Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Jaminan Sultan Ahmad Shah

Posted: 07 Apr 2011 08:52 AM PDT

INSYA-ALLAH, tidak lama lagi." Itulah reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah (gambar) ketika ditanya mengenai bilakah semua ahli persatuan bola sepak negeri akan menerima geran tahunan masing-masing.

Mungkin jawapan ringkas Sultan Ahmad Shah mengenai pembayaran geran tahunan itu membuatkan semua ahli gabungan badan induk kebangsaan itu menarik nafas lega kerana setidak-tidaknya, selaku pemimpin nombor satu FAM, beliau sendiri sudah membuat jaminan bahawa wang berkenaan akan diserahkan dalam masa terdekat ini.

Saingan pusingan pertama liga tempatan sudah hampir berakhir namun geran tahunan sebanyak RM100,000 hingga RM300,000 yang diperuntukkan kepada setiap pasukan beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana masih belum kelihatan sekali gus menimbulkan keresahan persatuan yang berdepan masalah kewangan untuk menguruskan pasukan masing-masing.


Biasanya, separuh daripada wang geran tahunan itu akan diserahkan kepada persatuan negeri sebelum saingan liga bermula manakala separuh lagi akan diserahkan ketika pertengahan musim.

Bagaimanapun, hingga kini, wang berkenaan masih belum diterima oleh ahli gabungan dan sebahagian besar daripada mereka meluahkan keluhan menerusi akhbar ini, dua hari lalu dan kelmarin, Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa pula tampil menjelaskan bahawa MSL sudah pun menyerahkan kertas cadangan mengenai jumlah geran tahunan itu kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan FAM untuk kelulusan.


Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan FAM, bukan kepalang kecewanya Sultan Ahmad Shah apabila beliau seolah-olah dipersalahkan apabila isu kelewatan geran tahunan kepada semua ahli gabungannya itu ditimbulkan.


"Saya dimaklumkan mengenai perkara itu tetapi saya tidak mahu menyentuhnya (kenyataan Annuar yang merujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan FAM). Saya Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan... sudah tentu saya tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Dia (Annuar) nak bercakap, biar dia bercakap tetapi saya tidak bercadang mahu menyentuh perkara itu. Apapun saya yang sepatutnya lebih tahu," katanya ketika ditemui di Kuantan, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tak berniat mahu masuk campur

Posted: 07 Apr 2011 08:50 AM PDT

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa (gambar) menyatakan bahawa penjelasannya mengenai kelewatan pemberian geran tahunan kepada ahli gabungan sebelum ini tidak bermaksud untuk mencampuri urusan Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan badan induk bola sepak negara itu.

Sebaliknya segala keputusan mengenai urusan penyerahan geran itu tertakluk sepenuhnya kepada keputusan yang dikeluarkan jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Presiden, Sultan Ahmad Shah.


Malah, beliau yang turut bertindak sebagai Pengerusi Liga Super Malaysia (MSL) berkata, FAM sebenarnya tidak menerima keseluruhan RM220 juta nilai penajaan Astro Media bagi tempoh empat tahun itu sebaliknya hanya menerima 10 peratus daripada RM30 juta wang penajaan tahunan setakat ini.

"Apa yang saya katakan adalah pihak MSL sudah menyerahkan cadangan mengenai formula pengagihan geran tahunan itu kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan saja. Ia bergantung kepada jawatankuasa itu untuk membuat sebarang keputusan.


"Mengenai duit penajaan itu pula tidak tepat kerana FAM hanya menerima sebahagian kecil saja, hanya 10 peratus daripada jumlah wang penajaan tahunan manakala duit selebihnya akan dibayar secara berperingkat.


"Tapi tidak semestinya FAM hanya bergantung kepada duit penajaan untuk membayar geran tahunan kerana FAM juga mempunyai sumber kewangan lain," katanya yang dihubungi semalam.

Dalam laporan yang dikeluarkan Arena Metro semalam, Annuar mengesahkan FAM sudah menerima duit penajaan daripada Astro Media dan berpendapat geran tahunan sepatutnya dapat diberikan kepada pasukan yang terbabit dalam Liga Malaysia musim ini lebih awal.


FAM mendapat penajaan kontrak bersama Astro Media selama empat tahun bernilai RM220 juta yang merangkumi hak penyiaran sebanyak RM30 juta setiap tahun mulai 2011 dan tambahan RM100 juta bagi kegiatan promosi stesen satelit berbayar itu.

Isu kelewatan pembayaran geran tahunan dibangkitkan oleh beberapa pegawai pasukan Liga Super dan Liga Perdana apabila mereka sehingga kini masih belum menerima bantuan itu sedangkan pusingan pertama saingan musim ini hampir tamat.


Sedangkan FAM sebelum ini memperuntukkan geran tahunan antara RM100,000 dan RM300,000 untuk pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana dengan separuhnya daripada geran itu diagihkan sebelum musim bermula manakala baki pada pertengahan musim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan