Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia jumpa Taiwan

Posted:

Malaysia jumpa Taiwan

Malaysia jumpa Taiwan


SKUAD negara akan melawan Taiwan pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014.


MALAYSIA dilihat mampu melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 apabila diundi bertemu Taiwan pada pusingan pertama.

Malaysia akan menerima kunjungan Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun sebelum bertandang ke negara itu untuk perlawanan timbal balik pada 3 Julai.

Sekiranya berjaya melepasi halangan Taiwan, skuad bimbingan K. Rajagobal itu akan menentang Singapura pada pusingan kedua dengan perlawanan pertama di republik tersebut pada 23 Julai.

Perlawanan timbal balik pula dijadual berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis undian yang berlangsung di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil semalam, Rajagobal yakin skuad bimbingannya itu dapat melepasi Taiwan.

"Kita ada keyakinan yang lebih kuat apabila diundi bertemu dengan pasukan Taiwan yang dikira sebagai pasukan yang boleh kita atasi," katanya.

Malaysia kini menduduki ranking ke-138 dunia manakala Taiwan berada di tangga ke-147.

Bagaimanapun, Rajagobal berkata, fokus utama skuad negara buat masa ini adalah pada perlawanan pertama menentang Taiwan di gelanggang sendiri.

"Kita perlu beri tumpuan satu perlawanan kepada satu perlawanan dan tidak terlampau ghairah dalam menghadapi saingan.

"Jika mampu mara ke pusingan kedua, ia akan menjadi satu rekod bagi Malaysia," kata jurulatih yang membimbing skuad negara menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah mara ke pusingan akhir Piala Dunia sejak pertama kali beraksi dalam pusingan kelayakan pada 1974 di Jerman.

Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gol pertama Carroll

Posted:

Gol pertama Carroll

Gol pertama Carroll


CARROLL (kiri) masih belum mencapai tahap sebenar meskipun berjaya meledakkan gol pertama buat England pada aksi menentang Ghana awal pagi semalam.


LONDON - Penyerang Liverpool, Andy Carroll meledakkan gol sulung buat England pada aksi persahabatan dengan Ghana di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Begitupun, Ghana merencatkan kegembiraan skuad Three Lions itu apabila seri 1-1 hasil jaringan penyerang Sunderland, Asomoah Gyan pada minit kecederaan

Namun, jurulatih England, Capello tetap memuji aksi Carroll dan menjelaskan bahawa penyerang Liverpool yang berharga £35 juta (RM170 juta) itu akan beraksi lebih baik lagi sekiranya dia mendapat semula kecergasannya.

Capello berkata: "Carroll berjaya menjaringkan satu gol tetapi dia memerlukan masa untuk terus mempamer peningkatan. Dia seorang pemain yang sangat penting bagi kami.

"Saya masih ingat ketika dia belum cedera. Dia banyak berlari, sentiasa cuba berebut bola. Tetapi dia masih boleh meningkat dan akan menjadi pemain yang lebih bagus."

Capello menjelaskan keputusan seri dengan pasukan yang mara ke suku akhir Piala Dunia ini adalah satu suntikan moral yang besar.

"Saya gembira kerana saya melihat satu perlawanan yang hebat dan bukannya satu aksi persahabatan," kata Capello.

"Amat menarik bagi saya untuk melihat semua pemain malam ini bermain di peringkat senior. Pemain yang beraksi di Wembley ini semuanya sangat bagus.

Sementara itu, Carroll berkata: "Sungguh hebat untuk beraksi buat England sekali lagi dan kali ini dengan menjaringkan gol.

"Saya selesa dengan formasi 4-3-3. Saya telah kembali dan bersedia untuk meledakkan gol jika dipilih sekali lagi." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sepanyol hampiri pusingan akhir

Posted:

Sepanyol hampiri pusingan akhir

Sepanyol hampiri pusingan akhir


VILLA (kiri) dan Xavi menjadi sandaran Sepanyol pada aksi menentang Lithuania awal pagi semalam.


KAUNAS, Lithuania - Juara Eropah dan Dunia, Sepanyol mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kempen kelayakan Euro 2012 setelah mencatat kemenangan 3-1 ke atas Lithuania awal pagi semalam.

Gol daripada Xavi dan Juan Manuel Mata serta jaringan sendiri daripada Tadas Kijanskas sudah cukup untuk membolehkan Sepanyol mencatat kemenangan kelima dalam saingan Kumpulan I.

Pada perlawanan tersebut, pasukan tuan rumah berjaya mengikat kedudukan 1-1 hasil rembatan Marius Stankevicius sebelum tewas 3-1.

"Amat penting untuk menang hari ini (semalam) meskipun keadaan padang tidak begitu bagus," kata perancang Sepanyol, Xavi.

"Apa yang ada hanyalah pasir, sungguh sedih apabila melihat keadaan padang seperti ini. Kamu tidak boleh bermain bola di atas padang sebegini.

"Tetapi kami tetap gembira dengan kemenangan ini. Kami telah meletakkan sebelah kaki ke pusingan akhir Euro 2012."

Ketika ini, Sepanyol memimpin kedudukan teratas dalam Kumpulan I selepas mengumpul 15 mata dengan baki tiga lagi perlawanan, enam mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Republik Czech yang menang 2-0 ke atas Liechtenstein.

Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque membuat lima pertukaran dalam skuad yang menewaskan Czech 2-1 pada Jumaat lepas dengan merehatkan Fernando Torres dan Andres Iniesta.

Trio pemain Athletic Bilbao, Fernando Llorente, Javi Martinez dan Andoni Iraiola diturunkan dalam skuad utama pada perlawanan tersebut. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan