Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Rooney ghairah mahu ‘roboh’ Stamford Bridge

Posted: 28 Feb 2011 03:28 PM PST

Sukan

LONDON: Manchester United belum lagi menikmati kemenangan di Stamford Bridge pada 13 perlawanan lalu sejak 2002 dan Wayne Rooney ghairah mahu memadamkan rekod itu apabila menentang Chelsea, hari ini.

Tidak dinafikan penyerang prolifik skuad England itu yang akur meniti musim terburuk dalam kerjayanya kini tampak ghairah mahu membantu The Red Devils merakamkan kemenangan penting ke atas juara bertahan yang kian hambar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Ia adalah musim paling sukar buat saya - mungkin yang paling teruk yang pernah saya lalui," katanya kepada News of the World. "Minggu ketika saya memohon perpindahan adalah saat yang tidak mahu saya lalui lagi. Kemudian saya mengalami kecederaan dan terlepas aksi beberapa perlawanan, jadi saya tidak merasakan seperti saya mengambil bahagian.

"Perkara penting adalah saya kini berasa segar. Saya betul-betul mahu bermula dari sekarang dan mencetuskan impak ke atas perlawanan penting ini pada musim ini."

Apapun, Rooney berazam untuk tidak membiarkan kontroversi itu menjejaskan persembahannya ketika United memasuki minggu yang akan menentukan musim mereka, yang menampilkan kunjungan ke Stamford Bridge, hari ini sebelum ke Liverpool. - Agensi

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Misi Apeldoorn Azizul positif

Posted: 28 Feb 2011 03:27 PM PST

Sukan

MNCF akan daftar nama jaguh pecut bagi aksi Kejohanan Dunia Trek

KINI sah jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang akan beraksi dalam Kejohanan Dunia Trek - sekali gus menamatkan segala spekulasi sebelum ini.

Semalam, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) mengesahkan nama ikon sukan negara berusia 23 tahun itu akan didaftar, bagi kejohanan elit yang bermula pada 23 sehingga 27 Mac ini di Apeldoorn, Belanda.

"Sama ada dia akan berkayuh atau tidak, terpulang pada keadaannya pada hari perlumbaan nanti namun secara zahirnya dia kini sudah boleh berkayuh. "Kami bagaimanapun tidak tahu lagi jika tisu atau luka yang terkoyak itu sudah 100 peratus sembuh atau tidak," kata pengurus pasukan, Datuk Naim Mohamad selepas majlis penajaan Telekom Malaysia sebagai penaja utama Jelajah Malaysia 2011, semalam.

Tambah menarik, beliau yang juga Timbalan Presiden MNCF berkata skuad trek elit negara itu juga mencatat rekod menghantar pelumba teramai bagi edisi kali ini, iaitu 15 termasuk seorang pelumba remaja, Mohd Arfy Qhairant Amran berbanding hanya lima, tahun sebelumnya.

Naim berkata keputusan muktamad bergantung kepada laporan perubatan dan juga nasihat Institut Sukan Negara (ISN) untuk tidak menggadaikan matlamat jangka masa panjang sebenar iaitu di Sukan Olimpik London 2012.

Mengenai kemalangan ketika acara final Kejohanan Piala Dunia Klasik di Manchester, 19 Februari lalu itu yang menyebabkan betis kiri Azizul tertusuk serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter, Naim berkata MNCF tidak akan membuat sebarang bantahan rasmi kerana merasakan Manchester sudah menjalankan tanggungjawab yang baik sebagai penganjur dan kemalangan itu boleh berlaku kepada mana-mana pelumba.
Dalam majlis penajaan hari ini, Telekom Malaysia yang juga penaja bagi jersi kuning bagi pelumba terbaik keseluruhan, akan menjadi pembekal telekomunikasi rasmi bagi Pusat Media di sepanjang enam hari Jelajah Malaysia dianjurkan bermula Selasa depan di Kota Iskandar, Johor.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen