Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Menteri: Misbun masih perlu masa

Posted:

Menteri: Misbun masih perlu masa

Menteri: Misbun masih perlu masa

Oleh HELMI TALKAH
helmi@kosmo.com.my


MISBUN memberi nasihat kepada Chong Wei ketika beraksi pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil, Januari lalu.


"BILA sudah terluka, adakalanya ia boleh terubat sendiri tetapi adakalanya hanya masa yang mampu mengubatinya."

Itu gambaran yang diberikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika diminta mengulas mengenai isu peletakan jawatan jurulatih perseorangan badminton negara, Datuk Misbun Sidek yang sehingga kini masih belum ada jalan penyelesaian.

Sikap Misbun yang seolah-olah sengaja mendiamkan diri berhubung isu peletakan jawatannya itu telah membuatkan banyak pihak tertanya-tanya apakah kesudahan 'drama' yang diciptanya itu dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Biarpun BAM telah meminta Misbun menimbangkan semula keputusannya itu, namun jurulatih tersebut masih tetap membisu sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, Shabery mempunyai pandangan beliau yang tersendiri berhubung kemelut yang telah berlanjutan selama hampir dua bulan itu sejak Mis- bun menyerahkan surat peletakan jawatannya pada 31 Disember tahun lalu.

Bagi Shabery, mungkin Mis- bun masih belum bersedia untuk kembali menjadi jurulatih dan disebabkan itu, dia perlu diberikan masa lagi sebelum membuat sebarang keputusan.

"Misbun pernah berkata kepada saya bahawa apa jua kepu- tusan yang dibuat adalah untuk kepentingan negara.

"Mungkin sehingga kini beliau masih belum bersedia lagi untuk membuat sebarang keputusan. Bagilah beliau sedikit masa untuk memutuskannya demi kepentingan bersama," kata Shabery.

Tambah Shabery, beliau tidak merasakan kemelut yang melanda berhubung peletakan jawatan Misbun itu akan mengganggu fokus jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei.

"Saya tidak anggap masalah yang timbul ketika ini mengganggu prestasi Chong Wei berdasar- kan pencapaian yang dilakarnya apabila bergelar juara pada Terbuka Seluruh England baru-baru ini.

"Saya juga hormati cara Mis- bun (berdiam diri) dan mungkin suatu masa nanti pasti akan ada jalan penyelesaian," tambahnya.

Ketika ditanya mengenai sikap BAM yang dilihat terlalu berlembut dengan Misbun bagi menangani masalah tersebut, Shabery berkata: "Saya lihat perkara ini bagai 'menarik rambut dalam tepung'.

"BAM pastinya mahu menjaga hati pelbagai pihak terutama Chong Wei dan Misbun sendiri, sebelum boleh membuat sebarang keputusan.

"Mereka (BAM) perlu memikirkan mengenai prestasi Chong Wei serta tidak mahu pemain itu hilang semangat disebabkan keputusan yang mereka buat dan pada masa yang sama mereka tidak mahu Misbun terus terluka lagi."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia tak dapat bye

Posted:

Malaysia tak dapat bye

Malaysia tak dapat bye

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


SKUAD bimbingan Rajagobal akan menghadapi kelab Perancis, Etoile FC pada aksi persahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura,Sabtu ini.


ANDAI laporan berita di laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), www.fifa. com pada Sabtu lalu diambil kira, Malaysia akan mendapat bye pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014.

Menurut laporan berita bertajuk Asian Zone to play preliminary round for Brazil 2014 itu, aksi pusingan pertama pada 29 Jun dan 3 Julai depan hanya melibatkan 14 pasukan ranking terendah di Asia (kedudukan ke-30 hingga ke-43).

Situasi itu menyaksikan Malaysia boleh menarik nafas lega kerana berada di ranking ke-28 Asia.

Selepas itu, tujuh pemenang perlawanan pusingan pertama itu akan layak ke pusingan kedua pada 23 dan 28 Julai depan, menyertai 25 pasukan lain yang berkedudukan di ranking kelima hingga ke-29.

Hanya empat pasukan teratas Asia iaitu Jepun, Korea Selatan, Australia dan Korea Utara mendapat bye pusingan pertama dan kedua untuk terus mara auto- matik ke saingan kelayakan pertama peringkat kumpulan membabitkan 20 pasukan terbaik.

Namun, hasrat untuk menyaksikan Malaysia mendapat bye dan layak terus ke pusingan kedua tidak kesampaian apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengesahkan bahawa Malaysia masih perlu mengharungi pusingan pertama.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang dihubungi Kosmo! berkata, laporan berita di laman web FIFA itu tidak begitu tepat kerana sebenarnya 16 pasukan ranking terendah perlu beraksi pada pusingan pertama.

"Saya baru saja terima faks daripada AFC (Konfe- derasi Bola Sepak Asia) yang mengesahkan bahawa Malaysia akan beraksi pada pusingan pertama dan kami perlu hadir majlis undian pada 30 Mac (Rabu depan).

"Laporan laman web FIFA itu menyatakan 14 pasukan ranking terendah tetapi sepatutnya 16 pasukan ranking terendah (ranking ke-28 hingga ke-43).

"Malangnya Malaysia berada di ranking ke-28, maka kita perlu juga mengha- rungi pusingan pertama dan tidak mendapat bye," kata Azzuddin.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi bahawa Malaysia akan mendapat bye pusingan pertama.

Berdasarkan 16 pasukan pada senarai ranking terendah Asia itu, Malaysia boleh diundi bertemu sama ada Afghanistan, Kemboja, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Vietnam, Mongolia, Pakistan, Palestin, Timor Leste, Macau, Taiwan, Myanmar, Filipina atau Laos pada pusingan pertama.

Andai layak ke pusingan kedua, Malaysia akan berdepan salah satu pasukan di ranking kelima hingga ke-27 iaitu Bahrain, Arab Saudi, Iran, Qatar, Uzbekistan, UAE, Syria, Oman, Jordan, Iraq, Singapura, China, Kuwait, Thailand, Turkmenistan, Lebanon, Yemen, Taji- kistan, Hong Kong, Indonesia, Kyrgyzstan, Maldives dan India.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Misi melakar kejutan

Posted:

Misi melakar kejutan

Misi melakar kejutan

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my


AZIZULHASNI tidak dapat beraksi pada
Kejohanan Dunia di Belanda.


BIARPUN turun tanpa kelibat jaguh keirin No. 1 dunia, Mohd. Azizulhasni Awang, skuad trek Malaysia masih tetap mampu melakar kejutan pada Kejohanan Trek Dunia yang bakal membuka tirainya di Apeldoorn, Belanda hari ini.

Skuad negara terpaksa melupakan Azizulhasni dalam misi mencipta sejarah membawa pulang kilauan emas pertama dari bumi Belanda setelah pelumba yang digelar The Pocket- rocketman itu cedera akibat tertusuk serpihan kayu di betisnya dalam insiden kemalangan pada Siri Piala Dunia Klasik UCI di Manchester, 19 Februari lalu.

Azizulhasni yang memenangi Jersi Putih sebagai juara Siri Trek Piala Dunia Klasik 2010/11, masih menjalani proses pemulihan, sekali gus menyaksikan sandaran untuk menghadiahkan pingat di Belanda kini tergalas di bahu rakan sepelatih, Josiah Ng dan Mohd. Rizal Tisin.

"Bagi saya ketiadaan Azizul- hasni bukan satu alasan untuk kita gagal membawa pulang sebarang pingat," kata pengurus skuad negara, Datuk Naim Mohamad.

"Pelumba lain seperti Josiah (Ng) dan Rizal (Tisin) tetap mampu melakar kejutan membawa pulang pingat, malah tidak mustahil mereka mampu memenangi pingat emas.

"Jadi, apa-apa pun boleh berlaku. Suasananya dan tekanannya mungkin berbeza tetapi peluang masih tetap terbuka," ujar beliau lagi.

Naim yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PK- BM) turut menjelaskan, tempat Azizulhasni dalam acara keirin akan diisi oleh Rizal manakala pelumba muda, Muhd. Arfy Qhairant Amran yang beraksi cemerlang pada Kejuaraan Berbasikal Asia (ACC) di Korat, Thailand bulan lalu akan menggantikan tempat pelumba kelahiran Dungun itu dalam acara pecut individu.

Malah, Naim turut menegaskan bahawa selain Josiah dan Rizal sebagai harapan utama, pelumba wanita, Fatehah Mustapa juga mampu menghadiahkan kilauan pingat kepada negara dalam acara keirin wanita.

"Selain Josiah dan Rizal, saya juga dapat rasakan Fatehah (Mustapa) mampu membuat kejutan dalam kejuaraan ini berdasarkan prestasinya pada ACC baru-baru ini.

"Fatehah mungkin mampu menghadiahkan pingat dalam acara keirin wanita manakala Arfy yang akan bersaing dalam acara pecut pula saya anggap ia adalah suatu pendedahan yang baik untuk dirinya yang masih muda," ujar Naim lagi.

Pada Kejohanan Dunia yang akan berakhir 27 Mac ini, sku- ad negara mempertaruhkan lima pelumba – Josiah yang menyertai acara keirin dan pecut berpasukan, Rizal (keirin, pecut berpasukan dan 1 kilometer ujian masa), Muhd. Edrus Yunos (pecut individu dan pecut berpasukan).

Pelumba berusia 18 tahun, Arfy pula bersaing dalam acara pecut individu, 1 kilometer ujian masa dan scratch manakala Fatehah akan menyertai acara kegemarannya, keirin, pecut individu, 1 kilometer ujian masa serta scratch.

Pada Kejohanan Trek Dunia di Copenhagen, Denmark tahun lalu, Azizulhasni menyumbang pingat perak acara keirin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan