Harian Metro: Arena |
Posted: 26 Apr 2011 12:49 PM PDT AKIBAT jadual Liga Super yang padat, jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee terpaksa melepaskan peluang terbaik menguji kemampuan anak buahnya sempena kunjungan skuad Olimpik Arab Saudi ke Kuala Lumpur, hari ini. Skuad Olimpik negara yang sebilangan besar pemainnya beraksi bersama skuad Harimau Muda A tidak dapat mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan itu yang memilih Malaysia sebagai lokasi latihan pusat bagi persediaan mengharungi pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 London, Jun ini.
Azman Eusoff yang membantu menguruskan kedatangan Arab Saudi ke Kuala Lumpur berkata, sebagai pengganti, pasukan dari negara Teluk itu terpaksa memanggil skuad Olimpik Korea Utara bagi mengadakan dua perlawanan persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, pada Ahad dan 4 Mei ini.
Kuala Lumpur menjadi lokasi terbaik Arab Saudi untuk melakukan persiapan sebelum menentang Vietnam pada pusingan kelayakan Olimpik. Sewajarnya kesempatan itu digunakan sepenuhnya skuad Olimpik negara yang bakal berdepan lawan yang memiliki corak permainan yang sama, Lubnan di Beirut pada 19 Jun ini.
"Harimau Muda A terikat dengan jadual Liga Super, kalau tidak ada komitmen, tidak menjadi masalah. Pada ketika ini, saya juga tidak dapat mengumpul pemain dari pasukan lain untuk bersama skuad Olimpik jika mahu mengadakan perlawanan dengan Arab Saudi.
|
Posted: 26 Apr 2011 12:45 PM PDT DATUK Seri Shahidan Kassim masih berteka-teki sama ada mahu merebut jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dipertandingkan bagi penggal baru 2011-2013 pada 18 Jun ini yang dijalankan serentak sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) majlis itu. Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) dan Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) itu menjelaskan masih terlalu awal untuk menyatakan pendiriannya dan membuat keputusan berhubung perkara itu.
Menurutnya, dunia yang kini terbuka memerlukan perubahan termasuk juga dalam bidang sukan namun jika tiada pertukaran dari segi kepimpinan mungkin sesetengah sikap yang perlu diubah.
Semua 12 jawatan utama MOM seperti presiden, timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha kehormat dipertandingkan bagi menggantikan mereka yang dipilih untuk penggal 2009-2011 yang berakhir Jun ini dengan kertas pencalonan akan dikeluarkan bulan depan.
Selain Tan Sri Tunku Imran, Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi juga menyatakan hasrat mempertahankan jawatan disandangnya sejak 1992 manakala Tan Sri Dr M Jegathesan memutuskan tidak mahu mempertahankan jawatan timbalan presiden. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan