Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Atlet mangsa bajet sengkek

Posted: 09 Mar 2011 08:52 AM PST

TINDAKAN Majlis Sukan Negara (MSN) mengurangkan bajet untuk pembiayaan aktiviti sukan tahun ini mula mencetuskan rasa gelisah di kalangan atlet negara apabila terpaksa melupakan beberapa kejohanan di peringkat antarabangsa.

Atlet bowling antaranya menjadi mangsa apabila lapan daripada atlet pelapis elitnya terpaksa diketepikan baru-baru ini apabila skuad itu dibubar gara-gara MSN tidak mampu menampung latihan mereka.


Bagaimanapun, lima daripadanya (semuanya wanita) berjaya diselamatkan ke skuad elit dengan alasan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Dunia Wanita yang akan diadakan di Hong Kong, September ini.

Ada di antara atlet itu mengambil tindakan nekad meluahkan perasaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi e-mel apabila menyifatkan mereka seolah-olah dipinggirkan berbanding pemain badminton dan bola sepak.


Atlet itu yang ingin namanya dirahsiakan berkata, selama ini mereka sentiasa menyumbang pingat tidak kira di peringkat Asia mahupun dunia tetapi apa yang dilakukan seolah-olah tidak mendapat perhatian.


"Biarpun kami berjaya membawa pulang dua emas, dua perak dan satu gangsa di Sukan Asia 2010 serta dua emas, dua perak dan tiga gangsa di Kejohanan Komanwel 2011, bajet kami dipotong hanya kerana sukan bowling tidak dipertandingkan di Olimpik.

"Keadaan ini menyebabkan atlet elit sukar berjuang untuk negara dan disebabkan bajet yang dipotong, banyak kejohanan bertaraf dunia yang tidak dapat disertai," katanya menerusi e-mel itu. Apa yang ingin disuarakan pemain itu kepada pemimpin nombor satu negara itu adalah supaya mereka diberi lebih ruang untuk menyertai lebih banyak kejohanan bertaraf dunia selain berharap lebih banyak badan korporat memberi bantuan bagi membolehkan mereka terus berusaha mengharumkan nama negara.


Sukan yang berjaya melahirkan ramai jaguh bowling itu masih memburu ruang untuk ke Sukan Olimpik selepas hanya sekali dipertaruhkan dalam Sukan Komanwel 1998 ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah tetapi perkembangan terbaru memungkinkan sukan itu bakal dipertandingkan kembali di Sukan Komanwel 2018.

Bagi kempen 2011, skuad bowling kebangsaan dianggotai 13 atlet senior iaitu Adrian Ang, Alex Liew, Zulmazran Zulkifli, Aaron Kong, Daniel Lim, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Muhd Nur Aiman Khairuddin, Esther Cheah, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Sharon Koh, Zatil Iman Abdul Ghani, Wendy Chai dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi Lima muka baru yang dibawa masuk hasil persembahan cemerlang mereka tahun lalu ialah Sin Li Jane, Siti Syazwani Ahmad Suhaimi (gambar), Jacqueline Jenelee Sijore, Dayang Khairuniza Dhiyana dan Hee Kar Yen.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perlis resah lawan Felda

Posted: 09 Mar 2011 08:51 AM PST

PERLIS yang bertandang ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras untuk berdepan juara Liga Perdana musim lalu, KL Felda United pada saingan Liga Super, Sabtu ini bakal kehilangan khidmat beberapa pemain utama.

Antara pemain yang pasti diketepikan ialah ketua pasukan, Azmizi Azmi dan tonggak pertahanan kanan, Mohd Hafiszuan Salehudin.


Kelibat kedua-dua pemain utama itu terpaksa diketepikan daripada senarai pemain kerana digantung satu permainan.

Azmizi mengumpul tiga kad kuning manakala rakannya, Mohd Hafiszuan dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua pada perlawanan menentang Kuala Lumpur pada aksi Liga Super di Stadium Utama, Kangar, 1 Mac lalu.


"Saya percaya walaupun pasukan kehilangan beberapa pemain utama, semangat dan fokus rakan sepasukan untuk memburu kemenangan pertama menentang KL Felda United di Cheras, Sabtu ini tetap tinggi," kata Azmizi.


Beliau berkata, sungguhpun prestasi pasukan kurang memberangsangkan apabila hanya seri dua kali seri selepas mengharungi enam perlawanan Liga Super, mereka tetap mahu memburu kemenangan pertama berdepan KL Felda United.

Menurutnya, biarpun keputusan perlawanan Liga Super dan Piala FA, sebelum ini menyaksikan skuad Singa Utara masih kempunan mencatat kemenangan, ianya tidak sesekali melemahkan semangat pasukan.


Malah, katanya, pasukan sebaliknya berazam mahu memastikan keputusan perlawanan menyebelahi mereka.

"Kami akui lawan diakui cukup kuat, mantap dan memiliki barisan pemain hebat serta berpengalaman.


"Felda United bertanggungjawab menyingkirkan Perlis pada saingan pusingan pertama Piala FA di Kangar, 19 Februari lalu," kata bekas ketua pasukan Piala Presiden Perlis itu.


Azmizi yang lebih mesra dengan panggilan `Tibor' di kalangan rakan sepasukan berkata, keseluruhan persembahan pasukan tidak mengecewakan kerana mempamerkan banyak peningkatan tapi hingga kini gagal merealisasikan impian mencatat kejayaan.


"Jika sebelum ini, tindakan penyudah barisan serangan kurang tajam sekali gus menyukarkan pasukan mencipta kejayaan, saya percaya kini ianya semakin baik dan meyakinkan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen