Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Jurulatih bukan masalah - Chong Wei

Posted:

Jurulatih bukan masalah - Chong Wei

Jurulatih bukan masalah - Chong Wei

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Datin Seri Rosmah Mansor menunjukkan pakaian sukan yang dihadiahkan oleh Lee Chong Wei selepas majlis sarapan sempena meraikan kejayaan pemain itu memenangi kejohanan All England di kediaman Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR - Kepulangan semula Datuk Misbun Sidek pasti mampu yang menggembirakan Datuk Lee Chong Wei, namun andai itu tidak berlaku ia sama sekali tidak memberi masalah kepada jaguh No. 1 dunia itu untuk meneruskan kempen memburu kejuaraan dunia dan Sukan Olimpik.

Tegas Chong Wei, dia sama sekali tidak tergugat mahupun terjejas tanpa Misbun di sisi kerana kehadiran Tey Seu Bock sebagai jurulatih mampu membantunya untuk mengharungi cabaran, malah keyakinan untuk mencari dua lagi kejuaraan yang amat didambakan, Kejohanan Dunia dan Olimpik tetap cerah sama ada dengan atau tanpa mentornya itu.

Katanya lagi, dia tidak menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan Seu Bock, malah mengakui semakin serasi dengan jurulatih itu. Terbukti di bawah Seu Bock, Chong Wei berjaya merangkul dua kejuaraan tahun ini - All England dan Siri Super Masters Akhir, Januari lalu.

Dia juga berjaya mempertahankan kejuaraan Terbuka Malaysia, Januari lalu, namun ketika itu, Chong Wei dibantu oleh Misbun yang hadir di gelanggang dari hari kedua hingga penutup kejohanan di Stadium Putra, Bukit Jalil.

"Sudah tentu saya harap Misbun dapat kembali dan menyelesaikan masalahnya dengan BAM (Persatuan Badminton Malaysia), malah saya difahamkan BAM akan bertemu dengannya bulan ini. Namun, seandainya ia (penyelesaian) tidak berlaku, jurulatih bukan masalah buat saya.

"Saya tahu saya tidak boleh buat apa-apa mengenainya (keputusan Misbun), tetapi apa yang boleh saya lakukan adalah terus berlatih dan jangan hilang fokus kerana saya ada tanggungjawab besar untuk dipikul, iaitu mencari kejuaraan.

"Kalau saya ada masalah selepas ini, maka masalah itu adalah diri saya sendiri. Saya kena pentingkan diri, fokus dan menyiapkan diri untuk menghadapi Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik. Perkara lain, tidak sepatutnya boleh menjadi gangguan," tegas jaguh No. 1 dunia itu ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang sekembalinya dari mempertahankan kejuaraan All England semalam.

Ketika ditanya apakah dia sebenarnya masih menagih sentuhan jurulatih berpengalaman yang sudah dianggap seperti bapanya itu, Chong Wei mengakui, dia gembira jika Misbun dapat segera menyelesaikan masalahnya dengan BAM dan kembali seperti biasa, namun itu tidak bermakna dia berada dalam keadaan terdesak.

Chong Wei tidak melihat dirinya ketika ini berada dalam masalah atau hilang arah tuju ekoran ketiadaan Misbun, yang meletak jawatan pada 31 Disember lalu, sebaliknya melihat rutin hariannya berjalan seperti biasa, malah gembira dengan apa yang berjaya dicapai dalam tempoh tiga bulan pertama 2011, iaitu tempoh ketika Misbun tiada di sisi.

Katanya, sepanjang di Birmingham, jurulatih tersebut ada menghubunginya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), malah Misbun turut menghubungi Seu Bock untuk berbincang mengenai permainan.

Kelmarin, Chong Wei berjaya mempertahankan kejuaraan berprestij All England selepas menumpaskan musuh ketatnya, Lin Dan dari China 21-17, 21-17 menerusi satu persembahan hebat.

Chong Wei menujukan kemenangan tersebut buat Misbun, yang dianggap sebagai sebahagian daripada kejayaan itu, dan pada masa yang sama dia berterima kasih kepada Seu Bock, yang membantunya mengharungi persiapan dengan baik.

"Mereka berdua adalah sebahagian daripada kejayaan saya, dan saya terhutang budi dengan Misbun dan Ah Bock (Seu Bock)," kata pemain itu lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Azizul, Nicol atlet terbaik kebangsaan 2010

Posted:

Azizul, Nicol atlet terbaik kebangsaan 2010

Azizul, Nicol atlet terbaik kebangsaan 2010

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my


Pasukan hoki negara yang memenangi pingat perak pada Sukan Asia di Guangzhou dipilih sebagai Pasukan Lelaki Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara 2010 di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Fauzi Baharudin


KUALA LUMPUR - Jaguh keirin dunia, Azizulhasni Awang dan pemain skuasy No. 1 dunia, Datuk Nicol David menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2010 pada Anugerah Sukan Negara di sini, semalam.

Azizulhasni, 23, dan Nicol, 28, menerima anugerah tertinggi sukan tanah air itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Azizulhasni dan Nicol masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi iringan.

Ia merupakan anugerah kedua buat pelumba basikal kelahiran Dungun, Terengganu yang mendapat jolokan The Pocketrocketman itu selepas 2009.

Azizulhasni berkata, beliau gembira kerana meraih anugerah tersebut buat kali kedua berturut-turut dan kemenangannya itu khas buat jurulatih, isteri dan ahli keluarganya.

"Tidak lupa juga Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan juga para pengkritik sukan yang telah banyak membantu membina karier saya sehingga berada di tahap ini," katanya.

Menurutnya, kemenangan itu juga memberi motivasi kepada dirinya untuk terus melakar kejayaan lebih cemerlang dalam acara lumba basikal khususnya meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Bagi Nicol pula, kejayaan itu merupakan satu lakaran sejarah yang tersendiri buat dirinya apabila dipilih buat kali kelapan.

"Saya bersyukur kerana kegigihan saya dihargai menerusi anugerah ini. Saya percaya tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan besar dalam sukan,'' katanya.

Skuad hoki negara yang mencatat sejarah cemerlang menggondol pingat perak pada Sukan Asia di Guangzhou, dipilih Pasukan Lelaki Kebangsaan dan bagi Pasukan Wanita Terbaik milik pasukan skuasy, yang memenangi emas Sukan Asia.

Kedua-dua pasukan berkenaan masing-masing turut membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen