Utusan Online - Sukan |
Mampukah kemelutMisbun selesai hari ini? Posted: Mampukah kemelutMisbun selesai hari ini?Oleh Norzie Khasbi KUALA LUMPUR - Isu Datuk Misbun Sidek tiada dalam agenda awal majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang bersidang hari ini, namun suka atau tidak ia harus dibincangkan untuk menamatkan episod peletakan jawatan jurulatih kebangsaan itu yang berlarutan hingga tiga bulan. BAM sedar kemelut Misbun kini menjadi masalah nasional, yang bukan saja mendapat perhatian Menteri dan Majlis Sukan Negara (MSN), malah menjadi topik perbincangan di kalangan rakyat. Justeru, perlu ada noktah kepada isu ini dan jangan dibiarkan ia meleret lebih jauh, apatah lagi situasi itu jika dibiarkan hanya akan menganggu persiapan jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei bagi memenuhi misi pingat emas Sukan Olimpik London. Seandainya Misbun terus membisu sehingga hari persidangan, maka BAM hanya ada satu opsyen iaitu menerima peletakan jawatan beliau dan meneruskan rutin dengan Tey Seu Bock dan Rashid Sidek membantu latihan Chong Wei. Ketika sukan di London hanya tinggal setahun setengah, memberi tempoh lebih panjang untuk menunggu bukan pilihan yang bijak. BAM tidak harus meletakkan diri mereka sebagai badan yang dilihat tidak tegas. Sekalipun Misbun jurulatih berprofil tinggi dan amat disegani, jika beliau mahu pergi, BAM harus membenarkannya. "Tiga bulan adalah tempoh yang terlalu lama, jadi saya rasa BAM harus membuat keputusan dalam isu ini. Bagaimana mereka hendak bertindak, itu saya tidak tahu tetapi mereka kena mengambil tindakan dan bukan turut sama membisu seperti Misbun,'' akui ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid, yang juga adik kepada Misbun. Bagi Pengurus Besar BAM, Kenny Goh, beliau pasti mesyuarat exco hari ini tidak dapat mengelak daripada membincangkan mengenai kedudukan Misbun sekalipun perkara tersebut tiada dalam agenda awal. Katanya, semua orang mahu satu keputusan dibuat untuk menamatkan kemelut yang sudah terlalu lama berlarutan. "Memang isu Misbun tiada dalam agenda mesyuarat majlis tetapi saya percaya perkara ini pasti dibangkitkan kerana semua orang mahu tahu apa penamatnya. Ini sudah menjadi isu nasional yang menarik perhatian banyak pihak. "Saya fikir sehingga sekarang, keputusan sebenarnya masih terpulang kepada Misbun. Namun, sekiranya beliau masih tidak bersuara, maka BAM kena membuat satu keputusan yang mengambil kira kepentingan negara,'' kata Kenny. Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh akan mempengerusikan persidangan hari ini. Misbun meletak jawatan jurulatih kebangsaan pada 31 Disember lalu kerana tidak gembira dengan beberapa perkara dalam struktur baru yang diperkenalkan oleh Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) BAM. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Fergie undang konflik dengan FA Posted: Fergie undang konflik dengan FALONDON - Alex Ferguson sekali lagi mengundang konflik dengan Persatuan Bola Sepak (FA) England apabila mendakwa keputusan buruk pengadil telah menyebabkan Manchester United kalah kepada Chelsea. Bos United itu telah pun dikenakan penggantungan lima perlawanan ekoran ulasan yang dibuat terhadap pengadil Martin Atkinson dalam pertembungan kedua-dua pasukan awal bulan lalu. United kalah dalam tiga perlawanan terakhir menentang Chelsea dan akan kembali ke Stamford Bridge minggu depan untuk perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara. Ditanya bagaimana dia boleh meningkatkan peluang United, Fergie berkata: "Saya rasa ia agak mudah. "Dalam beberapa perlawanan terakhir, kami berdepan keputusan buruk oleh pengadil. Anda harus berhati-hati, anda tidak harus fobia mengenainya. "Dari segi keupayaan, kami pasukan yang bagus. Kami beraksi cemerlang di Chelsea pada perlawanan terakhir. Cuma kami tiada nasib. Kami tidak sepatutnya kalah,''. Fergie dikenakan penggantungan lima perlawanan dan denda 30,000 pound kerana bersalah berkelakuan tidak sepatutnya mengenai perlawanan, di mana United kalah 1-2. Katanya, United perlukan seorang pengadil yang adil. Fergie berang apabila pertahanan Blues, David Luiz, terselamat daripada kad merah walaupun melakukan kekasaran. Katanya, kini dia faham mengapa FA mengenakan hukuman terhadapnya. Beliau tetap bertegas bahawa beliau patut dibenarkan bercakap mengenai apa yang beliau rasakan. Katanya: "Saya menyokong pengadil. Namun saya rasa ulasan yang saya beri adalah adil.'' - Agensi |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan