Berita Harian: Sukan |
Azraai sah jurulatih baru Negeri Sembilan Posted: 21 Mar 2011 04:12 PM PDT Sukan Mohd Azraai Khor Abdullah Bekas jurulatih Kedah dan skuad kebangsaan itu dipilih menggantikan Wan Jamak Wan Hassan dalam usaha memulihkan maruah tercalar selepas beberapa siri keputusan yang mengecewakan dalam Liga Malaysia. Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) beranggapan rekod cemerlang Azraai sepanjang membimbing Kedah sebelum ini boleh mengembalikan semula kemantapan pasukan ke tahap asal seperti ditagih penyokong negeri. Pengendali berusia 59 tahun itu meninggalkan skuad Kedah pada 2009 sebelum dilantik selaku jurulatih skuad Bawah 21 Tahun kebangsaan.Tampaknya apa dinilai PBNS bukan semata-mata rekod Azraai di pentas antarabangsa, tetapi melihat dia memiliki sentuhan emas dalam pentas domestik yang terbukti apabila membimbing Kedah menjuarai gelaran hatrik pada musim 2006/2007 dan 2007/2008. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenZack Selamat maju jaya buat Azrai. Semoga dapat memulihkan kembali skuad N9. pak sheikh Selamat Datang Azraai Khor
Anuar Zain Tahniah PBNS! Kerana menyegerakan mengganti jurulatih baharu. Pilihan Cikgu Azrai memang tepat.. Harap cikgu dapat membantu meningkatkan mutu bola sepak NS.. Yakin Cikgu boleh! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 21 Mar 2011 04:08 PM PDT Sukan Anggap pasangan Asia itu lebih bahaya untuk misi LondonWALAUPUN ramai masih kecewa dan terus menyoal kegagalan beregu emas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong memenangi kejuaraan Seluruh England yang sudah lapan hari berlalu, namun Rexy Mainaky tetap menguntum senyuman. Jurulatih itu yang akur kecewa berkata, dalam kedukaan sebenarnya gandingan itu mengukir tanda ceria dan positif apabila mereka membuktikan Cai Yun-Fu Haifeng dan Markis Kido-Hendra Setiawan bukan lagi lawan badi mereka. "Walaupun tewas di final tetapi mereka sebenarnya memberi petanda positif apabila menewaskan Cai Yun-Fu Haifeng dan Markis-Hendra di suku akhir dan separuh akhir," katanya selepas sesi latihan di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam. "Jika dulu Kien Keat-Boon Heong sukar menewaskan kedua-dua gandingan itu, tetapi saya yakin kedua-dua lawan berkenaan itu bukan badi lagi buat mereka," katanya.Dalam laluan ke final kejohanan berprestij itu, Kien Keat-Boon Heong berjaya membalas dendam kekalahan mereka di final Sukan Asia Guangzhou 2010 kepada Markis-Hendra 21-19, 23-25, 21-11 di suku akhir. Gandingan itu yang pernah menjuarai Seluruh England 2007 terus mempamerkan aksi cemerlang apabila mudah menundukkan Cai Yun-Hu Haifeng 21-11, 23-21 di separuh akhir. Begitupun, Kien Keat-Boon Heong membuatkan peminat marah dan kecewa apabila mensia-siakan peluang keemasan memenangi kejuaraan apabila tumpas kepada pilihan pertama, Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-21, 21-18, 21-18.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan