Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Gegaran Lahore'

Posted: 08 Mar 2011 03:07 PM PST

Sukan

PEMAIN Malaysia gembira meraikan  gol kedua  jaringan  Mohd Irfan Fazail  dalam perlawanan timbal balik pusingan pertama kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam,  23 Februari lalu.

PEMAIN Malaysia gembira meraikan gol kedua jaringan Mohd Irfan Fazail dalam perlawanan timbal balik pusingan pertama kelayakan Olimpik di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu.

Insiden letupan bom tidak jejas fokus Harimau Muda

LETUPAN bom di Lahore, semalam harus mencipta rasa gelisah skuad Harimau Muda pimpinan Ong Kim Swee tetapi misi tetap sama - turun ke gelanggang dan menewaskan tuan rumah, Pakistan dalam perlawanan pra-Olimpik di Stadium Punjab, malam ini.

Apapun, kejadian yang berlaku kira-kira 200 kilometer daripada lokasi hotel penginapan pasukan negara difahamkan berada dalam 'zon selamat' dan tidak menjejaskan persiapan pelawat mengilhamkan kemenangan berbekal modal 2-0 daripada perlawanan pertama. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak (FAM), Datuk Azzudin Ahmad ketika mengesahkan perkembangan terkini itu berkata keadaan di sekitar hotel penginapan skuad negara dan lokasi perlawanan adalah terkawal.

"Saya dimaklumkan, semua pemain dan pegawai kita yang tiba di Lahore semalam (kelmarin) selamat dan tiada apa perlu dibimbangkan ketika ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

"Saya juga difahamkan pengurusan pasukan juga menghadiri mesyuarat pengurus pasukan pagi ini (semalam) sebelum turun ke gelanggang menjalani latihan di Stadium Punjab, iaitu gelanggang perlawanan esok (malam hari)."

Kejadian letupan bom di bandaraya berkenaan dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang dan mencederakan 127 yang lain.
Skuad negara bertandang ke Lahore bagi aksi kedua dengan bekalan dua gol hasil kemenangan di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu bagi meneruskan kemaraan ke pusingan kedua kelayakan Olimpik London.

Untuk perlawanan di Lahore, jurulatih negara, Kim Swee melakukan sedikit rombakan terhadap skuadnya yang menyaksikan penyerang, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir digantikan dengan A Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim mengambil tempat pemain tengah, Wan Zack Haikal Wan Nor yang mengalami kecederaan, Muhammad Zamir Selamat mengisi posisi Izham Tarmizi Roslan di gawang gol manakala kecederaan saat akhir Mohd Faizal Muhamad memberi laluan kepada pertahanan, Nazirul Naim Che Hashim beraksi.

Selain itu Khairul Fahmi Che Mat kekal sebagai penjaga gol utama dan kapten pasukan selain tiga lagi pemain luar, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Shakir Ali dan Faizal Abu Bakar turut tersenarai.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Awasi tipu helah Lin Dan'

Posted: 08 Mar 2011 03:06 PM PST

Sukan

Chong Wei usah ikut rentak aksi bersahaja bintang China itu: James

LEE Chong Wei memulakan cabaran mempertahankan kejuaraan badminton berprestij dunia - Seluruh England - di Birmingham, hari ini diingatkan agar berwaspada dengan tipu helah permainan bersahaja dan tidak bersemangat, Lin Dan.

Chong Wei, pilihan pertama kejohanan akan memulakan aksi di pusingan pertama menentang pemain liat dari Jepun, Sho Sasaki sebelum dijangka membuat perhitungan impian dan klasik menentang seteru utamanya 'Super Dan' di final. Juara dunia tiga kali dan pemenang emas Sukan Olimpik Beijing 2008 itu turun dengan misi memburu kejuaraan kelima selepas memenanginya pada 2004, 2006, 2007 dan 2009, sementara Chong Wei bermegah dengan kejuaraan edisi ke-100 tahun lalu.

Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, berkata walaupun cabaran yang dihadapi Chong Wei tidak semudah tahun lalu, tetapi dia yakin Chong Wei sudah bersedia mengharungi ujian getir itu.

"Apa yang perlu dilakukan Chong Wei adalah dia hanya perlu fokus dalam setiap perlawanan seperti yang ditunjukkan ketika memenangi Terbuka Malaysia buat kali ketujuh Januari lalu," katanya semalam.

"Seandainya bertemu Lin Dan di final, apa yang penting dia tidak terikut rentak permainan bersahaja bintang China itu, sebaliknya menggunakan setiap senjata yang ada padanya untuk menumbangkannya."
James turut berharap pasangan emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menjadikan Seluruh England sebagai medan kebangkitan mereka selepas prestasi kurang menyinar apabila tewas mudah 9-21, 11-21 kepada pasangan Korea Selatan, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae di separuh akhir Terbuka Jerman, Sabtu lalu.

Kien Keat-Boon Heong pernah menjuarai Seluruh England pada 2007.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen