Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Chong Wei juara lagi

Posted: 13 Mar 2011 12:38 PM PDT

BADI 'kerap tumbang kepada Lin Dan di pentas besar' berjaya ditamatkan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei apabila gah mempertahankan mahkota kejuaraan berprestij Seluruh England, awal pagi tadi.

Dalam saingan yang diibaratkan 'pertembungan final impian' di Arena Tertutup Birmingham, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama membuktikan kehandalan dengan menundukkan musuh tradisinya itu 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.

Kejayaan itu jelas rangsangan dan tonik terbaik kepada Chong Wei selepas sebelum ini tumpas 15 daripada 22 pertemuan kepada pemain tembok besar China itu termasuk terbaru di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu.

Ia juga menambah koleksi kejuaraan di kabinet pemain kelahiran Pulau Pinang itu musim ini sesudah muncul juara dalam kejohanan Siri Super Final di Taiwan dan Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Lin Dan yang masih segar dengan kemenangan di Terbuka Jerman minggu lalu harus kecewa kerana impiannya untuk melakar sejarah menjadi pemain era baru pertama untuk memenangi kejohanan tertua itu lima kali berkecai.

Begitupun, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong membuatkan peminat marah dan kecewa apabila mensia-siakan peluang keemasan memenangi acara beregu lelaki apabila tumpas kepada pilihan pertama, Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-21, 21-18, 21-18.
Beregu emas menang 21-15 set pertama tapi gagal mengekalkan fokus sama dan tunduk dalam set kedua 18-21 untuk diheret ke set penentuan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Nurul Azlinyana

tahniah lee chong wei...

juil moturun

tahniah kepada pemain no 1 malaysia datuk Lee Chong Wee yang baru menang semalam,permainannya amat hebat amat memukau peminatnya sya amat menghargai kemenangannya ok

saisuke

tahniah kepada d. lee chong wei diatas kemenangan beliau kepada seteru utamanya, lin dan....MALAYSIA BOLLEEEHHHH!!!!!

nuar

kami beramai-ramai keluarkan duit sendiri untuk pergi indoor arena menyokong pemain negara.kami tinggalkan sekejap persediaan test,assignment etc untuk menaikkan semangat pemain negara. apabila para penyokong membuat masalah, cepat sahaja masuk berita. tapi bila penyokong "all out" bersorak untuk pemain, penyokong sering dilupakan jasanya apabila pemain itu menang.

aimy

tahniah jaguh MAS..tercapai jugak impian lihat chong wei kalahkan lin dan dalam kejohanan yang besar,...ayuh LEE CHONG WEI !!!!!
ayuh MALAYSIA
Kepada BEREGU KOO/TAN yang telah MENSIA - SIAKAN peluang,teruskan USAHA..
MENANG KEPADA YANG HEBAT(CHN),KALAH KEPADA YANG RELAX (DEN)..huhuhuhuhu............

anak rantau

Tahniah Datuk Lee Chong Wei...teruskan kecemerlangan anda. Tahniah juga buat bergu kita yang menjadi naib juara..hanya mereka perlu belajar sesuatu dari bergu Denmark mempunyai momentum fokus yg amat konsisten dlm permainan walaupun sedang ketinggalan mata yg agak jauh..Kami sentiasa menyokong anda semua & yakin sukan badminton akan meraih emas di Olimpik nanti..Malaysia Boleh..!!

Umang

Tahniah Datuk. Mengenai permainan bergu negara kita, saya tengok masih lagi kita mengamalkan permainan bertahan.Sampai bila kita menang kalau hanya bertahan sahaja. Permainan sekarang mesti menyerang dan kemenangan boleh dikatakan 60% kejayaan menghampiri kita.

fatin

lee chong wei is the best!!!

a'aidah saiddudin

Tahniah Chong WEi!!!

bobongou kontot

tkda calon pnganti chong wei lg ka??
tak kan dia nk main smpai umor 55 thun????

raidah

like2....
chaiyok2 dato' chong wei..
tahniah

emierah

tahniah dato'! malaysia bolehh!!!

ALINAH BINTI MASRIN

Tahniah jaguh malaysia, anda sekali lagi mengharumkan nama negara,syabas...semoga kemenangan ini menjadi suntikan semangat kepada ahli sukan yang lain.

ian moone

tgk, anak didik datuk misbun jugak yang menang, atlete2 BAM mane???? Small request dari datuk misbun pun mereka nak berkire....shame on u...

amat

2set tue dato buat saya puas ati syabas dato LCW

nik

saya amat berbgga dgn dato lee chong wee krn berjaya menumpaskan lin dan yg bgitu hbt
congratulated..
koo/tan jge congratulatulated..
wlaupon tumbg kpd beregu dernmark..
mrk jg brmaen dgn baek..
sye tertarik dgn permainan anda..

Rahimin Nazmi Hisham

bguzzz

diga

Berkalung tahniah buatmu Chong Wei...
U r The Best Among The Best!!
Anda berhak merayakannya...
Teruskan!

shukri25

hahaha..ko tewas juga lindan..

izdihar

Tahniah. Anda memang hebat.

yusri yusuf

tahniah dlcw...malaysia boleh

zam

terlampau yakin sangat,bila dah tertekan baru nak kelam-kabut,naik bot laaa bro!!!!

mascara hanani

UCAPAN SETINGGI TAHNIAH BUAT JAGUH BADMINTON MALAYSIA LEE CHONG WEI..WALAUPUN AKU KERUGIAN KERANA TIDAK DAPAT MENYAKSIKAN SECARA LANGSUNG AWAL PAGI INI KERANA TERLALU MENGANTUK MENUNGGU,TAPI TIDAK MENGAPA YANG PENTING LIN DAN DAPAT JUGA DIKALAHKAN...SYABASSS

papaimanImancomel

Tahniah dato lee chong wei, anda memang hebat dan seorang lagenda sukan yang amat berjaya...

aleng

kalau nk menang dgn Lin Dan kna main gila gila..jgn beri peluang dan jgn lepaskan peluang yg terhidang..kna ada ego sendiri dan Chong Wei dh buktikan smalam, Tahniah Chong Wei..Lin Dan tk perlu di hormatkan sangat dan dia tidak kebal jika kena caranya...Koo & Tan, anda dh lepaskankan peluang didepan mata..

padil

taniah Chong Wei......kerana
membuat kami bangga

yusof M........

itu la hakikat nya...Lin Dan x seharus nya bongkak dgn kejayaan nya....masa silih berganti...

hassan

Chong Wei memang hebat....

Faizuddin B. Kamlludin

tahniah Datok Lee Chong Wei.....anda pemain badminton terhebat abad ini...

udin

korang memang hebat...tahniah....

shahrizat

Syabas Datuk Chong Wei , beregu negara jgn main-main

udin

korang memang hebat...tahniah....

siti jienah

DLCW...sekalung tahniah buat anda. I am so proud of you. Kekalkan konsistensi anda untuk memburu kejuaraan demi kejuaraan...

kokoko

tahniah chong wei..

Sotimin Sarun

Tahniah Kepada Datuk Lee Chong Wee walaupun tidak bersama dengan jurulatehnya Datuk Misbun, bagaimanapun saya amat kecewa kepada Beregu Koo/Tan kerana namapak tidak bermaya pada set kedua dan ketiga.

rexo

tahniah Dato' Lee Chong Wei... saya fikir dato telah ubah taktik dan gaya permainan dato dan ianya memberi kesan positif... teruskan usaha dan menang lagi di world championship dan olimpik...

Ramlan

Tahniah Datuk Lee Chong Wei..Kekalkan prestasi diri..

asdf

tmpt kedua pon jadi la

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

United nyala kembali harapan buru trebel

Posted: 13 Mar 2011 12:38 PM PDT

Sukan

MANCHESTER: Gergasi Eropah, Manchester United menyalakan kembali impian memburu kejuaraan trebel, musim ini apabila layak ke separuh akhir Piala FA.

Di Old Trafford, awal pagi semalam, jaringan Fabio da Silva pada minit ke-28 dan tandukan padu Wayne Rooney pada minit ke-49 meletakkan The Red Devils membuat kemunculan ke-27 dalam saingan kelompok empat terakhir selepas menewaskan Arsenal 2-0.

Selain Piala FA, United juga dalam buruan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah. Bagi Arsenal, malang berterusan apabila disingkirkan daripada tiga kejohanan dalam tempoh dua minggu selepas tewas kepada Birmingham dalam Piala Liga, disusuli kekalahan kepada Barcelona dalam saingan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Tanpa sebarang trofi sejak memenangi Piala FA pada 2005, peluang terakhir bagi anak didik Arsene Wenger, musim ini adalah memburu gelaran liga. (lagi berita United)


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen