Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Skuad Projek 2010-2012 gagal?

Posted:

Skuad Projek 2010-2012 gagal?

Skuad Projek 2010-2012 gagal?

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my


Rashid Sidek


KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih perseorangan kebangsaan, Rashid Sidek akhirnya akur bahawa skuad Projek 2010-2012 yang dibentuk pada 2005 untuk menghadapi Sukan Olimpik London, gagal mencapai sasaran dengan semua pemainnya tidak mampu memberi cabaran serius ketika temasya 2012 hanya tinggal setahun setengah untuk berlangsung.

Bagaimanapun tegas Rashid, sebahagian daripada pemain-pemainnya yang sudah diserap dalam skuad pelapis elit dan pelapis, masih boleh menyelamatkan kedudukan mereka dengan membuktikan kemampuan menjelang hujung tahun ini atau nasib mereka kemudian bakal ditentukan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Selain Sukan Olimpik 2012, Projek 2010-2012 turut menyasarkan untuk melahirkan pemain yang mampu mencatat kejayaan buat Malaysia pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2010, malangnya tiada seorangpun daripada anggota skuad tersebut yang mewakili Malaysia pada kedua-dua temasya berkenaan.

"Saya akui, skuad projek 2010-2012 gagal mencapai sasaran dan tidak mungkin pemain kami bersedia menghadapi Sukan Olimpik tahun depan. Ia mengecewakan selepas banyak pendedahan diberi kepada mereka.

"Apa yang lebih mengecewakan saya, pemain-pemain ini tidak mampu bersaing di peringkat antarabangsa bukan kerana permainan mereka tetapi mentaliti yang lemah dan keinginan yang tidak cukup tinggi untuk mencari kemenangan.

"Sebagai jurulatih, kami sudah mencurah segala ilmu yang diperlukan untuk menjadikan mereka pemain yang bagus, namun mereka sendiri tidak berani dan tidak punya azam untuk menjadi juara, itu menyebabkan mereka masih berada di takuk yang sama,'' akui Rashid, yang bertindak sebagai ketua jurulatih skuad Projek 2010-2012 sebelum bertukar kepada ketua jurulatih perseorangan.

Anak didik Rashid dalam skuad pelapis elit seperti Tan Chun Seang, Liew Daren, Chan Kwong Beng dan Chong Wei Feng gagal menembusi peringkat tertinggi dengan sering kali terkandas di pusingan awal kejohanan utama, perkembangan yang cukup mengecewakan jurulatih itu.

Pada Terbuka Jerman baru-baru ini, hanya Kwong Beng berjaya melangkah ke pusingan kedua sebelum kalah kepada pemain Hong Kong, Wei Nan, manakala Daren kandas di pusingan pertama kepada pemain India, Ajay Jayaram.

Di Terbuka Switzerland pula, Wei Feng dan Chu Seang terkeluar pada pusingan kedua, dalam kejohanan yang menyaksikan pemain veteran berusia 34 tahun, Wong Choong Hann masih mampu layak ke separuh akhir biarpun sudah tiga tahun meninggalkan dari skuad kebangsaan. Malah, Wei Feng kalah kepada pemain tidak ternama Sepanyol, Pablo Abian.

"Pemain-pemain ini sebenarnya masih bernasib baik kerana mereka diberi banyak peluang oleh BAM untuk menyelamatkan kedudukan dalam skuad kebangsaan. Membawa ke hujung tahun, mereka akan beraksi dalam banyak kejohanan antarabangsa, termasuk Kejohanan Asia dan Sukan SEA.

"Saya harap, mereka dapat mengubah sikap dan menggunakan peluang ini untuk meyakinkan jurulatih bahawa mereka mampu menyerlah dan menjadi seperti (Datuk) Lee Chong Wei. Hanya mereka yang boleh merubah nasib mereka,'' kata Rashid lagi.

Kejohanan Badminton Asia 2011 akan diadakan di Chengdu, China pada 19-24 April, di mana empat anak didik Rashid, Chu Seang, Daren, Wei Feng serta Kwong Beng bakal mengetuai cabaran perseorangan lelaki bersama dua pemain Hendrawan, Mohd. Arif Latif dan Goh Soon Huat. Pemain-pemain ini juga akan beraksi pada Siri Super Terbuka India (26 April-1 Mei) dan Grand Prix Emas Terbuka Malaysia di Alor Setar dari 3-8 Mei.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Mengapa Misbun tidak respons, itu saya tidak pasti'

Posted:

'Mengapa Misbun tidak respons, itu saya tidak pasti'

'Mengapa Misbun tidak respons, itu saya tidak pasti'

KUALA LUMPUR - "Kalau saya jadi Misbun, saya akan pulang ke pangkuan skuad kebangsaan dan membimbing (Datuk) Lee Chong Wei sampai Sukan Olimpik 2012,''. Itu kata ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek ketika ditanya mengenai abangnya, Datuk Misbun Sidek.

Rashid mengakui langsung tidak mempunyai petunjuk apakah Misbun sedia menyambung kerjasama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas meletak jawatan pada 31 Disember lalu.

"Pada saya sekarang semua terpulang kepada BAM untuk buat keputusan. Selepas tiga bulan memberi tempoh dan Misbun terus menyepi, sebaiknya BAM sendiri yang memutuskan apa tindakan mereka.

"Mengapa Misbun masih tidak respons? itu saya tidak pasti, mungkin... beliau masih menunggu balasan surat yang pernah diberi kepada Presiden (Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh) tetapi ia cuma teori saya, tidak pasti betul atau tidak.

"Saya tidak berani komen panjang kerana saya tidak tahu apa yang difikirkan Misbun, beliau tidak pernah menjelaskan kepada saya apa yang diinginkan untuk kembali ke pangkuan skuad kebangsaan," katanya ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Rashid mengakui, andai Misbun kembali ke pangkuan skuad kebangsaan, keadaan mungkin sudah sedikit berbeza dengan persekitaran yang tidak lagi selesa berbanding dulu selepas semua yang berlaku dalam tempoh tiga bulan ini.

Namun, tegasnya, itu bukan masalah besar yang menghalang jurulatih itu daripada pulang, jika beliau benar-benar mahu kembali.

"Persekitaran mungkin tidak berapa selesa selepas ini, tetapi Misbun boleh meneruskan kerjanya seperti biasa. Saya fikir beliau tidak akan terganggu.

"Bagaimanapun kalau beliau benar-benar mahu balik ke BAM dan bersama Chong Wei, sudah tentu beliau akan respons, kalau bukan sekarang dalam tempoh terdekat, kita lihat saja,'' ujar Rashid lagi.

Ditanya apakah ketiadaan Misbun menjejaskan latihan skuad perseorangan kebangsaan, terutama Chong Wei, Rashid menegaskan, ia sama sekali tidak berlaku.

Jelasnya, mungkin di peringkat awal ketika Misbun mengumumkan tidak mahu memperbaharui kontrak, ia mengejutkan Chong Wei namun selepas tiga bulan, mereka mengharunginya dengan baik.

"Merangkul tiga kejuaraan daripada empat kejohanan dan satu lagi masuk final, ia keputusan yang sangat baik. Saya tidak nampak persiapan Chong Wei untuk Sukan Olimpik terjejas, dia pemain yang profesional dan sudah matang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan