Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


‘Chong Wei paling cerah’

Posted: 21 Mar 2011 12:32 PM PDT

WALAUPUN optimis dengan harapan meraih empat pingat emas di Sukan Olimpik 2012, peluang terbaik negara memenangi pingat emas pertama pada temasya sukan terbesar dunia itu tetap melalui jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Hakikat itu diakui Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang menjelaskan pemain nombor satu dunia itu kekal menjadi sandaran utama berbanding Mohd Azizulhasni Awang, Pandelela Rinong dan pasangan beregu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.


"Hanya jaguh China, Lin Dan yang menjadi penghalang Chong Wei selama ini manakala pemain badminton lain jelas tidak menjadi masalah besar kepada dirinya.

"Selain itu temasya Olimpik 2012 bakal berlangsung di England dan peluang lebih terbuka jika dibandingkan ketika Chong Wei tewas di final kepada Lin Dan pada Olimpik 2008 yang berlangsung di Beijing. Pada ketika itu, 20 peratus peluang untuk menang sudah berkurangan apabila terpaksa beraksi di gelanggang lawan," katanya.


Tambahnya lagi, Chong Wei turut mempunyai rekod dan berkemampuan untuk mengatasi Lin Dan termasuk menewaskan jaguh China itu pada final Kejohanan Badminton Seluruh England baru-baru ini sekali gus menambahkan lagi keyakinan pemain berusia 28 tahun itu.


Beliau bagaimanapun tidak menafikan keupayaan atlet lain termasuk jaguh berbasikal trek, Mohd Azizulhasni yang dijangka mampu meraih pingat emas kerana temasya itu masih berbaki setahun lebih.

"Mungkin ketika temasya berlangsung, prestasi mereka lebih baik serta dalam keadaan yang sesuai untuk mencipta kejayaan buat negara," katanya.


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika melancarkan detik 500 hari menjelang Sukan Olimpik 2012 sebelum ini menyatakan empat pingat emas kini berada dalam jangkauan Malaysia selepas atlet terbabit mempamerkan persembahan konsisten di kejohanan utama dan sentiasa berada di kalangan yang terbaik di dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Azraai sahut cabaran

Posted: 21 Mar 2011 12:29 PM PDT

"SAYA memilih Negeri Sembilan kerana komitmen tinggi pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) terutama Menteri Besar merangkap Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan yang sentiasa mengambil berat terhadap kemajuan pasukan selain barisan pemain yang dimiliki skuad Hobin Jang Hobin," kata bekas pengendali Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah.

Azraai, 59, diberi amanah mengendalikan skuad Rusa bagi menghadapi baki saingan Liga M musim ini menggantikan ketua jurulatih sebelum ini, Wan Jamak Wan Hassan yang meletak jawatan, Khamis lalu.


Pengendali berpengalaman yang mempunyai rekod cemerlang membimbing skuad Kedah dikatakan menjadi pilihan PBNS bagi menggalas tanggungjawab besar untuk mengembalikan semula reputasi Negeri Sembilan yang tercalar dalam saingan Piala FA dan Liga Super selepas pemain skuad itu mempamerkan prestasi hambar hingga gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA.

Menurutnya, Negeri Sembilan mempunyai barisan pemain berpengalaman dan berwibawa kerana menggabungkan pemain elit dan muda dan yakin skuad itu mampu bangkit daripada persembahan hambar pada saingan Liga Super.


Katanya, antara langkah pertama yang akan diambil ialah meneliti dan melihat dulu persembahan pasukan itu pada perlawanan persahabatan menentang Polis di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini, sebelum merencanakan strategi padu menentang Terengganu, 2 April ini.


"Pemain juga akan mengikuti program motivasi khas tiga hari bertujuan meningkatkan kembali kekuatan mental dan semangat berpasukan menjelang pertemuan menentang Terengganu.

"Matlamat saya sudah tentu mencetus kebangkitan pasukan dan memperbaiki kedudukan liga serta mencapai kejayaan cemerlang pada penghujung saingan Liga M," katanya selepas diperkenal pengurus pasukan merangkap Setiausaha Kehormat PBNS, Datuk Abd Halim Abd Latif di Wisma PBNS, petang semalam.


Abd Halim berkata, pemilihan Azraai diputus dalam mesyuarat PBNS yang dipengerusi Mohamad Hasan, sebaik Wan Jamak melepaskan jawatannya.

Menurutnya, pemilihan Azraai berdasarkan rekod cemerlangnya membawa Kedah menjulang trofi berprestij tempatan Liga Super dan Piala Malaysia sebelum ini.


"Kami setuju mengambil beliau kerana rekod cemerlangnya selain beliau bersetuju memikul tanggungjawab bagi mengembalikan semula kemantapan pasukan. Kita yakin komitmen Azraai membimbing skuad dalam mengharungi saingan Liga Super dan Piala Malaysia.


"Kami harap dia melakar kejayaan cemerlang seperti mana yang disasarkan," katanya.


Halim juga berkata, Azraai yang meninggalkan skuad Hijau Kuning pada 2009 dan dilantik jurulatih skuad Harimau Muda A akan mengikat kontrak dua tahun mulai semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan