Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Dua jurulatih ganti Yunus kendali T-Team

Posted:

Dua jurulatih ganti Yunus kendali T-Team

Dua jurulatih ganti Yunus kendali T-Team


sebahagian daripada penyokong T-Team mengangkat kain rentang meminta perubahan dalam pasukan itu ketika perlawanan Liga Super menentang Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU - Pengurus T-Team, Rozi Mamat mengesahkan bekas pemain bola sepak Terengganu, Yusuf Ali dan Che Wan Marzuki Che Wan Mohd. Noor (gambar) diberi tanggungjawab sebagai jurulatih sementara pasukan itu berkuatkuasa serta merta.

Rozi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri berkata, dua jurulatih itu diberi amanah mengambil alih tugas Yunus Alif yang kini direhatkan sementara sejak kelmarin.

Menurutnya, keputusan itu dibuat hasil perbincangan dan persidangan peringkat pengurusan serta jawatankuasa berkaitan sebelum merehatkan Yunus demi kepentingan pasukan.

Jelasnya, tugasan Yusuf dan Che Wan Marzuki akan diteliti untuk memastikan prestasi pasukan kembali memuncak dan sekiranya pengurusan berpuas hati, khidmat kedua-dua jurulatih itu berkemungkinan akan diteruskan.

"Banyak tekanan diterima kerana T-Team tidak begitu konsisten sehingga peminat tak puas hati, Jadi kita terpaksa rehatkan Yunus Alif untuk sementara," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Rozi berkata, semua pihak perlu bertanggungjawab untuk memastikan dua pasukan yang mewakili negeri ini iaitu skuad Terengganu dan T-Team menunjukkan prestasi membanggakan.

Jelasnya, Terengganu meletakkan sasaran salah satu daripada pasukan tersebut mampu menggenggam kejuaraan Liga Piala musim ini.

"Pada masa ini, skuad Terengganu pada kelompok atas liga manakala T-Team masih lemah. Kita harap dengan jurulatih baru ini, T-Team akan bangkit semula," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahmad Sarji ketua kontinjen ke Olimpik 2012

Posted:

Ahmad Sarji ketua kontinjen ke Olimpik 2012

Ahmad Sarji ketua kontinjen ke Olimpik 2012

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dinamakan sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2012 di London yang akan berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos tahun depan.

Bagi temasya Sukan SEA di Indonesia, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamed akan mengetuai kontinjen Malaysia di Jakarta sementara Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) Datuk Syed Mustaffa Syed Ali menjadi ketua kontinjen ke Palembang.

Temasya dwi tahunan itu akan berlangsung dari 11 hingga 25 November ini.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata, nama ketua-ketua kontinjen itu diluluskan oleh badan itu pada mesyuaratnya Sabtu lepas.

"Kesemua nama dicalonkan bulan lepas dan diluluskan oleh anggota majlis MOM pada Sabtu lepas," katanya semalam.

Ahmad Sarji adalah presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM).

Gandingan Naim dan Syed Mustaffa sebagai ketua kontinjen bersama mengulangi gandingan Datuk Ho Koh Chye dan Norminshah Sabirin ketika temasya Sukan SEA Vietnam pada 2003 yang diadakan di Hanoi dan Bandaraya Ho Chi Minh. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen