Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia lepasi halangan pertama

Posted:

Malaysia lepasi halangan pertama

Malaysia lepasi halangan pertama


PARA pemain Malaysia meraikan kejayaan mereka mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 selepas seri tanpa jaringan dengan Pakistan di Stadium Punjab, Lahore semalam.


LANGKAH skuad bola sepak kebangsaan dalam saingan Kelayakan Olimpik 2012 ternyata cemerlang apabila berjaya mara ke pusingan kedua.

Kejayaan itu hadir selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Pakistan pada aksi kedua pusingan pertama di Stadium Punjab, Lahore semalam.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mara ke pusingan kedua dengan agregat 2-0.

Terdahulu, skuad negara tampil penuh bergaya apabila menewaskan Pakistan 2-0 pada aksi pertama di Stadium Shah Alam pada 23 Februari lalu.

Pujian sewajarnya diberikan kepada anak-anak buah Kim Swee yang dikatakan tampil dengan aksi penuh konsisten apabila berjaya mengekang serangan bertali arus Pakistan yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga gol untuk membolehkan mereka mara ke pusingan kedua.

Berkat usaha serta komitmen yang dipamerkan barisan pemain muda negara pada perlawanan tersebut ternyata telah memberikan sinar baru buat sukan bola sepak tanah air apabila peluang untuk beraksi ke temasya Sukan Olimpik 2010 di London kini terbuka luas.

Bagaimanapun, anak-anak buah Kim Swee tidak boleh terus dibuai mimpi dengan kejayaan tersebut.

Sebaliknya, mereka perlu mengekalkan rentak kecemerlangan itu bagi menghadapi ujian yang dijangkakan lebih getir pada saingan pusingan kedua kelak.

Pada aksi pusingan kedua yang bakal berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan, skuad negara berkemungkinan diundi bertemu sama ada Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan mahupun Vietnam.

Sebanyak 13 pasukan terbabit mendapat undian bye pada pusingan pertama.

Apa-apa pun, tahniah buat skuad bola sepak negara yang berjaya melepasi halangan di pusingan pertama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Barcelona kecewakan Arsenal

Posted:

Barcelona kecewakan Arsenal

Barcelona kecewakan Arsenal


VAN PERSIE (kiri) dilayangkan kad merah pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Nou Camp awal pagi semalam.


BARCELONA - Buat tahun kedua berturut-turut, Barcelona mengecewakan Arsenal pada aksi Liga Juara-Juara.

Selepas menyingkirkan Arsenal pada saingan suku akhir tahun lalu, Barcelona sekali lagi menewaskan skuad The Gunners pada kejohanan paling berprestij di Eropah ini.

Awal pagi semalam, bintang sensasi Argentina, Lionel Messi meledak dua gol untuk membantu Barcelona menewaskan Arsenal 3-1 pada aksi kedua pusingan kedua.

Skuad The Catalan itu melangkah ke suku akhir dengan agregat 4-3 selepas tewas 1-2 pada aksi pertama di Stadium Emirates pada 17 Februari lalu.

Pada aksi di Stadium Nou Camp itu, Messi meletakkan Barca di depan pada minit ke-45 sebelum rakan sepasukan, Sergio Busquets menjaringkan gol sendiri minit ke-59 untuk mengikat kedudukan 1-1.

Begitupun, perancang Sepanyol, Xavi kembali meletakkan Barcelona di depan hasil jaringan pada minit ke-69 sebelum Messi melengkapkan kemenangan pasukan itu hasil sepakan penalti yang diperoleh dua minit kemudian.

"Untuk bercakap sama ada ia adalah gol terbaik yang dijaringkan Messi, bagi saya itu tidak ada gunanya," kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.

"Ini kerana, setiap gol yang dijaringkan Messi merupakan jaringan yang hebat dan kini ia sudah menjadi perkara biasa buat pemain itu."

Bagaimanapun, penyerang Arsenal, Robin van Persie berang dengan pengadil perlawanan, Massimo Busacca yang melayangkan kad merah kepadanya.

Penyerang Belanda ini dituduh cuba melambat-lambatkan permainan apabila tetap menendang bola meskipun Busacca telah meniup wisel kerana ofsaid.

Begitupun, rayuan Van Persie tidak diendahkan oleh Busacca.

"Saya tidak faham apa yang difikirkan oleh pengadil dalam situasi tersebut.

"Ia merupakan hari paling buruk buat kami (Arsenal). Saya tidak tahu mengapa dia (Busacca) berada di sini hari ini (awal pagi semalam). Kami terasa seperti dianiaya," kata Van Persie. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pahang tingkatkan keselamatan

Posted:

Pahang tingkatkan keselamatan

Pahang tingkatkan keselamatan

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) meningkatkan tahap keselamatan di Stadium Darul Makmur bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku semasa saingan Liga Super 2011 menentang Kelantan pada 12 Mac ini.

Naib Presiden 1 PBNP, Datuk Omar Othman berkata, pihaknya mendapatkan kerjasama polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi menjaga keselamatan penonton serta pemain sepanjang perlawanan tersebut berlangsung.

"Kita tidak mengatakan akan berlaku kejadian yang tidak diingini disebabkan oleh mana-mana pihak. Ia cuma sebagai langkah berjaga-jaga.

"Perlawanan antara Pahang dengan Kelantan dijangka sengit dan bakal menarik ramai penyokong daripada kedua-dua pasukan," katanya.

Tambah beliau lagi, pihak polis juga bersetuju menambah 100 anggota berbanding hanya 50 orang dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini manakala Rela akan menempatkan 130 petugas di sekitar Stadium Darul Makmur.

Ujar Omar lagi, kemasukan penyokong secara berasingan melalui empat pintu di stadium tersebut juga akan dipantau bagi mengelak berlaku pertembungan atau pergaduhan.

"Pihak keselamatan juga akan memeriksa semua penyokong bagi memastikan bahan larangan seperti letupan dan mercun tidak dibawa masuk ke stadium.

"Kami meminta penyokong kedua-dua pasukan tidak membuat perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak dalam memastikan keselamatan bersama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen