Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Gegaran Matador!

Posted: 26 Apr 2011 05:16 PM PDT

Sukan

pix_gal0
Dua kelab gergasi Sepanyol bertemu sesama sendiri dalam tempoh 5 hari

MADRID: Dua kelab terkaya dunia - Real Madrid dan Barcelona sudah bertembung sesama mereka dua kali dalam tempoh lima hari iaitu dalam saingan La Liga danfinal Piala Raja Sepanyol.

Hari ini, dua kelab elit Sepanyol itu bertembung lagi dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah dengan misi menggapai impian memburu tiket ke final di Stadium Wembley, bulan depan. Andai ada tarikan, ia pasti terarah kepada kelibat Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo di Stadium Santiago Bernabeu ketika dilabel antara penyerang tersohor ketika ini dan boleh menjadi penentu ketika bintang seperti ini lazimnya memilih detik tepat buat mencipta gemilang.

Barca menguatkan impian memburu gelaran la Liga selepas seri 1-1 dengan Real di San Bernabeu pada 16 April tetapi Real menang 1-0 dalam final piala pada 20 April lalu.

Siapa akan melonjak ceria, hari ini? Walaupun Real memenangi pertemuan terakhir ke atas musuh tradisi mereka dari Catalan itu namun dari segi rekod anak didik Pep Guardiola berada di hadapan sejak beberapa musim lalu mengatasi barisan pimpinan Jose Mourinho. - Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Yang lain boleh, tapi bukan KOAM'

Posted: 26 Apr 2011 05:14 PM PDT

Sukan

PERSATUAN lain boleh bangkit bicara kes masing-masing tetapi bukan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

Penjelasan daripada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, semalam secara terang menolak cadangan Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk memegang tanggungjawab membayar elaun atlitnya seperti diamalkan sebelum Sukan Komanwel 1998.

"Jika cadangan itu dikemukakan persatuan lain, saya mungkin boleh berbincang lagi. Terus terang, saya tidak percaya kepada mereka apa lagi mengenai soal duit," kata Zolkples. Katanya, soal amanah kepada badan induk olahraga itu sangat diragui apa lagi selepas badan induk olahraga itu didakwa gagal membeli peralatan yang sepatutnya selepas menerima peruntukan RM280,000 pada akhir 2007.

Kredibiliti KOAM dalam pengurusan wang yang diamanahkan itu boleh dipersoalkan apabila KOAM yang sepatutnya menggunakan peruntukan itu untuk membekalkan peralatan kepada pusat latihan negeri di bawah program Sukan Teras, tidak memberi penjelasan mengenai penggunaan wang itu.

"Pada masa itu, kita sudah bantu hingga mendapatkan sebut harga bagi mereka bekalkan peralatan yang sepatutnya kepada negeri namun barang itu sampai sekarang tidak pernah dibeli atau wang itu dipulangkan kepada MSN sehingga hari ini," katanya.

Zolkples bagaimanapun tidak pasti sama ada presiden KOAM itu sudah dimaklumkan mengenai 'sejarah' pengurusan wang badan induk itu sebelum ini atau tidak.
Kelmarin, Shahidan meminta tanggungjawab menguruskan pembayaran elaun atlit diserahkan semula kepada badan induk itu apa lagi selepas kegagalan MSN yang dikatakan gagal membayar elaun atlit dan jurulatih mengikut jadual sehingga tertunggak beberapa bulan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan