Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Jelajah 1Malaysia: Celis tawan Kluang

Posted:

Jelajah 1Malaysia: Celis tawan Kluang

Jelajah 1Malaysia: Celis tawan Kluang


Pelumba Le Tua Cycling Team, Vidal Celis mengangkat kedua-dua belah tangan sejurus melintas garisan penamat pada peringkat kedua Jelajah 1Malaysia yang berakhir di Kluang, semalam.


KLUANG - Maklumat awal mengenai laluan perlumbaan memberi kelebihan buat pelumba Le Tua Cycling Team, Vidal Celis untuk memenangi peringkat kedua Jelajah 1Malaysia 2011 dari Bandar Penawar ke Kluang, semalam.

Pelumba Sepanyol itu melakukan henjutan terakhir kira-kira 300 meter dari garisan penamat, selepas dimaklumkan oleh pengurus pasukannya, Johari Nayan bahawa pecutan terakhir melibatkan laluan curam.

"Maklumat tersebut membuatkan saya berani membuat pecutan lebih awal berbanding pelumba lain yang berada dalam kelompok depan.

"Selepas selekoh di lampu isyarat, saya sudah berada di depan dan saya tidak perlu mengerah sepenuh tenaga ketika menuruni laluan curam untuk memenangi perlumbaan," katanya.

Mehdi Sohrabi yang memenangi peringkat pertama kelmarin, mengekalkan jersi kuning selaku pendahulu individu. Dia turut mengekalkan jersi biru selaku pelumba Terbaik Asia.

"Hari ini bukan hari yang baik buat saya, saya agak letih hari ini, tetapi saya yakin untuk perlumbaan esok,'' kata yang mewakili Tabriz Petrochemical Team.

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Harrif Salleh yang memenangi tempat ketiga semalam, kekal menyarung jersi putih selaku pelumba Terbaik Malaysia.

"Perlumbaan ini memenatkan terutama pada 30 kilometer terakhir, saya bergelut dengan masalah kekejangan. Selepas dua hari perlumbaan, kami masih belum lagi muncul juara peringkat, saya harap kami dapat melakukannya esok," kata Harrif.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

All England: Zakry-Hoon mara, Fairuzizuan-Ong tersingkir

Posted:

All England: Zakry-Hoon mara, Fairuzizuan-Ong tersingkir

All England: Zakry-Hoon mara, Fairuzizuan-Ong tersingkir

KUALA LUMPUR - Dua beregu negara mengalami nasib berbeza dalam pembukaan kejohanan badminton All England semalam.

Ketika Mohd. Zakry Latif-Hoon Thien How berjaya ke pusingan kedua, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Ong Soon Hock pula kandas pada pusingan pertama di Arena Tertutup Birmingham.

Turut tersingkir awal ratu badminton negara, Wong Mew Choo yang terpaksa akur 16-21, 16-21 kepada pemain No. 3 dunia, Wang Xin hanya dalam masa 34 minit.

Kekalahan terbaru ini melebarkan rekod kekalahan Mew Choo di tangan bekas pemain No. 1 dunia dari China itu kepada 0-5.

Bagi Zakry-Thien How, yang memulakan saingan dari pusingan kelayakan, mereka berjaya mengelak daripada tersingkir awal, apabila mengejutkan pilihan ketujuh dari Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu 21-14, 21-19.

Kemenangan tersebut bakal menemukan beregu senior negara itu dengan pemenang di antara pasangan remaja senegara, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong atau beregu Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa.

Harapan untuk menyaksikan Fairuzizuan-Soon Hock turut melangkah jauh pula berakhir dengan kekalahan 10-21, 21-19, 14-21 kepada pilihan kelapan dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Bona Septano.

"Beraksi dari pusingan kelayakan memberi kelebihan kepada kami untuk berada lebih lama di atas gelanggang, seterusnya mempunyai masa untuk menyesuaikan diri. Ia benar-benar membantu kami menghadapi perlawanan ini.

"Pada Terbuka Jerman minggu lalu, kami tidak perlu mengharungi pusingan kelayakan dan akibatnya kami tersingkir seawal pusingan pembukaan.

"Harap kecemerlangan ini tidak berakhir setakat ini dan kami akan berusaha sebaiknya untuk melangkah lebih jauh,'' ujar Zakry.

Sementara itu dalam saingan perseorangan lelaki, dua jaguh Indonesia, Sony Dwi Kuncoro dan Simon Santoso tersingkir pada pusingan pembukaan masing-masing. Sony tewas mudah 10-21, 6-21 di tangan jaguh China, Bao Chunlai, manakala Simon disingkirkan oleh pilihan kelapan, Boonsak Ponsana dari Thailand 21-19, 21-15.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen