabery di Jasin berhubung insiden itu yang mencetuskan kemungkinan 'The Pocketrocketman' terlepas peluang beraksi dalam Kejohanan Dunia di Apeldoorn, Belanda pada 23 Mac ini, selepas sidang akhbar penajaan TM bagi Jelajah 1Malaysia di Menara TM, semalam.

Pemenang pingat gangsa keirin di Manchester itu semakin pulih dan tidak menggunakan tongkat lagi untuk berjalan.

Jelas Naim, kecederaan atau kemalangan adalah lumrah buat pelumba basikal malah pernah menimpa Josiah Ng dan Fatehah sehingga patah tulang selangka yang ada kalanya dipengaruhi cuaca atau angin di sekitar velodrom berkenaan, yang turut dirasai ketika Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Sharjah dan Korat, baru-baru ini.

Kata Naim: "Keputusan sama ada dia boleh atau tidak beraksi di Apeldoorn, masih bergantung kepada penilaian perubatan dan Institut Sukan Negara (ISN).

"Pendaftaran pelumba ke Kejohanan Dunia akan bermula hari ini (semalam) hingga 13 Mac ini dan kami tetap akan senaraikan Azizulhasni di samping Edrus Yunos, Josiah, Rizal Tisin dan Fatehah ke Apeldoorn serta pelumba remaja, Mohd. Arfy Qhairant kerana ada satu lagi tempat tambahan buat Malaysia.

"Kita juga mungkin hanya dapat tahu Azizulhasni boleh berlumba sehingga hari perlumbaan 23 Mac ini malah saya berpendapat bahawa dia sudah pun memiliki mata kelayakan yang mencukupi untuk ke Olimpik walaupun tidak menyertai Kejohanan Dunia yang mungkin lebih bersifat jangka pendek sedangkan sasaran utama ialah ke Sukan Olimpik tahun depan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jadual padat bukan alasan - Shabery

Posted:

Jadual padat bukan alasan - Shabery

Jadual padat bukan alasan - Shabery

Oleh Ali Mahmood
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH - Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee tidak boleh menjadikan jadual perlawanan liga tempatan yang ketat sebagai alasan untuk menyediakan pasukan yang mantap bagi menghadapi pusingan kelayakan Olimpik 2012.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemain dan pasukan liga Eropah juga menghadapi jadual perlawanan yang ketat, tetapi mereka tetap mengutamakan pasukan negara masing-masing apabila menghadapi kejohanan antarabangsa.

Katanya, Kim Swee perlu bijak menggunakan kepakaran dan menyusun strategi bagi menghadapi perlawanan pusingan kedua kelayakan Olimpik apabila bertemu Pakistan di Stadium Bola Sepak Punjab, Lahore pada 9 Mac ini.

"Saya harap Kim Swee, pemain pasukan negeri dan kelab yang terbabit dalam perlawanan liga tempatan perlu memberikan keutamaan kepada pasukan kebangsaan.

"Ini kerana kejayaan pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa mampu menaikkan semangat dan sokongan rakyat terhadap perkembangan bola sepak negara," kata Ahmad Shabery Cheek.

Beliau menyampaikan peralatan sukan dan program sembang-sembang bersama belia di Kampung Teluk Sentang, semalam.

Shabery mengulas dilema yang dihadapi jurulatih Harimau Muda A, Kim Swee yang terpaksa membuat pilihan sama ada mengutamakan tugasan negara atau saingan liga domestik.

Menurut Ahmad Shabery, kejayaan pasukan kebangsaan meraih pingat emas Sukan SEA dua tahun lalu dan menjuarai Piala AFF baru-baru ini membuka lebaran baru perkembangan bola sepak tempatan.

Tambahnya, kejayaan itu secara tidak langsung telah menyemarakkan semangat rakyat untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan negara dan kejohanan liga tempatan.

''Kita lihat peminat mula kembali membanjiri stadium untuk memberikan sokongan kepada liga tempatan,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen