Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Chong Wei ke suku akhir

Posted:

Chong Wei ke suku akhir

Chong Wei ke suku akhir


pemain negara, Lee Chong Wei tenang membalas pukulan pemain China, Bao Chunlai pada perlawanan pusingan kedua kejohanan All England di Birmingham, semalam. – AFP


KUALA LUMPUR – Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan dua beregu negara mengesahkan tempat ke suku akhir kejohanan badminton All England setelah mengatasi lawan masing-masing pada pusingan kedua, semalam.

Chong Wei tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan tentangan pemain China, Bao Chunlai apabila mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-16 dalam perlawanan yang berlangsung selama 42 minit.

Kemenangan itu bermakna Chong Wei yang turun bagi mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu, melebarkan rekod pertemuannya dengan Chunlai kepada 11-4.

Pemain Pulau Pinang itu dijangka menghitung pertemuan antara pemain pilihan kelapan, Boonsak Ponsana dari Thailand atau pun wakil Korea Selatan, Lee Hyun Il pada saingan suku akhir, hari ini.

Dalam saingan beregu pula, gandingan utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut meneruskan kemaraan setelah menewaskan pasangan Taiwan, Chen Hung Ling-Lin Yu Lang.

Pada set pertama, Kien Keat-Boon Heong mudah mengatasi lawan 21-10, namun pasangan Malaysia itu diberi tentangan sengit sebelum menamatkan permainan set kedua 22-20 dalam masa 24 minit.

Satu lagi pasangan Malaysia, Mohd Zakry Abdul Latif-Hoon Thien How terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan beregu Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa, yang sukar untuk dijinakkan.

Zakry-Thien How tundak kepada pasangan dari negara Matahari Terbit itu pada set pertama, 12-21.

Namun, beregu negara tidak mudah putus asa apabila bangkit pada set kedua, 21-14 untuk mengheret Endo-Hayakawa ke set penentuan, yang berkesudahan memihak kepada Zakry/Thien How dengan keputusan 21-19.

Zakry-Thien How dijangka menentang beregu Denmark, sama ada Mathias Boe-Carsten Mogensen atau Mads Conrad-Petersen-Jonas Rasmusen.

Bagi Kien Keat-Boon Heong yang merupakan pilihan kelima kejohanan, mereka bakal bertemu lawan sama ada beregu Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan atau pun pasangan Jepun, Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BAM tangguh hasrat ambil jurulatih asing

Posted:

BAM tangguh hasrat ambil jurulatih asing

BAM tangguh hasrat ambil jurulatih asing

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mungkin menangguhkan hasrat menambah jurulatih asing, malah tidak menolak akan menggugurkan beberapa pemain dalam skuad kebangsaan ekoran kekangan kewangan daripada pemotongan bajet Majlis Sukan Negara (MSN).

Setiausahanya Ng Chin Chai mengakui, adalah lebih baik badan itu menggunakan tenaga jurulatih yang sedia ada untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh jurulatih perseorangan kebangsaan, Wong Tat Meng daripada mencari jurulatih asing pada ketika mereka berdepan kekangan kewangan.

Bagaimanapun tegas Chin Chai, segala keputusan hanya akan dibincang dalam mesyuarat majlis BAM pada 1 April ini, yang turut dijangka membincangkan kedudukan jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek yang sehingga kini masih membisu mengenai isu perletakan jawatannya.

"Jika termasuk Misbun, kita mempunyai 25 orang jurulatih, justeru saya rasa lebih baik kita menggunakan tenaga yang ada untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Wong Tat Meng. Kita boleh rombak sedikit barisan kejurulatihan tetapi tidak perlu mencari tambahan jurulatih, apatah lagi jurulatih asing.

"Saya kira dengan pemotongan bajet daripada MSN, mencari jurulatih asing baru bukan tindakan bijak ketika ini, bagaimanapun semua terpulang kepada majlis apa yang dirasakan terbaik. Keputusan tiga kejohanan utama bulan ini iaitu All England, Terbuka Switzerland dan Terbuka Jerman akan dijadikan panduan kepada sebarang keputusan yang akan diambil,'' ujar Chin Chai.

Menurut Chin Chai, BAM tidak merungut dengan pemotongan bajet daripada MSN kerana mengakui, ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Lagipun, mereka bukan satu-satunya persatuan sukan yang terlibat, malah masalah yang sama turut dihadapi oleh 19 persatuan lain.

Badan itu sebaliknya kena mencari jalan bagaimana dengan kewangan yang terhad mereka boleh mengatur program terbaik untuk pemain, sambil tidak menolak mengurangkan jumlah pelatih skuad kebangsaan mungkin antara tindakan yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan tumpuan penuh dapat diberi kepada mereka yang benar-benar berpotensi.

BAM sebelum ini berura-ura untuk mencari jurulatih dari China atau Indonesia sebagai pengganti Tat Meng, yang meninggalkan skuad kebangsaan pertengahan bulan ini untuk berhijrah ke Indonesia.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Misbun yang masih menjadi tanda tanya, Chin Chai menegaskan, BAM bukan pihak yang boleh menamatkan segala persoalan, sebaliknya orang yang boleh membuat keputusan adalah Misbun sendiri.

Bagaimanapun beliau tidak menolak, ahli majlis badan itu mungkin akan mengambil tindakan yang difikirkan wajar pada mesyuarat mereka nanti, andai isu Misbun masih tidak berkesudahan sehingga 1 April ini.

"Sebenarnya isu Misbun tiada dalam agenda awal mesyuarat majlis, tetapi memandangkan perkara ini terus menimbulkan tanda tanya banyak pihak dan tidak berkesudahan, mungkin ia akan dibincang nanti.

"Saya tidak tahu apa kesudahan krisis berkenaan, sama ada majlis akan menerima perletakkan jawatannya atau tidak, kerana semua terpulang kepada Presiden (Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh) memandangkan majlis dan exco sudah setuju memberi mandat penuh kepada beliau,'' ujar Chin Chai lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen